SPM merupakan sistem peperiksaan yang tidak asing lagi bagi penentuan halatuju para pelajar setelah menamatkan pembelajaran pada peringkat menengah sekaligus permulaan bagi lanjutan pembelajaran ke peringkat pengajian tinggi di Malaysia.
Sijil Pelajaran Malaysia atau lebih dikenali sebagai SPM merupakan peperiksaan yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan dikategorikan sebagai sebagai ujian terakhir pendidikan menengah atas.

Siapakah yang layak mengambil SPM?
Usia purata pelajar semasa mengambil SPM ini ialah 17 tahun, yakni di Tingkatan 5.
Mengapakah SPM penting?
SPM merupakan syarat untuk pelajar di Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi atau kursus asas universiti. Pelajar juga boleh mengambil kursus luar negara seperti A-Level.

Apakah kurikulum yang digunakan bagi Peperiksaan SPM?
Untuk peperiksaan SPM mulai tahun 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia mula menggunakan format baharu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) menggantikan format lama Kurikulum Bersepadu Sekolah Menegah (KBSM).
Bagi kertas Bahasa Inggeris pula, Kementerian Pendidikan mula menjajarkan format peperiksaan Bahasa Inggeris agar sejajar dengan Common European Framework of Reference (CEFR) yang digunakan pada peringkat antarabangsa.
Apakah senarai subjek SPM?
Terdapat dua jenis subjek yakni subjek teras dan subjek elektif.
Subjek Teras
Subjek teras merupakan subjek yang wajib diambil oleh semua calon SPM.
Antara subjeknya termasuklah:
Kod Subjek | Nama Subjek | Bahasa Perantaraan |
---|---|---|
1103 | Bahasa Melayu | Bahasa Melayu |
1119 | Bahasa Inggeris | Bahasa Inggeris |
1223 | Pendidikan Islam | Bahasa Melayu |
1225 | Pendidikan Moral | Bahasa Melayu |
1249 | Sejarah | Bahasa Melayu |
1449 | Mathematics | Bahasa Melayu dan Inggeris |
1511 | Science | Bahasa Melayu dan Inggeris |
- Subjek Pendidikan Islam tidak wajib diambil bagi pelajar Aliran Sains Agama atau Aliran Agama Tulen.
- Calon dikehendaki menduduki peperiksaan subjek elektif bagi aliran mereka.
- Subjek Pendidikan Islam diambil oleh calon SPM beragama Islam sahaja manakala subjek Pendidikan Moral hanya diambil oleh calon bukan beragama Islam.
Subjek Elektif
Calon peperiksaan SPM boleh memilih untuk mengambil subjek-subjek elektif seperti dalam senarai di bawah. Namun begitu, subjek tersebut perlu bersesuaian dengan kerjaya yang ingin diceburi selepas tamat pendidikan menengah. Terdapat beberapa subjek yang tidak boleh diambil kerana waktu peperiksaan yang berlaku serentak seperti subjek-subjek dalam bidang kesusasteraan.
Bahasa dan Kesusasteraan
Kod Subjek | Nama Subjek | Bahasa Perantaraan |
---|---|---|
2205 | Literature in English | Bahasa Inggeris |
2215 | Kesusasteraan Melayu | Bahasa Melayu |
2361 | Bahasa Arab Tinggi | Bahasa Arab |
6351 | Bahasa Cina | Bahasa Cina Mandarin |
6354 | Bahasa Tamil | Bahasa Tamil |
6355 | English for Science and Technology | Bahasa Inggeris |
6356 | Bahasa Iban | Bahasa Iban |
6357 | Bahasa Kadazandusun | Bahasa Kadazandusun |
6358 | Bahasa Semai | Bahasa Semai |
6362 | Bahasa Arab Komunikasi | Bahasa Arab |
9216 | Kesusasteraan Cina | Bahasa Cina |
9217 | Kesusasteraan Tamil | Bahasa Tamil |
9303 | Bahasa Perancis | Bahasa Perancis |
9378 | Bahasa Punjabi | Bahasa Punjabi |
Sains dan Matematik
Subjek-subjek dalam bidang ini termasuk dalam pembelajaran Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Para pelajar yang mengambil subjek-subjek di bawah boleh menjawab sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
Kod Subjek | Nama Subjek |
---|---|
3472 | Additional Mathematics |
3765 | Information and Communication Technology |
4531 | Physics |
4541 | Chemistry |
4551 | Biology |
4561 | Additional Science |
4581 | Applied Science |
Sains Sosial dan Keagamaan
Kod Subjek | Nama Subjek |
---|---|
2280 | Geografi |
3754 | Pengajian Keusahawanan |
3755 | Perdagangan |
3756 | Prinsip Perakaunan |
3757 | Ekonomi Asas |
5226 | Tasawwur Islam |
5227 | Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah |
5228 | Pendidikan Syariah Islamiah |
8702 | Perakaunan Perniagaan |
9221 | Bible Knowledge |
Kesenian dan Kesihatan
Kod Subjek | Nama Subjek |
---|---|
2611 | Pendidikan Seni Visual |
2621 | Pendidikan Muzik |
4571 | Pengetahuan Sains Sukan |
Kejuruteraan
Subjek-subjek dalam bidang ini ditawarkan kepada para pelajar yang mengikuti pendidikan teknikal dan vokasional.
Kod Subjek | Nama Subjek |
---|---|
3759 | Lukisan Kejuruteraan |
3760 | Pengajian Kejuruteraan Mekanikal |
3761 | Pengajian Kejuruteraan Awam |
3762 | Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik |
3763 | Rekacipta |
3764 | Teknologi Kejuruteraan |
Apakah subjek wajib lulus SPM?
Kedua-dua subjek ini merupakan subjek wajib lulus SPM dan calon SPM wajib mendapatkan keputusan minimum kredit (Gred: C) untuk kemasukan universiti di Malaysia:
- Bahasa Melayu
- Sejarah
Apakah Gred SPM?
Markah | Gred | Nilai Gred |
---|---|---|
90 – 100 | A + | Cemerlang Tertinggi |
80 – 89 | A | Cemerlang Tinggi |
70 – 79 | A – | Cemerlang |
65 – 69 | B + | Kepujian Tertinggi |
60 – 64 | B | Kepujian Tinggi |
55 – 59 | C + | Kepujian Atas |
50 – 54 | C | Kepujian |
45 – 49 | D | Lulus Atas |
Markah 40 – 44 | E | Lulus |
Markah 0 – 39 | G | Gagal |
TH | TH | Tidak Hadir |

LEMAH dalam subjek tertentu dan perlukan bantuan?
Jika anda ingin skor dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM, anda boleh mendapatkan pelbagai servis tuisyen dan bimbingan bersama MyTutor dan platform pembelajaran dalam talian di Edufy.
Antara servis MyTutor yang wajib anda ketahui:
- Kelas tuisyen bersemuka individu
- Kelas tuisyen dalam talian individu
- Kelas tuisyen bersemuka berkumpulan
- Kelas tuisyen bersemuka dalam talian
- Kelas-kelas pecutan SPM
Tahap pembelajaran dan bimbingan skor sijil di MyTutor:
- Tadika
- Sekolah Rendah
- Sekolah Menengah
- STPM/A-Level/Asasi
- Malaysian University English Test (MUET)
- International English Language Testing System (IELTS)
- Test of English as a Foreign Language (Internet-based Test) (TOEFL)
- Diploma
- Ijazah
- Kelas Dewasa
Antara kurikulum yang diketengahkan termasuklah:
- Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
- Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
- International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)
- International Baccalaureate (IB)
Kelas kerohanian disediakan mengikut permintaan ibu bapa seperti berikut:
- Mengaji individu dan sekeluarga
- Bimbingan fardhu ain
- Kelas Tajwid kanak-kanak dan dewasa
- Kelas KAFA
Kelas-kelas bahasa juga disediakan yang kian mendapat permintaan yang tinggi bagi para pelajar seawal usia 7 tahun seperti:
- Kelas bahasa Jepun
- Kelas bahasa Korea
- Kelas bahasa Mandarin
- Kelas bahasa Tamil
- Kelas bahasa Perancis
- Kelas bahasa Arab
Jadualkan pembelajaran anak-anak mengikut masa yang anda tetapkan dengan bajet fleksibel bulanan yang bersesuaian buat anda sekeluarga di platform MyTutor hari ni! Servis guru datang ke rumah anda secara bersemuka ini pastinya membolehkan anak anda mendapat tumpuan yang maksimum dalam sesi pembelajaran. MyTutor juga menawarkan perkhidmatan tutor secara bersemuka dan dalam talian 1 Malaysia. Kelas dalam talian secara individu yang disediakan dengan konsep dunia pendidikan di hujung jari anda ini berupaya membantu para pelajar lemah.
Sementara itu, platform Edufy pula merupakan platform pembelajaran dalam talian yang menawarkan lebih daripada 100 kursus buat anak-anak seawal usia 4 tahun sehingga kelas dewasa. Kelas di Edufy dijalankan dalam kumpulan kecil secara dua hala dengan yuran serendah RM55 bagi setiap subjek.
Program SPM di Edufy:
- Kelas Pecutan Prinsip Perakaunan SPM
- Kelas Pecutan Matematik SPM 2022
- Seminar Teknik Menjawab Sejarah Kertas 2 SPM 2022
- Seminar Asas Kimia SPM
Kelas santai seperti kelas Catur juga disediakan bagi mengasah bakat dan kreativiti anak-anak serta berpeluang untuk memasuki pertandingan hingga ke peringkat antarabangsa. Selain itu, anak-anak seawal 13 tahun berupaya menguasai ilmu Algebra dalam 12 sesi kelas bersama Cikgu Hanisah di Edufy!
Kelas kemahiran bahasa yang ditawarkan pastinya menambahkan kemahiran serta keyakinan berbahasa anda sekeluarga:
- Kelas bahasa Jepun bersama Haney Sensei,
- Kelas bahasa Korea bersama Cikgu Aisyah,
- Kelas Mandarin Dewasa serta Kelas Mandarin Kanak-kanak bersama Cikgu Jiha
- English Communication & Writing Course
- Grammar Booster Programme
- MUET Crash Course
- Program Oh My IELTS
- Program English Made Easy – English for Adults
Pelbagai program kerohanian secara langganan dan PERCUMA turut disediakan:
- KAFA
- Kelas Mengaji bersama Ummi
Pelbagai servis ditawarkah di Edufy. Anda berpeluang untuk mendapatkan diskaun yang menarik apabila membeli kursus-kursus dengan harga pakej.
Dapatkan khidmat tutor dan servis tuisyen di MyTutor dan Edufy dengan bantuan para pengurus hari ni!
MyTutor ~ Pembelajaran bermakna bermula di sini.