14.8 C
New York
Saturday, April 27, 2024
spot_img

Apa yang bestnya homeschool ni?

Baaanyak sebab kenapa homeschool best! Setiap ibu bapa yang memilih untuk homeschool anak-anak mereka, mesti ada sebab tersendiri untuk homeschoolkan anak mereka. Ini antara sebab-sebab yang menjadi pilihan saya.

Emotional Freedom

Anak sulung saya, Darwisyah pernah bersekolah di sekolah harian. Namun, terdapat beberapa kejadian yang berlaku di sekolah, membuatkan dia tak selesa untuk ke sekolah. Daripada happy dan seronok untuk bersekolah, dia mulai menangis dan stress untuk ke sekolah. It’s not a nice experience for her and us as a parent. 

Sekarang? Darwisyah seronok belajar dalam persekitaran yang selamat.

Student-Centered

Saya sukakan kelas yang student-centered dan bukan teacher-centered. Teacher centered fokus diberikan kepada cikgu. Cikgu yang menetapkan apa yang murid perlu belajar, macam mana murid perlu belajar dan bagaimana prestasi murid akan dinilai. 

Tetapi untuk student-centered, murid perlu bertanggungjawab akan pembelajarannya sendiri. Cikgu sebagai instructor yang akan scaffolding dan membantu proses pembelajaran murid tersebut. 

Customizable Curriculum

Nak jadi pilot, tapi tak nak ambil subjek biologi.. Boleh!

Nak jadi chef, tapi nak ambil biologi, sebab best belajar pasal badan. Pun boleh!

Hmmm, rasa macam lagi best je kalau dapat terus masuk dalam industri pekerjaan. Lagilah boleh!

Sebab tu best jadi homeschoolers ni. Kita pilih nak belajar apa, belajar macam mana. Semua pun boleh!

Special Learning Pathway

Bila nak belajar apa pun boleh pilih, pathway pembelajaran mestilah lain dari kebiasaan kan? Tahu tak, seawal 15 tahun dah boleh masuk dalam industri pekerjaan dan kumpul sijil kemahiran? 15 tahun tu belum SPM pun lagi tauuu.

Nak masuk universiti seawal 16 tahun? Pun ada caranya. 

Flexibility in Time and Location

Penat belajar dalam kelas? Jom kita pergi taman. Sambil-sambil bermain keluarkan peluh, boleh tengok flora fauna di taman. Nampak macam main, tapi sebenarnya ada sesi pengajaran dan pembelajaran di situ. Nampak dengan tak je 🙂

Saya bukan sekadar main monkey bar je tau! Saya sedang menguatkan hand grip dan body strength tau! 😀
Teacher Atie
Teacher Atie
Andromeda principal. Suka memerhati orang, terutamanya kanak-kanak.

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles