5.8 C
New York
Friday, March 29, 2024
spot_img

Kisah Inspirasi: Lizz Murray ~ Dari Jalanan ke Havard!

Nak cerita sikit pasal Lizz Murray ni. Mungkin ramai yang tak kenal, tapi kalau dah tahu kisah dia, memang tak boleh lupa. Lizz ni macam simbol untuk kita semua – bagaimana semangat dan cita-cita boleh mengubah hidup seseorang daripada situasi yang sangat susah hingga ke menara kejayaan.

Lahir dan membesar di Bronx, New York, dalam keluarga yang serba kekurangan, hidup Lizz memang penuh dengan cabaran dari muda lagi. Ayah dan ibunya terlibat dalam penyalahgunaan dadah, jadi keperluan asas macam makanan dan tempat tinggal yang sempurna ni ibarat sebuah mimpi. Apabila usia Lizz menginjak ke-15 tahun, dia terpaksa menghadapi realiti yang dia tiada tempat untuk tinggal dan terpaksa jadi gelandangan.

Perkara yang mengagumkan adalah dalam situasi yang sangat sukar ini, Lizz memilih untuk jadi lebih kuat dan berdiri teguh. Dia sedar yang pendidikan adalah jalan keluar untuk dia tinggalkan kehidupan susah dan miskin yang dia lalui.

Ibu bapanya berpisah pada tahun 1994 dan ibu serta adiknya berpindah tinggal bersama datuknya. Murray tinggal bersama ayahnya sehingga jiran mereka memanggil perkhidmatan sosial, yang mengambilnya dalam jagaan untuk perlindungan sendiri selama 35 hari. Semasa itu, ayahnya dihalau dari apartmen mereka. Murray, ibunya dan adik perempuannya Lisa tinggal bersama datuk ibunya (datuk kepada Liz dan Lisa) selama beberapa tahun, tetapi pada usia 13 tahun, Murray dimasukkan ke dalam rumah berkelompok untuk sementara waktu.

Dia menjadi gelandangan tidak lama selepas dia berumur 15 tahun, apabila ibunya meninggal dunia akibat AIDS pada tahun 1996 dan ayahnya pindah ke pusat penampungan gelandangan. Dia mahu mengubah hidupnya dan menamatkan pengajian pendidikannya. Dia mendapat pekerjaan mengutip sumbangan dari pintu ke pintu untuk menyokong inisiatif politik. Murray tahu bahawa kehidupannya bergantung pada pekerjaan itu, jadi dia berjaya memecahkan semua rekod jualan syarikat, dan menghasilkan lebih daripada $8000 dalam dua bulan.

Walaupun dia tinggal di jalanan, Lizz berazam untuk sambung belajar. Dengan semangat belajar yang membara, dia mengikuti program pendidikan alternatif , Humanities Preparatory Academy di Chelsea, Manhattan, yang membolehkan dia habiskan empat tahun pelajaran sekolah menengah atas dalam dua tahun sahaja tau, dan dia berjaya lulus dengan cemerlang. Murray mendapat purata 95 dan lulus di bahagian atas kelas yang terdiri daripada 158 orang. Dia dianugerahkan biasiswa oleh The New York Times untuk pelajar yang memerlukan dan diterima ke Universiti Harvard, memulakan pengajian pada semester musim luruh tahun 2000.

Kisah perjuangan dan kejayaan Lizz Murray ni tarik perhatian ramai orang, termasuklah kakitangan bahagian pentadbiran Universiti Harvard yang kemudiannya memberikan dia biasiswa penuh. Ya, gadis yang dulu tinggal di jalanan kini jadi mahasiswi di salah satu universiti paling gah di dunia.

Dia berpindah dari Harvard ke Columbia University pada tahun 2003 untuk menjaga ayahnya yang sakit. Dia mendapat Sarjana Muda Sains dalam Psikologi pada Jun 2009. Pada bulan Ogos 2009, dia mula mengambil kursus sarjana di Harvard Summer School dengan rancangan untuk mendapat PhD dalam Psikologi Klinikal dan menjadi kaunselor. Sejak itu, dia telah memperoleh ijazah Sarjana dalam Psikologi Pendidikan dari Columbia University.

Perjalanan Lizz tak berhenti kat situ je. Lepas dia habis belajar di sana, dia teruskan usaha untuk tolong orang lain yang alami kehidupan susah macam dia dulu. Dia menubuhkan organisasinya sendiri, Brooklyn Bell, yang bertumpu kepada pendidikan dan pembangunan masyarakat.

Kisah Lizz Murray ni bukti nyata yang walau apa pun yang berlaku dalam masa lalu atau masa kini tidak menentukan masa depan kita. Dia ubah nasib dia sendiri melalui pendidikan dan semangat yang kuat, dan sekarang dia menggunakan pengalaman yang dia ada untuk tolong orang lain buat perkara yang sama. Dia jadi inspirasi untuk kita semua yang tak kira berapa berat cabaran yang kita hadapi, akan selalu ada harapan dan peluang untuk berubah dan capai cita-cita. Macam kata Lizz sendiri, “Bukan tentang dari mana kita datang, tetapi ke mana kita akan pergi.”

Jadi, untuk adik-adik, ibu mahupun ayah dan masyarakat di luar sana yang sedang bergelut dengan pelbagai cabaran dunia, percayalah bahawa cabaran hari ini merupakan dorongan untuk anda menjadi lebih kuat demi masa depan yang lebih cemerlang. Tiada perkara yang mustahil untuk digapai sekiranya keinginan anda melebihi cabaran yang anda hadapi. Kuatkan tekad dan teruskan perjalanan! Semoga kejayaan milik anda di dunia dan akhirat.

Nak tonton dan dapatkan gambaran kehidupan wanita fenomena dunia ini? Jom tonton filem berikut:

Homeless to Harvard (base on true story of Liz Murray)

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles