9.6 C
New York
Saturday, April 20, 2024
spot_img

Tutor Peribadi VS Tutor Pusat Tuisyen

Dalam penulisan kali ini, saya bawakan khas buat ibu ayah yang masih keliru untuk membuat keputusan bagi pemilihan tutor. Ada ibu ayah yang memilih untuk hantar anak ke pusat tuisyen tanpa menitik beratkan keupayaan anak-anak dalam bidang akademik mereka dan begitu juga dengan ibu ayah yang memilih tutor peribadi sebagai pencapaian objektif pembelajaran anak-anak mereka.

Kepentingan memilih tutor yang sesuai buat anak-anak adalah penting untuk membantu anak-anak memahami dan menguasai subjek yang dipelajari dengan lebih baik. Tutor yang berkualiti boleh membantu pelajar memperbaiki prestasi akademik mereka dan memberikan bimbingan yang diperlukan untuk mencapai matlamat akademik mereka. Dalam pemilihan tutor yang tepat, ibu ayah perlu mengambil kira gaya pembelajaran buat anak, keperluan khusus pelajar, kecekapan tutor, serta kualiti pengajaran dan bimbingan yang diberikan.

Perlukan konsultasi, klik pautan ini: Konsultasi kelas berdasarkan keupayaan anak saya. PERCUMA sahaja!

Jom kita lihat pada definisi dan gaya pengajaran antara tutor peribadi dan tutor pusat tuisyen:

Jika anak anda merupakan pelajar yang lemah, adalah penting untuk anda memilih tutor peribadi sebagai pembimbing akademik mereka. Hal ini penting agar para tutor dapat menyesuaikan gaya pengajaran anak anda dengan modul yang betul mengikut kemahirannya.

Anak anda cepat belajar dan pintar? Jika anak anda dalam golongan ini, anda boleh sesuaikan dengan pencapaian sahsiahnya pula. Sebagai contoh, anak yang cepat belajar dan pintar pada kebiasaannya memerlukan suasana interaksi dalam bentuk berkumpulan untuk menyerlahkan potensi mereka. Maka, pemilihan tutor pusat tuisyen adalah lebih baik. Ibarat sambil menyelam minum air, anak anda berupaya menyerap proses pembelajaran sambil berinteraksi dengan rakan sebaya. Bagi golongan ini, gaya pengajaran tidak menjadi isu untuk mereka.

Setelah mengenal pasti tahap anak anda, ada 3 aspek lain yang perlu dititik beratkan. Aspek seterusnya adalah perhatian para tutor kepada anak anda.

Anak-anak terutamanya anak-anak kecil yang mudah terganggu perhatiannya adalah digalakkkan untuk mendapatkan kelas bersama tutor peribadi. Hal ini penting agar anak-anak dapat mengoptimumkan penyerapan proses pembelajaran seterusnya beraksi dengan cemerlang dalam bidang akademik. Jika anak anda dapat mengekalkan fokus dalam kelas, belajar bersama dengan tutor di pusat tuisyen sangat membantu. Selain dapat menyerap ilmu, anak anda pasti dapat mengembangkan pengetahuan mereka dengan baik.

Di samping itu, isu kos juga sangat penting. Benarlah kata pepatah mengukur baju di badan sendiri. Oleh itu, ibu ayah haruslah mempertimbangkan bajet bulanan bagi pendidikan anak-anak agar pembelajaran dapat dijalankan secara berterusan. Sebagaimana yang kita maklumi, kos tutor peribadi adalah lebih tinggi berbanding kos tutoring di pusat tuisyen. Jadi, rancanglah kewangan sebaiknya bagi pemilihan ini. Anda juga boleh pilih subjek yang anak anda betul-betul lemah untuk sesi tutoring dengan tutor peribadi dan rancanglah bilangan jam pembelajaran mingguan mengikut bajet anda. Bagi subjek yang berada pada tahap sederhana, ambillah kelas di pusat tuisyen. Yang penting, anda mengukur tahap pencapaian anak anda dan berinteraksilah dengan guru di sekolah untuk mengikuti perkembangan tahap terkini anak anda.

Akhir sekali, penjadualan! Jadual sangat penting untuk memastikan anak anda tidak stres semasa proses pembelajaran. Keadaan terburu-buru dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain menyebabkan anak-anak tidak dapat mengoptimumkan penyerapan ilmu semasa sesi kelas. Rancang masa anak anda baik-baik ya. Dalam sesi tutoring masih ada tugasan yang perlu disiapkan. Berikan juga masa untuk anak-anak berehat.

Tutor Peribadi VS Tutor Pusat Tuisyen mana lebih baik?

Isu ini seringkali menjadi pertanyaan ibu bapa. Ada juga statement dari ibu ayah yang mengatakan:

“Anak-anak saya dah ambil kelas di pusat tuisyen. Mereka tak perlu tutor peribadi.”

Perkara ini begitu subjektif untuk diulas. Walau apa pun keputusan ibu ayah, pastikan anda menitik beratkan keupayaan dan tahap anak anda sekarang. Tiada yang salah mengenai proses pembelajaran. Perkara yang penting adalah matlamat yang ditetapkan buat anak anda. Pastikan setiap proses pembelajaran berlangsung dengan efektif bagi mendapatkan hasil pembelajaran yang cemerlang. Barulah rasa pelaburan pendidikan yang berbaloi, kan?

Ibu ayah yang tercari-cari kelas bersama tutor peribadi secara individu atau berkumpulan kecil, bolehlah layari laman web MyTutor yang menghubungkan ibu bapa dan tutor di seluruh Malaysia. Anda juga berpeluang untuk melakukan rundingan harga secara terus bersama tutor tanpa pihak ketiga. Runding sampai jadi! Konsep inilah yang diketengahkan dalam memastikan ibu bapa mengambil kelas buat anak-anak dengan kadar yuran mengikut bajet fleksibel ibu ayah.

MyTutor ~ Pembelajaran Bermakna Bermula di Sini.

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles