14.8 C
New York
Saturday, April 27, 2024
spot_img

Tips Pencarian Tutor Peribadi buat Anak Anda

Dalam dunia pendigitalan yang kian pesat hari ini, sesi pembelajaran juga berjalan dengan lebih pesat. Istilah tutoring juga telah sebati dalam kehidupan masyarakat kini. Ada juga rungutan daripada ibu ayah hari ni mengenai keputusan pembelajaran anak-anak yang tidak meningkat walaupun setelah setahun menggunakan servis tutoring.

Selain bidang akademik, ada juga ibu bapa yang memilih tutor untuk membimbing anak mereka bidang muzik, seni, coding dan lain-lain lagi.

Oleh itu, saya akan berkongsi tips pencarian tutor buat anak anda:

  1. Tentukan bajet bulanan anda
    • Pastikan kadar yuran tuisyen selaras dengan bajet anda. Dalam hal ini, anda perlu kenal pasti subjek yang anak anda benar-benar lemah. Letakkanlah bajet yang lebih bagi subjek ini. Tumpuan yang lebih perlu diberikan. Oleh itu, ambillah khidmat tutor peribadi dan lihat keberkesanannya dalam masa 3 bulan. Bagi subjek lain-lain pula, sekiranya anak anda perlukan tuisyen, anda boleh hantar ke kelas-kelas di pusat tuisyen mahupun kelas berkumpulan dalam talian. Jangan lupa untuk membuat pemantauan kelas dan tahap kefahaman anak- anak. Bajet yang fleksibel dengan kemampuan anda penting bagi memastikan kelangsungan pembelajaran anak anda.
  2. Tutor perlu pakar dalam subjek yang diajar
    • Tutor merupakan sumber rujukan anak anda. Oleh itu, pilihlah tutor yang pakar dalam subjek yang diajar. Selain itu, tutor terlatih juga telah membantu ramai pelajar dalam mencapai sasaran yang dikehendaki oleh mereka. Tutor juga WAJIB kuasai silibus terkini sekiranya tutoring dalam subjek-subjek atau kursus yang berkaitan dengan silibus.
  3. Penjadualan kelas yang sesuai dengan anak anda
    • Tuisyen merupakan pembelajaran tambahan anak-anak selepas aktiviti persekolahan yang memenatkan. Justeru itu, pemilihan waktu bagi kelas tuisyen adalah penting supaya pembelajaran yang efisien berlaku. Pastikan anak anda bersedia mengikut jadual yang ditetapkan agar anak anda berasa seronok untuk belajar dalam setiap sesi.
  4. Pilih tutor yang serasi dengan anak anda
    • Ini antara point yang penting kerana sesi pembelajaran akan menjadi kurang efektif sekiranya anak anda tidak dapat fokus dalam kelas dan pastinya objektif kelas tuisyen ini tidak dapat dicapai. Tutor yang berupaya membina keserasian akan menjadikan pelajar lebih bersemangat untuk kelas-kelas yang akan datang sekaligus akan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anak anda dalam bidang tersebut. Tutor yang kreatif dalam menyediakan bahan pembelajaran dan aktiviti dalam kelas juga penting buat anak anda.
  5. Komunikasi antara anda dengan tutor
    • Hal ini penting supaya anda dapat mengetahui pemahaman serta masalah yang dihadapi oleh anak anda. Perhubungan yang baik antara anda dengan tutor peribadi anak anda pastinya menjadikan tutor lebih bersemangat untuk mengajar anak anda sekaligus menjadikan suasana kelas lebih menarik.

Pendidikan merupakan pelaburan yang terbaik buat generasi muda. Oleh itu, hadiahkan pendidikan terbaik buat anak anda agar anda dapat menyediakan masa depan yang lebih terjamin buat mereka.

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles