11.7 C
New York
Sunday, April 28, 2024
spot_img

Anak saya perlukan TUTOR?

Dalam artikel yang lepas, kita sempat rungkaikan perbezaan antara tutor dan cikgu. Kali ni saya nak kongsikan buat ibu bapa atau individu di luar sana yang tertanya-tanya mengenai sesi tutoring buat anak-anak.

Sedia maklum, dalam dunia hari ni sesi tutoring sudah menjadi kebiasaan buat para pelajar. Cuma, perkara yang sering menjadi pertikaian adalah keberkesanan sesi pembelajaran tersebut buat anak anda.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada sesetengah pelajar lulus dengan cemerlang melalui sesi tutoring bersama tutor peribadi atau dalam kelas berkumpulan yang kecil. Manakala, sebahagian daripadanya sebaliknya.

Justeru itu, jom kita rungkai bersama-sama persoalan daripada ibu ayah di MyTutor dan dapatkan tips-tips pemilihan tutor buat anak anda.

Kenapa anak saya perlukan tutor? Pembelajaran kat sekolah dah cukup.

~ Puan A

Dalam situasi Puan A, bergantung kepada tahap penguasaan anak dalam prestasi akademik mereka. Sekiranya anak kekal cemerlang dalam setiap peperiksaaan atau anak dapat menjawab setiap latihan yang diberikan, maka pembelajaran di sekolah sudah memadai buat mereka.

Jika sebaliknya, cuba fahami anak anda. Pembelajaran di sekolah melibatkan bilangan pelajar yang ramai dan tak semua pelajar dapat mengikuti silibus yang berjalan. Hal ini kerana keupayaan setiap pelajar adalah berbeza.

Justeru itu, adalah penting bagi anda sebagai ibu bapa untuk sentiasa menyemak atau membuat susulan pada tahap pembelajaran anak anda. Bertanya kepada guru sekolah mengenai perkembangan anak anda juga penting tau!

Sekiranya anak anda dalam kategori Murid Khas Masalah Pembelajaran (MKMP) seperti Sindrom Down, Autisme, Palsi Serebral, Attention Deficit Disorder (ADD), Attention Deficit Hiperactive Disorder(ADHD), Pintar Cerdas dan seumpama dengannya, sesi tutoring dengan bantuan pakar khas juga dapat membantu.

Jangan sia-siakan bakat terpendam anak anda. Berikanlah mereka ruang dan masa untuk menerokai dunia pembelajaran seperti anak-anak lain dengan cara yang betul.

Bila masa yang sesuai untuk saya ambil tutor buat anak?

~ Encik B

Dalam situasi Encik B, sesi tutoring ni sesuai dijalankan buat kanak-kanak berusia seawal 4 tahun secara puratanya bagi pendedahan kepada asas fonetik dan membaca, asas huruf jawi, asas Matematik dan kiraan serta pendedahan bahasa ketiga. Anak-anak seawal usia ini belajar sambil bermain.

Pendekatan pembelajaran bagi setiap anak adalah berbeza. Justeru itu, melalui sesi tutoring, anda dapat mengetahui kecenderungan potensi, cara dan tahap pembelajaran anak-anak melalui tutor mereka.

Ambil langkah ini untuk mengetahui potensi anak anda seawal usia mereka. Barulah mudah untuk anda lorongkan haluan kerjaya mengikut personaliti dan bakat mereka.

Saya dah ambil kelas tutoring setahun, tapi anak masih tiada peningkatan. Nak buat bagaimana?

~ Puan C

Sesi tutoring merupakan salah satu pelaburan yang terbaik buat anak anda. Justeru itu, dalam apa-apa bentuk pelaburan, adalah sangat penting untuk anda menitik beratkan kualiti pemilihannya.

  1. Lakukan ‘research’ sebelum mendaftar.
    • Lambakan platform menawarkan sesi tutoring. Pastikan anda melihat profil tutor yang bakal mengajar anak anda. Pilihlah tutor yang terbaik selaras dengan keperluan anak anda. Pastikan anda mendapatkan susulan perkembangan anak anda melalui kad laporan daripada tutor. Justeru itu, laporan bagi setiap kelas anak anda sangat penting untuk diteliti.
  2. Pastikan anak anda miliki keserasian bersama tutor yang telah anda pilih
    • Chemistry sangat penting dalam memastikan pembelajaran berlangsung dengan baik.
    • Tutor yang bagus, pastinya dapat membina keserasian bersama si kecil kesayangan anda.
  3. Pastikan kadar yuran selaras dengan bajet anda
    • Tahukah anda MyTutor merupakan platform yang membolehkan anda berunding kadar yuran bulanan secara langsung dengan tutor yang dipilih sebelum mulakan kelas. Mudah, kan?
    • Bajet yang bersesuaian sangat penting agar pembelajaran dapat dijalankan secara berterusan.
  4. Jangan lupa untuk sentiasa melakukan susulan terhadap pembelajaran anak anda.
    • Seawal 3 bulan kelas, anda sepatutnya sudah boleh melihat peningkatan anak anda. Bukanlah perubahan yang drastik, memadai peningkatan tersebut dapat meningkatkan keyakinan anak anda. Pastikan anak anda memberikan kerjasama dalam sesi tutoring dan menyiapkan latihan yang diberikan oleh para tutor tau.

Demikianlah huraian panjang lebar mengenai sesi tutoring buat panduan ibu ayah. Anak yang hebat pastinya dicorakkan oleh ibu bapa yang hebat. Justeru itu, hadiahkan pembelajaran yang terbaik buat anak anda demi masa depan mereka.

Dapatkan kelas di rumah anda secara bersemuka mahupun dalam talian bersama tutor terbaik mengikut keperluan anak-anak dan sesuai dengan bajet anda hanya di MyTutor. Pendaftaran PERCUMA sahaja tau. Anda berpeluang untuk memilih tutor di lokasi anda seluruh Malaysia.

MyTutor~Platform yang menghubungkan ibu bapa dan tutor di Malaysia.

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles