14.9 C
New York
Saturday, October 12, 2024
spot_img

Silibus Pembelajaran Sekolah-Sekolah Menengah di Malaysia

Apakah DSKP?

  • Senarai Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi)

Bagi memastikan kesinambungan pendidikan rendah dengan pendidikan menengah, transformasi kurikulum dilaksanakan ke atas Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). KBSM diperkukuh dan ditambah baik bagi memastikan kurikulum sentiasa relevan dengan keperluan semasa dan cabaran abad ke-21 serta selari dengan Pelan Transformasi Kerajaan. Kurikulum baharu ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Sebagai tenaga pengajar, adalah penting untuk anda memahami semula kandungan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sedia ada bagi merancang dan melaksana Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang berkesan.

Dalam mendepani isu pemahaman silibus, tenaga pengajar perlu:

  • memahami semula matlamat utama kurikulum sedia ada
  • memahami semula objektif kurikulum sedia ada
  • memahami semula standard kandungan dan standard pembelajaran yang disediakan
  • memahami semula standard prestasi

Berikut merupakan himpunan DSKP bagi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) :

Kesimpulannya, dalam mencapai objektif pembelajaran, tenaga pengajar memainkan peranan penting untuk memahami semula kandungan kurikulum. DSKP adalah rujukan utama kepada guru untuk merancang dan melaksana PdPc. Penggunaan buku teks dan buku aktiviti adalah panduan yang boleh digunakan oleh tenaga pengajar dalam menterjemahkan kefahaman kandungan kurikulum sedia ada.

Semoga himpunan kurikulum dan silibus sekolah menengah ini memberikan manfaat buat tenaga pengajar di Malaysia.

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles