9.6 C
New York
Saturday, April 20, 2024
spot_img

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

SPM merupakan sistem peperiksaan yang tidak asing lagi bagi penentuan halatuju para pelajar setelah menamatkan pembelajaran pada peringkat menengah sekaligus permulaan bagi lanjutan pembelajaran ke peringkat pengajian tinggi di Malaysia.

Sijil Pelajaran Malaysia atau lebih dikenali sebagai SPM merupakan peperiksaan yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan dikategorikan sebagai sebagai ujian terakhir pendidikan menengah atas.

Siapakah yang layak mengambil SPM?

Usia purata pelajar semasa mengambil SPM ini ialah 17 tahun, yakni di Tingkatan 5.

Mengapakah SPM penting?

SPM merupakan syarat untuk pelajar di Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi atau kursus asas universiti. Pelajar juga boleh mengambil kursus luar negara seperti A-Level.

Apakah kurikulum yang digunakan bagi Peperiksaan SPM?

Untuk peperiksaan SPM mulai tahun 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia mula menggunakan format baharu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) menggantikan format lama Kurikulum Bersepadu Sekolah Menegah (KBSM).

Bagi kertas Bahasa Inggeris pula, Kementerian Pendidikan mula menjajarkan format peperiksaan Bahasa Inggeris agar sejajar dengan Common European Framework of Reference (CEFR) yang digunakan pada peringkat antarabangsa.

Apakah senarai subjek SPM?

Terdapat dua jenis subjek yakni subjek teras dan subjek elektif.

Subjek Teras

Subjek teras merupakan subjek yang wajib diambil oleh semua calon SPM.

Antara subjeknya termasuklah:

Kod SubjekNama SubjekBahasa Perantaraan
1103Bahasa MelayuBahasa Melayu
1119Bahasa InggerisBahasa Inggeris
1223Pendidikan IslamBahasa Melayu
1225Pendidikan MoralBahasa Melayu
1249SejarahBahasa Melayu
1449MathematicsBahasa Melayu dan Inggeris
1511ScienceBahasa Melayu dan Inggeris
Subjek Teras SPM
  • Subjek Pendidikan Islam tidak wajib diambil bagi pelajar Aliran Sains Agama atau Aliran Agama Tulen.
  • Calon dikehendaki menduduki peperiksaan subjek elektif bagi aliran mereka.
  • Subjek Pendidikan Islam diambil oleh calon SPM beragama Islam sahaja manakala subjek Pendidikan Moral hanya diambil oleh calon bukan beragama Islam.

Subjek Elektif

Calon peperiksaan SPM boleh memilih untuk mengambil subjek-subjek elektif seperti dalam senarai di bawah. Namun begitu, subjek tersebut perlu bersesuaian dengan kerjaya yang ingin diceburi selepas tamat pendidikan menengah. Terdapat beberapa subjek yang tidak boleh diambil kerana waktu peperiksaan yang berlaku serentak seperti subjek-subjek dalam bidang kesusasteraan.

Bahasa dan Kesusasteraan

Kod SubjekNama SubjekBahasa Perantaraan
2205Literature in EnglishBahasa Inggeris
2215Kesusasteraan MelayuBahasa Melayu
2361Bahasa Arab TinggiBahasa Arab
6351Bahasa CinaBahasa Cina Mandarin
6354Bahasa TamilBahasa Tamil
6355English for Science and TechnologyBahasa Inggeris
6356Bahasa IbanBahasa Iban
6357Bahasa KadazandusunBahasa Kadazandusun
6358Bahasa SemaiBahasa Semai
6362Bahasa Arab KomunikasiBahasa Arab
9216Kesusasteraan CinaBahasa Cina
9217Kesusasteraan TamilBahasa Tamil
9303Bahasa PerancisBahasa Perancis
9378Bahasa PunjabiBahasa Punjabi
Bahasa dan Kesusateraan

Sains dan Matematik

Subjek-subjek dalam bidang ini termasuk dalam pembelajaran Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Para pelajar yang mengambil subjek-subjek di bawah boleh menjawab sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

Kod SubjekNama Subjek
3472Additional Mathematics
3765Information and Communication Technology
4531Physics
4541Chemistry
4551Biology
4561Additional Science
4581Applied Science
Sains dan Matematik

Sains Sosial dan Keagamaan

Kod SubjekNama Subjek
2280Geografi
3754Pengajian Keusahawanan
3755Perdagangan
3756Prinsip Perakaunan
3757Ekonomi Asas
5226Tasawwur Islam
5227Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
5228Pendidikan Syariah Islamiah
8702Perakaunan Perniagaan
9221Bible Knowledge
Sains Sosial dan Keagamaan

Kesenian dan Kesihatan

Kod SubjekNama Subjek
2611Pendidikan Seni Visual
2621Pendidikan Muzik
4571Pengetahuan Sains Sukan
Kesenian dan Kesihatan

Kejuruteraan

Subjek-subjek dalam bidang ini ditawarkan kepada para pelajar yang mengikuti pendidikan teknikal dan vokasional.

Kod SubjekNama Subjek
3759Lukisan Kejuruteraan
3760Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
3761Pengajian Kejuruteraan Awam
3762Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
3763Rekacipta
3764Teknologi Kejuruteraan
Kejuruteraan

Apakah subjek wajib lulus SPM?

Kedua-dua subjek ini merupakan subjek wajib lulus SPM dan calon SPM wajib mendapatkan keputusan minimum kredit (Gred: C) untuk kemasukan universiti di Malaysia:

  • Bahasa Melayu
  • Sejarah

Apakah Gred SPM?

MarkahGredNilai Gred
90 – 100A +Cemerlang Tertinggi
80 – 89ACemerlang Tinggi
70 – 79A –Cemerlang
65 – 69B +Kepujian Tertinggi
60 – 64BKepujian Tinggi
55 – 59C +Kepujian Atas
50 – 54CKepujian
45 – 49D Lulus Atas
Markah 40 – 44E Lulus
Markah 0 – 39GGagal
THTHTidak Hadir
Gred SPM

LEMAH dalam subjek tertentu dan perlukan bantuan?

Jika anda ingin skor dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM, anda boleh mendapatkan pelbagai servis tuisyen dan bimbingan bersama MyTutor dan platform pembelajaran dalam talian di Edufy.

Antara servis MyTutor yang wajib anda ketahui:

  • Kelas tuisyen bersemuka individu
  • Kelas tuisyen dalam talian individu
  • Kelas tuisyen bersemuka berkumpulan
  • Kelas tuisyen bersemuka dalam talian
  • Kelas-kelas pecutan SPM

Tahap pembelajaran dan bimbingan skor sijil di MyTutor:

  • Tadika
  • Sekolah Rendah
  • Sekolah Menengah
  • STPM/A-Level/Asasi
  • Malaysian University English Test (MUET)
  • International English Language Testing System (IELTS)
  • Test of English as a Foreign Language (Internet-based Test) (TOEFL)
  • Diploma
  • Ijazah
  • Kelas Dewasa

Antara kurikulum yang diketengahkan termasuklah:

  • Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
  • Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
  • International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)
  • International Baccalaureate (IB)

Kelas kerohanian disediakan mengikut permintaan ibu bapa seperti berikut:

  • Mengaji individu dan sekeluarga
  • Bimbingan fardhu ain
  • Kelas Tajwid kanak-kanak dan dewasa
  • Kelas KAFA

Kelas-kelas bahasa juga disediakan yang kian mendapat permintaan yang tinggi bagi para pelajar seawal usia 7 tahun seperti:

  • Kelas bahasa Jepun
  • Kelas bahasa Korea
  • Kelas bahasa Mandarin
  • Kelas bahasa Tamil
  • Kelas bahasa Perancis
  • Kelas bahasa Arab

Jadualkan pembelajaran anak-anak mengikut masa yang anda tetapkan dengan bajet fleksibel bulanan yang bersesuaian buat anda sekeluarga di platform MyTutor hari ni! Servis guru datang ke rumah anda secara bersemuka ini pastinya membolehkan anak anda mendapat tumpuan yang maksimum dalam sesi pembelajaran. MyTutor juga menawarkan perkhidmatan tutor secara bersemuka dan dalam talian 1 Malaysia. Kelas dalam talian secara individu yang disediakan dengan konsep dunia pendidikan di hujung jari anda ini berupaya membantu para pelajar lemah.

Sementara itu, platform Edufy pula merupakan platform pembelajaran dalam talian yang menawarkan lebih daripada 100 kursus buat anak-anak seawal usia 4 tahun sehingga kelas dewasa. Kelas di Edufy dijalankan dalam kumpulan kecil secara dua hala dengan yuran serendah RM55 bagi setiap subjek.

Program SPM di Edufy:

Kelas santai seperti kelas Catur juga disediakan bagi mengasah bakat dan kreativiti anak-anak serta berpeluang untuk memasuki pertandingan hingga ke peringkat antarabangsa. Selain itu, anak-anak seawal 13 tahun berupaya menguasai ilmu Algebra dalam 12 sesi kelas bersama Cikgu Hanisah di Edufy!

Kelas kemahiran bahasa yang ditawarkan pastinya menambahkan kemahiran serta keyakinan berbahasa anda sekeluarga:

Pelbagai program kerohanian secara langganan dan PERCUMA turut disediakan:

Pelbagai servis ditawarkah di Edufy. Anda berpeluang untuk mendapatkan diskaun yang menarik apabila membeli kursus-kursus dengan harga pakej.

Dapatkan khidmat tutor dan servis tuisyen di MyTutor dan Edufy dengan bantuan para pengurus hari ni!

MyTutor ~ Pembelajaran bermakna bermula di sini.

Next article

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles