7.5 C
New York
Tuesday, April 23, 2024
spot_img

Skuter dah sampai kelate!

16 Oktober, MyT Edutech dijemput untuk memberi career talk di KPTM Kota Bharu, Kelantan. Memandangkan sesi kali ni hanya melibatkan pelajar Early Childhood Education (ECE), saya sebagai Pengetua Andromeda juga dijemput untuk memberikan training.

Anak-anak Andromeda seramai 5 orang, sudah semestinya ikut sekali. Trip kali ni special kerana mereka bawa bersama skuter masing-masing.

Pada mulanya, kami pun tak tahu masa bila boleh bermain skuter, berikutan jadual yang pack.

15 Oktober, selesai Subuh, kami bergerak ke Kuala Gandah untuk melihat gajah. Kemudian berhenti makan di Jamantory Group. Sampai ke Kota Bharu tepat 8 malam, makan dan tidur.

Esok harinya selepas sarapan, terus ke KPTM Kota Bharu. Selesai majlis pada 12 tengahari. Lunch dan bergerak balik. Penat? Semestinya. 

Memandangkan kami bergerak balik melalui jalan Gua Musang, dapatlah kami melawat Masjid Razaleigh. Masjid ini terletak di Gua Musang dan menyerupai model Masjidil Haram di Mekah.

Saya yang tak pernah sampai ke Mekah, rasa sangat seronok dan membayangkan apalah agaknya kalau dapat ke Tanah Suci Mekah tu bila direzekikan Allah. Mesti lagi seronok kan?

Anak-anak Andromeda juga seronok sebab apa yang mereka pelajari di kelas, dapat mereka relate dengan apa yang mereka lihat.

“Ooo, nilah tempat hajarul aswad”
“Dekat sini, kita kena tawaf pusing-pusing Kaabah”

“Kalau kaabah betul ustazah kata bau wangi, ini takde bau sbb pakai komputer”

Saya, sudah tentu gembira mendengar komen-komen yang diberikan oleh anak-anak Andromeda, Nampaklah mereka mendengar dalam kelas, walaupun selalunya nampak macam main-main je.

Selesai solat dan melihat kawasan Masjid Razaleigh, kami benarkan mereka bermain skuter di halaman masjid. Seronok masing-masing tunjuk skill. Risau pun ada sebab ada yang duk terpusing-pusing dekat dengan tong sampah. Kalau terlanggar tu, macam mana?

15 minit berlalu, it’s time to start the journey again. Tangkap 1 gambar buat kenangan. Yang dewasa seronok selesai menjalankan tugas. Yang kecil seronok puas bermain. Skuter dah sampai Kelate woihh. Hehehe. Kemana pula agaknya skuter ni akan jelajah selepas ini ya? 😉

Teacher Atie
Teacher Atie
Andromeda principal. Suka memerhati orang, terutamanya kanak-kanak.

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles