Homeschool dalam erti kata lain adalah pembelajaran di rumah, tidak melibatkan pembelajaran di sekolah awam mahupun swasta.
Bagi keluarga yang memilih untuk melakukan homeschool, kebanyakan pembelajaran bukan sahaja dilakukan di rumah, ia juga dilakukan di luar rumah. Aktiviti di luar rumah kebiasaanya akan menggunakan sumber yang ada di dalam komuniti mereka, selain berinteraksi dengan masyarakat sekitar dan komuniti homeschoolers.
Secara asasnya, homeschool melibatkan komitmen ibu bapa atau penjaga untuk mengawasi perkembangan pendidikan anak mereka.