Sedar atau tidak kurang daripada 60 hari lagi ramadan bakal menyusul tiba. Jadi, apa perancangan kita untuk ramadan kali ini? Khatam Al-Quran? Bersedekah setiap hari? Puasa penuh bagi anak-anak kecil? Solat terawih setiap hari? Apa pun perancangan, semoga urusan kita semua dipermudahkan. Amin.
Ramadan adalah bulan yang sangat istimewa dan ketika inilah ramai muslimin dan muslimat berlumba-lumba untuk melakukan amalan-amalan kebaikan dalam mengejar pahala serta mendapatkan ganjaran yang berlipat ganda. Bulan yang indah serta tenang bagi kita semua.
Jagalah setiap tingkah laku, perbuatan serta percakapan kita. Sebenarnya, bukan hanya pada bulan ramadan sahaja kita perlu jaga, ,malahan setiap hari. Jadilah orang yang baik serta berguna terhadap masyarakat sekeliling kita. Pasti hidup menjadi lebih mudah.
Selain itu, apa yang menariknya berkenaan dengan ramadan adalah bazar ramadan yang sering dikunjungi oleh orang ramai. Harus diingatkan bahawa belilah mengikut keperluan dan bukannya kehendak. Jauhi amalan membazir kerana ianya merupakan amalan yang tidak baik.
Ramai yang membeli mengikut perasaan sehingga berlakunya pembaziran. Makanan dibuang begitu sahaja dan ianya bukan berlaku sehari dua, berkemungkinan berlaku hampir setiap hari. Sebagai cadangan, mungkin kita boleh amalkan konsep bersederhana serta melakukan rancangan pembelian.
Berkata tentang sedekah, tidak semestinya ianya perlu berbentuk wang. Apa yang saya suka pada bulan ramadan ini adalah untuk menyedekahkan makanan kepada jiran tetangga. Seronok melihat apabila mereka gembira menerima juadah berbuka puasa daripada kita. Namun ingat, apabila memberi, janganlah mengharapkan balasan. Berilah dengan seikhlas hati kita.
Pada bulan ramadan jugalah, ukhwah silaturrahim lebih rapat dan boleh diperkukuhkan lagi. Amalan berbuka bersama keluarga dapat mengeratkan lagi silaturrahim manakala amalan menunaikan solat terawih di masjid/surau mengeratkan lagi kita sesama jiran tetangga. Selain itu, tradisi ini juga dapat memupuk sikap kerjasama antara sesama manusia.
Amalan yang sering diamalkan oleh kebanyakan masyarakat adalah melakukan aktiviti khatam Al-Quran dalam masa 30 hari berpuasa. Ada yang lakukannya secara individu ada yang lakukannya bersama keluarga serta rakan-rakan mereka. Yang jauh, mereka lakukannya secara dalam talian. Menarik bukan?
Bagi yang masih tercari-cari kelas tadabbur, anda bolehlah terus ke edufy.my untuk melanggan kelas tadabbur. Tadabbur merupakan kelas penghayatan Al-Quran yang amat menarik dan sesuai diambil ketika bulan ramadan. Memahami makna-makna disebalik ayat Al-quran dan bukan hanya sekadar membaca pasti banyak memberikan impak di dalam kehidupan seharian kita.
Semoga ramadan kali ini membawa 1001 keberkatan buat kita semua. Amin.