10.2 C
New York
Friday, October 18, 2024
spot_img
Home Blog Page 3

Kejayaan Anak dalam Pentaksiran: Rancang Pembelajaran Mereka!

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua ibu bapa yang hebat di luar sana! Hari ini, kita akan mengupas tentang topik yang menarik dan penting: Rancangan Pembelajaran Anak Anda. Kenapa ia dianggap sebagai pemangkin kepada kejayaan peperiksaan mahupun pentaksiran? Mari kita teliti.

Mengurus Masa dengan Lebih Baik

Seperti pepatah mengatakan, “Waktu adalah emas”. Rancangan pengajian memastikan anak anda mempunyai masa yang cukup untuk setiap subjek dan topik. Ini menghindari “last minute study” yang tidak produktif dan menambahkan tekanan.

Fokus dan Ketekunan

Bila ada rancangan, anak anda tahu perkara yang perlu dilakukan pada masa yang ditetapkan. Ia akan membantu mereka lebih fokus dan tekun dalam belajar, bukan sekadar belajar tanpa tujuan.

Meningkatkan Produktiviti

Sebuah rancangan yang baik akan merangkumi masa rehat, masa belajar, dan masa untuk beriadah. Keseimbangan ini akan mengelakkan rasa penat di samping membantu meningkatkan produktiviti secara keseluruhan.

Mengukur Kemajuan

Rancangan pengajian membolehkan anak anda menilai kemajuan mereka sendiri. Adakah mereka mengikut jadual? Adakah mereka memahami apa yang mereka pelajari? Kelemahan apa yang perlu diperbaiki? Semua ini dapat dikenal pasti dan diatasi.

Meningkatkan Keyakinan

Memiliki rancangan pembelajaran yang kemas boleh memberikan anak anda keyakinan bahawa mereka dapat mencapai matlamat mereka. Ia bukan sahaja mengurangkan stres, tetapi juga memotivasikan mereka untuk terus belajar.

Konsisten dan Disiplin

Rancangan pembelajarann merupakan alat yang membantu anak anda untuk membiasakan diri dengan rutin belajar yang konsisten. Konsisten dan disiplin ini akan membantu mereka mencapai kejayaan bukan sahaja dalam peperiksaan, tetapi juga dalam kehidupan.

Kesimpulannya, rancangan pembelajaran bukan sahaja membantu dalam pengurusan masa dan produktiviti, tetapi juga dalam memupuk nilai-nilai seperti ketekunan, konsisten, dan disiplin. Sebagai ibu bapa, kita boleh membantu anak-anak kita merangka rancangan ini dan memberikan sokongan moral kepada mereka sepanjang perjalanan mereka. Semoga anak-anak kita semua berjaya dalam semua pentaksiran mahupun peperiksaan demi masa depan cemerlang!

Ingatlah, kejayaan peperiksaan bukanlah segalanya tetapi usaha dan dedikasi yang diberikan untuk mencapai kejayaan itu yang lebih penting.

Terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga bermanfaat!

Tips Keibubapaan: Didik Anak Minat Belajar

0

Dalam panorama kehidupan, ibu bapalah peneraju minat anak-anak. Ibu bapa juga berperanan sebagai guru pertama yang berpengaruh buat anak-anak. Mereka mempunyai kepelbagaian peluang untuk menanam semangat cinta kepada ilmu pengetahuan dalam diri anak-anak mereka, yang menjadi asas untuk pembelajaran masa depan. Ingatlah bahawa mencintai ilmu bukanlah menjurus kepada kecemerlangan akademik semata-mata, bahkan juga berupaya menjadi jambatan kepada dunia kreativiti, inovasi, empati dan ketahanan.

Kanak-kanak secara semula jadi penuh dengan sifat inkuiri. Dalam erti kata lain, anak-anak sentiasa ingin tahu dan kehidupan mereka penuh dengan pelbagai persoalan. Oleh itu, fasa ini merupakan fasa yang terbaik untuk ibu bapa melorongkan minat mereka ini untuk membudayakan kasih kepada ilmu dengan menggunakan konsep pembelajaran sepanjang hayat.

Berikut adalah beberapa saranan berharga buat ibu ayah:

Biarkan anak anda meneroka!

Pertama, galakkan anak anda untuk meneroka dengan menjalankan penyiasatan dan eksperimen. Cipta suasana di rumah dengan komunikasi seharian melalui persoalan.

Contohnya, bincangkan

  • bagaimana objek di sekeliling berfungsi
  • meneroka alam semula jadi semasa beriadah di taman pada waktu petang
  • berbincang mengenai buku atau filem

Apabila seorang kanak-kanak memahami bahawa pembelajaran tidak hanya terhad kepada buku teks sekolah, semangat mereka untuk mendapatkan pengetahuan meningkat selaras dengan kepentingan ilmu tersebut.

Biarkan anak anda buat kesilapan!

Kedua, berikan sokongan kepada anak anda dengan ruang untuk mereka lakukan kesilapan. Kesilapan adalah proses pembelajaran. Hal ini akan membuka minda anak anda dengan pelbagai pengajaran dan persediaan dari segi mental dan fizikal apabila mereka mula menerima pendedahan di luar rumah.

Didik anak anda bahawa kegagalan dalam sesuatu tugasan atau perkara, tidak mengetahui sesuatu perkara merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Raikan usaha anak anda dan sentiasa membudayakan pemikiran yang positif dalam setiap kelemahan mereka agar mereka lebih bersemangat untuk meneruskan usaha mereka sehingga menemui kejayaan.

Sokong minat anak anda.

Ketiga, untuk mencapai potensi penuh anak-anak, adalah penting untuk ibu bapa mengenali minat mereka sejak awal usia lagi. Hal ini kerana anak-anak pada kebiasaannya memang memiliki minat atau bakat terpendam yang perlu dicungkil. Sama ada astronomi, seni, muzik, atau bola sepak, bukanlah suatu isu. Ibu bapa sewajarnya menyediakan peluang buat anak-anak meneroka bidang yang diminati oleh mereka. Perkara ini secara tidak langsung berupaya menanamkan cinta yang lebih mendalam dalam proses pembelajaran yang baik buat perkembangan dan kepuasan peribadi anak-anak.

Andalah peneraju konsep pembelajaran sepanjang hayat!

Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi

Anak borek, bapa rintik

Ha, selalu dengarkan peribahasa kat atas ni? Anak-anak terdidik melalui teladan orang tua mereka. Hal ini anak-anak merupakan peminat setia anda seawal kelahiran mereka. Oleh itu, jadilah suri teladan yang terbaik sepanjang kehidupan mereka.

Andalah yang akan meneladani anak anda menggunakan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Apabila mereka melihat ibu bapa mereka membaca, berbincang, menyahut cabaran baru, atau mengejar minat mereka sendiri, mereka lebih cenderung untuk mengembangkan potensi diri mereka ke arah yang sama dengan ibu bapa mereka.

Kesimpulannya, ibu bapa berkuasa penuh dalam membentuk peribadi anak-anak untuk membudayakan minat terhadap ilmu dan sentiasa belajar untuk mencapai potensi penuh. Ini berupaya menjadi pelaburan terhebat buat anak-anak pada masa hadapan yang bukan sahaja meransang pertumbuhan serta perkembangan mereka, malah memberikan kemampuan buat anak-anak untuk mengadaptasi cabaran dunia yang kian mencabar. Berikan anak anda ruang dan peluang untuk bersinar dalam bidang yang diminatinya sekaligus mencapai potensi penuh dalam apa-apa jua bidang yang diusahakan.

Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM)

Jika adik-adik berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang yang melibatkan nombor, seperti ekonomi, perakaunan, sains aktuari dan statistik, adik-adik sangatlah digalakkan untuk cuba memohon biasiswa yang di tawarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Bank Negara Malaysia menawarkan 2 jenis biasiswa, iaitu;

  1. Biasiswa Kijang 2023
  2. Biasiswa Prasiswazah 2023

Kedua-dua biasiswa ini akan ditutup pada 16 Jun 2023 (Jumaat).

Adik-adik boleh menyemak syarat kelayakan dan memohon biasiswa ini di website mereka.

3 Tawaran Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia yang anda boleh mohon sekarang!

Ada beberapa tawaran penajaan yang ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekarang, iaitu:

  1. PROGRAM KHAS LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA DALAM NEGARA (LSPM) TAHUN 2023 (Tarikh tutup: 16 JUN 2023)
  2. PENGAJIAN PERINGKAT PERSEDIAAN DAN IJAZAH PERTAMA DI BAWAH PROGRAM KHAS JEPUN, KOREA, PERANCIS DAN JERMAN (JKPJ) TAHUN 2023 (Tarikh tutup: 16 JUN 2023)
  3. PENGAJIAN PERINGKAT PERSEDIAAN DAN IJAZAHPERTAMA DI BAWAH PROGRAM PENAJAAN NASIONAL (PPN) TAHUN 2023 (Tarikh tutup: 16 JUN 2023)

Pemohon boleh membaca syarat-syarat permohonan terlebih dahulu sebelum permohonan dilakukan, bagi memastikan pemohon memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan kemudian membuka akaun di ePermohonan.

Kayu Ukur Potensi Anda: Persediaan Menghadapi Pentaksiran

0

Setiap pelajar mempunyai potensi untuk cemerlang, mencapai potensi penuh dan mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Tetapi kunci rahsia untuk membuka potensi ini bukanlah jawapan seragam yang ditulis di tepi buku teks—ia terletak dalam persiapan anda sebagai pelajar untuk menghadapi sebarang bentuk pentaksiran mahupun peperiksaan dengan cara yang bijak dan strategik.

Sebagai seorang yang berkecimpung dalam dunia pendidikan, saya boleh menjamin bahawa kejayaan dalam peperiksaan bukan hanya tentang kepintaran pelajar di atas meja belajar semata-mata. Ia tentang cara anda menggunakan kepintaran anda, mengarahkan usaha anda, dan teknik anda mendekati kelemahan pelajaran anda. Ia tentang menyesuaikan tabiat belajar anda, mengembangkan potensi kejayaan, dan yang paling penting, memahami bahawa setiap rintangan adalah peluang untuk berkembang dengan lebih baik.

Jom, kita ikuti tips persediaan anda sebagai pelajar untuk mengukur potensi diri anda dalam bidang akademik:

Atur Persekitaran Belajar Anda!

Tetapkan kawasan belajar yang tenang dan bebas gangguan. Simpan nota dan bahan belajar anda secara sistematik dan mudah diakses. Simpan nota-nota anda dengan teratur, lebih baik menggunakan kaedah seperti kod warna. Rancangan belajar yang tersusun dengan baik bukan sahaja memastikan anda berada pada landasan yang betul, tetapi juga menjadikan kehidupan anda lebih efektif dengan bebas tekanan.

Rancang Waktu Anda

Buat susunan jadual belajar yang merangkumi semua subjek anda dan memberi ruang untuk rehat. Konsisten dengan waktu belajar anda adalah disiplin yang membawa anda kepada kejayaan.

Jadi Pelajar yang Aktif

Jangan hanya membaca nota atau buku teks secara pasif. Sebaliknya, libatkan diri anda dengan bahan ulang kaji tersebut. Highlight inti pati penting, cipta nota ringkas melalui pembacaan anda, buat kad hafalan, dan ajar apa yang telah anda pelajari kepada orang lain. Pembelajaran aktif menggalakkan pemahaman yang lebih baik dan menyebabkan anda menghafal maklumat dalam jangka masa panjang.

Latihan, Latihan, Latihan

Jangan sekali-kali meremehkan kuasa latihan. ‘Latihan menjadikan sesuatu pemahaman menjadi lebih sempurna’—ia adalah realiti dalam menguasai sebarang kemahiran, termasuk lulus cemerlang dalam peperiksaan. Amalkan berlatih untuk membiasakan diri anda dengan format peperiksaan, untuk memahami jenis soalan yang bakal keluar dalam sebarang, dan untuk mengenal pasti kelemahan.

Berfikir Secara Positif

Cara anda berfikir adalah segala-galanya. Oleh itu, sentiasa berfikiran positif. Anda perlu fahami bahawa rintangan bukanlah kegagalan—ia hanyalah batu loncatan menuju kejayaan anda. Daripada takut kepada peperiksaan mahupun pentaksiran, lihatlah elemen ini sebagai peluang untuk belajar dan berkembang.

Anda nak jadi pelajar hebat, tetapi lemah dalam topik-topik tertentu? Dapatkalah khidmat tutoring yang dapat membantu anda untuk mengatasi kelemahan anda di MyTutor. Ikuti laman sosial MyTutor hari ini untuk mengikuti perkembangan pendidikan di Malaysia:

Instagram: https://www.instagram.com/mytutor.my

Facebook: https://www.facebook.com/MyTutordotmy

Twitter: https://twitter.com/mytutormy

Youtube: https://www.youtube.com/@MyTutormy

Edufy: https://edufy.my

Ikuti langkah-langkah ini dan anda bukan hanya akan membuka potensi akademik anda, tetapi juga menjadikan diri anda lebih positif sebagai persiapan sebarang pentaksiran yang menjadi kayu ukur pemahaman anda.

Malaysian University English Test (MUET): Panduan buat Anda

Pengenalan


Malaysian University English Test (MUET) merupakan ujian penting bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian tinggi di Malaysia. Untuk membantu calon dalam merancang persediaan mereka, adalah penting untuk mempunyai akses kepada kalendar peperiksaan MUET yang terkini.

Dalam panduan menyeluruh ini, kita akan meneroka

i) Kalendar peperiksaan MUET 2023

ii) Ketersediaan sesi peperiksaan

iii) Tempoh Pendaftaran

iv) Keputusan MUET

Kalendar Peperiksaan MUET 2023

Kalendar Peperiksaan MUET menyediakan jadual tarikh peperiksaan MUET yang akan datang dan tempoh penting. Ia berfungsi sebagai rujukan bagi calon untuk merancang persediaan mereka, mendaftar peperiksaan, dan membuat pengaturan yang diperlukan. Pihak Majlis Peperiksaan Malaysia akan mengemas kini jadual tahunan bagi Peperiksaan MUET.

Berikut merupakan kalendar MUET bagi tahun 2023.

Untuk semakan jadual MUET, Calon boleh ke saluran yang ditetapkan:

Klik sini untuk semakan Kalendar MUET

Ketersediaan Sesi Peperiksaan MUET

Peperiksaan MUET biasanya diadakan beberapa kali setahun yakni 3 sesi. Hal ini memberikan peluang kepada calon untuk mengambil ujian tersebut. Kalendar peperiksaan seperti rujukan di atas menunjukkan tarikh-tarikh tertentu untuk setiap sesi peperiksaan. Penting untuk diingat bahawa ketersediaan sesi peperiksaan tahunan boleh jadi berbeza, dan calon perlu merujuk kepada kalendar untuk maklumat terkini.

Tempoh Pendaftaran MUET

Kalendar peperiksaan seperti rujukan di atas merangkumi tempoh pendaftaran untuk setiap sesi peperiksaan MUET. Dalam tempoh ini, calon boleh mendaftar peperiksaan melalui saluran pendaftaran yang ditetapkan, seperti portal pendaftaran dalam talian atau pusat peperiksaan. Adalah penting untuk mematuhi tarikh akhir pendaftaran untuk mendapatkan tempat dalam sesi peperiksaan yang diingini. Setelah mendaftar, calon boleh muat naik slip pendaftaran MUET pada saluran yang ditetapkan seperti berikut:

Keputusan MUET

Selepas mengambil peperiksaan MUET, calon pasti menanti dengan penuh harapan untuk penyampaian keputusan mereka. Kalendar peperiksaan tidak menentukan tarikh penyampaian keputusan yang tepat. Walau bagaimanapun, keputusan MUET biasanya disampaikan dalam tempoh empat hingga enam minggu selepas tarikh peperiksaan. Calon akan menerima keputusan melalui saluran yang ditetapkan:

Klik sini untuk semakan keputusan MUET.

Soalan-soalan yang kerap ditanyakan:

S1: Bolehkah saya mendaftar untuk peperiksaan MUET di luar tempoh pendaftaran yang ditetapkan?
J1: Tidak, calon perlu mematuhi tempoh pendaftaran yang ditetapkan dalam kalendar peperiksaan. Pendaftaran di luar tempoh ini mungkin tidak diterima.

S2: Adakah terdapat sekatan berapa kali saya boleh mengambil peperiksaan MUET?
J2: Tidak ada sekatan berapa kali calon boleh mengambil peperiksaan MUET. Calon boleh mengambil semula ujian untuk meningkatkan skor atau memenuhi keperluan khusus institusi pengajian tinggi. Perlu diingatkan, untuk melayakkan di ke mana-mana institusi pengajian tinggi, calon dikehendaki untuk mencapai sekurang-kurangnya Band 3.

S3: Bolehkah saya menukar tarikh atau masa peperiksaan setelah pendaftaran?
J3: Setelah mendaftar, menukar tarikh atau masa peperiksaan biasanya tidak dibenarkan. Calon perlu memilih tarikh dan masa peperiksaan yang diingini semasa proses pendaftaran.

S4: Berapa lama keputusan MUET kekal sah?
J4: Keputusan MUET biasanya sah selama lima tahun dari tarikh peperiksaan. Calon boleh menggunakan keputusan tersebut untuk permohonan ke universiti dalam tempoh ini.


Kalendar Peperiksaan MUET merupakan sumber yang penting bagi calon yang merancang mengambil peperiksaan MUET. Dengan merujuk kepada kalendar, calon dapat mengetahui tarikh peperiksaan, tempoh pendaftaran, dan butiran penting lain. Penting untuk merancang dan bersedia dengan baik untuk meningkatkan peluang mencapai keputusan yang diingini. Semoga berjaya buat semua calon peperiksaan MUET!

Anda terlepas pendaftaran bagi sesi MUET? Nak menduduki MUET dengan pelbagai fleksibiliti seperti pemilihan waktu dan lokasi yang boleh anda pilih?

Jom, cakna mengenai MUET-On-Demand! Klik pautan dibawah:

MUET On Demand: Fleksibiliti buat Calon

Pengenalan

Malaysian University English Test (MUET) merupakan ujian penting bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian tinggi di Malaysia. Untuk memenuhi keperluan calon ujian, MUET On-Demand diperkenalkan untuk memberikan lebih banyak fleksibiliti dan kemudahan.

Dalam panduan menyeluruh ini, kita akan meneroka proses pendaftaran Modul MUET On-Demand dan menjawab soalan-soalan yang kerap ditanyakan untuk memastikan pemahaman yang jelas mengenai topik ini.

Memahami MUET On-Demand

MUET On-Demand merupakan alternatif kepada ujian MUET biasa. Ia membolehkan calon mendaftar untuk ujian pada masa dan lokasi pilihan mereka, memberikan kelapangan dan kemudahan kepada para calon untuk mengambilnya tanpa had dan sempadan. Format ujian dan kriteria penilaian kekal sama seperti ujian MUET tradisional.

Proses Pendaftaran

a. Cipta Akaun: Lawati laman web rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan cipta akaun: Klik sini untuk mendaftar
b. Isi Maklumat Peribadi: Berikan butiran peribadi yang tepat, termasuk nama, nombor pengenalan, maklumat hubungan, dan tarikh ujian pilihan anda.
c. Pilih Pusat Ujian: Pilih pusat ujian di mana anda ingin mengambil Modul MUET On-Demand.
d. Buat Pembayaran: Bayar yuran pendaftaran melalui kaedah pembayaran yang tersedia, seperti perbankan dalam talian atau kad kredit.
e. Pengesahan: Setelah pembayaran berjaya, anda akan menerima e-mel pengesahan dengan butiran ujian anda dan arahan lanjut.

Tarikh Ujian dan Ketersediaan

Berbeza dengan tarikh ujian tetap untuk ujian MUET biasa, Modul MUET On-Demand membolehkan calon memilih tarikh ujian berdasarkan ketersediaan mereka. Penting untuk diingat bahawa tarikh ujian tertakluk kepada ketersediaan di pusat ujian yang dipilih. Disyorkan untuk mendaftar dengan jauh lebih awal untuk memastikan tarikh pilihan anda

Pusat Ujian

MUET On-Demand boleh didapati di pusat ujian yang ditetapkan di seluruh Malaysia. Pusat-pusat ini dilengkapi dengan kemudahan yang diperlukan untuk memastikan persekitaran ujian yang kondusif. Semasa proses pendaftaran, anda boleh memilih pusat ujian yang paling mudah bagi anda.

MUET VS MUET ON DEMAND

Soalan-soalan yang kerap ditanyakan:

S1: Berapa kerap saya boleh mengambil Modul MUET On-Demand?
J1: Tidak ada sekatan mengenai bilangan kali anda boleh mengambil Modul MUET On-Demand. Walau bagaimanapun, disyorkan untuk mempersiapkan diri dengan baik sebelum mencuba ujian untuk mencapai skor yang dikehendaki.

S2: Bolehkah saya menukar tarikh ujian selepas pendaftaran?
J2: Setelah anda mendaftar dan membuat pembayaran, tidak dibenarkan menukar tarikh ujian. Oleh itu, adalah penting untuk memilih tarikh yang sesuai dengan jadual dan ketersediaan anda.

S3: Berapa lama untuk menerima keputusan ujian?
J3: Keputusan ujian Modul MUET On-Demand biasanya akan tersedia dalam tempoh empat minggu selepas tarikh ujian. Anda akan menerima pemberitahuan melalui e-mel apabila keputusan dikeluarkan.

S4: Bolehkah saya menggunakan keputusan MUET On-Demand untuk permohonan ke universiti?
J4: Ya, keputusan MUET On-Demand diterima oleh universiti dan institusi pengajian tinggi di Malaysia. Skor tersebut sah selama lima tahun dari tarikh ujian.


MUET On-Demand memberikan pelajar pilihan yang fleksibel dan mudah untuk mengambil ujian MUET. Dengan mengikuti proses pendaftaran yang dijelaskan dalam panduan menyeluruh ini, anda dapat mendaftar ujian pada masa dan lokasi yang anda pilih. Ingatlah untuk mempersiapkan diri dengan baik untuk mencapai skor yang diingini. Semoga berjaya dalam perjalanan MUET anda!

Tips Bantu Anak Bersemangat ke Sekolah Selepas Cuti

0

Hai, ibu ayah! Terdapat satu lagi cabaran yang perlu kita hadapi iaitu membantu anak-anak kita kembali ke rutin sekolah selepas tempoh cuti yang panjang. Jangan risau, artikel ini akan memberikan anda 6 tips santai yang dapat membantu memudahkan proses ini. Jadi, mari kita lihat apa yang boleh kita lakukan!

Rutin harian haruslah menyeronokkan

Salah satu cara terbaik untuk membantu anak-anak bersemangat untuk kembali ke sekolah adalah dengan mencipta rutin harian yang menyeronokkan. Sediakan waktu untuk melakukan aktiviti yang mereka minati setiap hari, seperti membaca buku, bermain permainan, atau beriadah pada waktu petang. Dengan berbuat begitu, mereka akan lebih berasa bersemangat untuk ke sekolah kerana mereka tahu ada perkara menarik menanti mereka selepas pulang.

Persediaan Awal!


Persiapkan peralatan sekolah pada sebelah malam seperti buku teks, alat tulis, dan beg sekolah. Dengan berbuat demikian, anda boleh mengelakkan situasi terburu-buru dan mencari-cari barang-barang sekolah pada waktu pagi. Ini berupaya membunuh mood pagi yang bersemangat buat anda sekeluarga. Pastikan anak-anak membuat semuanya dengan sendiri dan anda hanya memantau sahaja supaya anak-anak menjadi lebih berdikari dan berdisiplin.

Jadi Pendengar dan Penyokong Terbaik


Apabila anak-anak bercerita tentang pengalaman mereka di sekolah, berikan mereka perhatian sepenuhnya. Dengar dengan teliti dan berikan sokongan serta semangat kepada mereka. Biarkan mereka bercerita tentang perkara yang mereka sukai dan perkara yang mungkin menyebabkan mereka rasa kurang selesa. Dengan begitu, mereka akan merasa lebih selamat dan terbuka untuk berkongsi perasaan dan pengalaman mereka dengan anda.

Sediakan makanan yang berkhasiat


Sebagai ibu bapa, pastikan anak-anak mendapatkan pemakanan yang sihat dan bergizi setiap hari. Sediakan makanan pagi dan bekal yang menyenangkan dan memenuhi keperluan nutrisi mereka. Makanan yang sihat dan bergizi akan memberi tenaga yang cukup kepada anak-anak untuk menjalani aktiviti harian mereka di sekolah dan membantu meningkatkan keupayaan mereka untuk belajar.

Amalkan kegiatan santai sebelum tidur


Setelah hari yang panjang di sekolah, pastikan anak-anak mendapat masa rehat yang mencukupi sebelum tidur. Amalkan aktiviti santai seperti membaca buku cerita atau bermain permainan papan. Hindari penggunaan teknologi seperti telefon pintar atau tablet sebelum tidur kerana hal ini boleh mengganggu kualiti tidur mereka. Dengan tidur yang berkualiti, anak-anak akan berasa segar dan bertenaga untuk ke sekolah keesokan harinya.

Jadi, ibu ayah tidak perlu risau untuk membuatkan anak anda kembali bersemangat untuk ke sekolah setelah cuti yang panjang. Praktis semua tips santai ini dan bantu anak anda untuk kekal bersemangat dalam menjalani hari-hari mereka sebagai pelajar. Ingatlah bahawa setiap anak mempunyai keupayaan dan ketahanan yang berbeza, jadi berikan mereka masa untuk menyesuaikan diri. Selamat berjaya dan semoga anak-anak anda mempunyai pengalaman yang menyeronokkan di sekolah!

William Kamkwamba, Tekadnya Mengubah Masa Depan Masyarakat!

Di sebuah perkampungan kecil di Malawi, Afrika, tinggallah seorang budak lelaki yang memiliki jiwa yang besar bernama William Kamkwamba. William berimpian untuk kehidupan yang lebih baik untuk keluarga serta komunitinya. Kehidupannya dan masyarakat disekelilingnya begitu sukar. Manakan tidak, tanah di perkampungan mereka kering. Segala usaha penanaman menemui kegagalan. Hal ini mendorong kepeda peningkatan kes kebuluran.

William terpaksa berhenti sekolah kerana krisis kewangan keluarganya. Walau bagaimanapun, dia tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kegelapan tanpa ilmu pengetahuan. Dia mula pergi ke perpustakaan setempat, membaca setiap buku yang dapat dicapainya. Suatu hari, sebuah buku menarik perhatiannya: “Using Energy.” Kincir angin pada kulit buku tersebut membangkitkan semangat yang membara dalam dirinya. Bolehkah dia menggunakan tenaga angin untuk memberi kuasa kepada kampungnya dan menyiram sawah-sawah yang kering?

Dengan impian yang membara dalam hatinya, William mula bekerja. Dia merayau di tempat-tempat barang timbunan sampah dan barangan buruk untuk mencari bahan terbuang seperti bahagian basikal, kipas traktor, paip plastik, dan bateri kereta. Matlamatnya adalah luar biasa dan sumbernya terhad, tetapi semangat William tidak dapat padam. Dia mula membina kincir angin daripadahasil barangan yang dikumpulkan. Jiran-jirannya ketawa, melihat projeknya sebagai fantasi kanak-kanak, tetapi tekad William tidak memadamkan semangatnya.

Akhirnya, setelah berbulan-bulan dengan usaha yang konsisten, kincir anginnya berdiri dengan megah, bilahnya berputar dengan bangga melawan langit Afrika. Ia memberi kuasa kepada empat lampu dan dua radio di rumah keluarganya. Suatu usaha yang mengagumkan di sebuah kampung yang tidak pernah mengenal elektrik. Kincir angin itu juga mengalirkan air untuk pengairan, perlahan-lahan membawa tanah yang kering kembali hidup.

Berita tentang “Budak Lelaki yang Mengendalikan Angin” tersebar luas, menarik perhatian antarabangsa. William menerima biasiswa ke sekolah-sekolah berprestij dan bahkan ditemu bual dalam persidangan di seluruh dunia. Tetapi hatinya tetap di kampungnya. Dia kembali dan membina lebih banyak kincir angin, membawa elektrik dan air buat masyarakat di sekelilingnya. Dia telah membina sebuah pam air tenaga suria yang menyediakan air minum pertama di kampungnya dan dua kincir angin lain, yang tertinggi berdiri pada 12 meter (39 kaki), dan telah membina dua lagi, termasuk satu di Lilongwe, iba u kota politik Malawi.

Selain itu, William juga terkenal dengan penulisan bukunya. Bukunya, The Boy Who Harnessed the Wind, telah dipilih sebagai judul ‘1 Book, 1 Community‘ pada tahun 2013 oleh sistem Perpustakaan Awam County Loudoun, Virginia. Ia adalah program bacaan seluruh negara tersebut yang menggalakkan dialog dan pemahaman komuniti melalui pengalaman bersama membaca dan membincangkan buku yang sama.

Cerita William Kamkwamba adalah kisah inspirasi tentang daya pemulihan, keazaman, dan kuasa transformatif pendidikan. Ia mengajar kita bahawa tidak kira seberapa besar halangan yang muncul, dengan minda yang ingin tahu dan tekad yang tidak goyah, kita boleh mengendalikan angin perubahan untuk mencipta masa depan yang lebih baik. Ceritanya menggalakkan remaja untuk berimpian lebih besar, bekerja keras, dan membuat perbezaan dalam masyarakat mereka.

Unleashing the Imagination: Fostering Creativity in Children

0

As parents, teachers, or caregivers, we provide a nurturing environment that allows children to explore, play, and express their unique creativity. But how exactly do we do that? Fear not, for this article will provide you with practical tips on fostering creativity in your little ones.

Embrace Curiosity

Encourage children to ask questions, explore, and experiment. Remember, every question is a stepping-stone to a creative mind.

Andromeda kids examined Horseshoe crab
Andromeda kids examined horseshoe crabs during their beach day.

Limit Screen Time

While technology can be educational, excessive screen time may hinder a child’s creativity. Make sure to set boundaries and encourage other types of play.

Encourage Playtime

Play is the language of childhood! From playing pretend to building blocks, play encourages problem-solving, innovative thinking, and creativity.

Read, Read, and Read Some More

Reading broadens children’s minds, presents them with new ideas, and boosts their imagination. Be it a fairy tale or a science book, every read is a seed for creativity.

Celebrate Diversity

Introduce children to different cultures, cuisines, music, and arts. Exposure to a diverse range of experiences encourages open-mindedness and creativity.

And that’s a wrap on our adventure into the magical realm of childhood creativity! Remember, each child is an artist; a little explorer set out on a lifelong journey of discovery and creation. Let’s keep the doors of imagination open for them, foster their creativity, and watch in awe as they paint their unique masterpieces on the canvas of life. Cheers to the endless possibilities that creativity brings! Let’s continue to unleash their imagination and revel in the beautiful, whimsical world that our children create. Until next time, happy fostering, dear parents!