6 C
New York
Friday, April 26, 2024
spot_img

Seawal 24 Tahun Sudah Ada Master? – Betulkah?

Macam tak percaya bukan? Betul ke seawal 24 tahun sudah ada master? Tidak mustahil? Sebenarnya ianya tidaklah mustahil, anda perlu faham sahaja laluan yang perlu di ambil. Jadi, fahamkan dahulu laluan yang ada. Harus diingatkan jua, cepat atau lambat bukanlah kayu ukur pada sesuatu kejayaan.

Mari mulakan selepas SPM.

1. Haluan Selepas Tamat SPM

Apa pilihan yang saya ada? Apa haluan seterusnya. Di sini adalah senarai yang boleh dipertimbangkan setelah anda selesai mengambil SPM.

  1. Asasi
  2. Matrikulasi
  3. Diploma
  4. Politeknik
  5. Sijil
  6. STPM/STAM

Ini adalah lima laluan yang boleh di pilih oleh anda setelah habis SPM. Adakah saya boleh pilih yang mana-mana sahaja? Sebelum anda pilih, pastikan anda sudah tahu bidang yang ingin anda ceburi. Lebih mudah untuk membuat keputusan apabila sudah mengetahui bidang yang ingin di ambil.

Bagi program asasi, terdapat lebih daripada 20 bidang asasi yang boleh anda ambil. Antaranya ialah:

  1. Sains hayat
  2. Sains fizikal
  3. Pengajian Islam
  4. Sains
  5. Kejuruteraan
  6. Undang-Undang
  7. Sains kesihatan bersekutu
  8. Kejururawatan
  9. Farmasi
  10. Pergigian
  11. Perubatan
  12. Sains Kemanusiaan
  13. Bahasa Inggeris
  14. Bahasa Arab
  15. Bahasa Inggeris Untuk Komunikasi Antarabangsa
  16. Bahasa Arab Untuk Komunikasi Antarabangsa
  17. Bahasa Melayu Untuk Komunikasi Antarabangsa
  18. Ekonomi & Sains Pengurusan
  19. Perancangan Pelancongan Dan Perancangan Hospitaliti
  20. Seni Bina Dan Reka Bentuk Alam Sekitar
  21. Kejuruteraan dan Sains Komputer

Perlu diingatkan juga setiap bidang tidaklah ditawarkan pada semua universiti. Maka, anda perlu lakukan kajian universiti manakah yang menawarkan kursus yang ingin di ambil. Setiap universiti juga memerlukan kelayakan yang berbeza-beza.

Bagaimana pula jika saya ambil diploma? Bagi peringkat diploma, lebih banyak kursus yang ditawarkan dalam pelbagai bidang. Lebih meluas bidang yang boleh diambil. Durasi kursus turut berbeza mengikut kursus yang bakal diambil, namun kebanyakan diploma mempunyai durasi selama tiga tahun.

Matrikulasi hanya menawarkan tiga aliran sahaja iaitu sains hayat, sains fizikal dan juga perakaunan. Durasinya berbeza mengikut keputusan SPM anda. Durasi matrikulasi adalah sekitar satu ke hingga dua tahun. Ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang serelah mengambil matrikulasi.

Selain apa yang dinyatakan, anda turut boleh meneruskan pembelajaran anda pada peringkat STPM?STAM (tingkatan 6), sijil atau politeknik. Sijil atau politeknik lebih memberi fokus pada kemahiran.

Semasa waktu saya dahulu, saya membuat keputusan untuk mengambil asasi sahaja. Saya mengambil asasi TESL atau dikenali sebagai Pendidikan Bahasa Inggeris (Teaching English as A Second Language). Saya menamatkan asasi saya pada bulan Mac ketika berusia 19 tahun.


2. Ijazah Sarjana Muda

Setelah anda menghabiskan pengajian anda diperingkat seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh menyambung pelajaran anda pada peringkat ijazah sarjana muda. Dah bersediakah anda? Pastilah sudah! Lebih banyak bidang ditawarkan di seluruh negara dan ada juga yang menyambung pelajaran mereka di luar negara. Pilihan terletak di tangan anda.

Bagi tempoh masa, ianya bergantung kepada kursus yang anda ambil. Ada yang secepat tiga tahun, ada yang sehingga lima atau enam tahun. Semuanya juga turut bergantung kepada haluan yang telah diambil sebelum ini.

Saya meneruskan pembelajaran di dalam bidang yang sama selamat 3.5 tahun termasuklah praktikal di sebuah sekolah menengah kerajaan di ibu kota Selangor. Setelah tamat asasi pada hujung bulan Mac, saya membuat keputusan untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda pada tahun yang sama. Kemasukan saya adalah pada bulan Julai tahun yang sama.

Hampir semua kursus ijazah sarjana muda mempunyai kerja lapangan atau praktikal cuma kekerapan serta masa yang membezakannya. Saya melakukan praktikal di hujung kursus ijazah sarjana muda. Saya menamatkan pembelajaran saya tiga tahun selepas itu, Disember 2016.

3. Ijazah Sarjana (Master)

Saya membuat keputusan untuk tidak berhenti belajar dan meneruskan sahaja pada peringkat seterusnya iaitu Ijazah Sarjana (Master). Selesai sahaja ijazah sarjana muda pada Disember 2016, saya terus menghantar permohonan ijazah sarjana saya dan diterima masuk pada Mac 2017.

Durasi ijazah sarjana berbeza mengikut status anda; pelajar separuh masa atau sepenuh masa. Anda turut diberikan masa untuk menghabiskan ijazah sarjana mengikut masa yang ditetapkan. Saya membuat keputusan untuk melakukan ijazah sarjana selama satu tahun setengah sahaja (GOT- Graduate On Time).

Buat pengetahuan, saya merupakan pelajar sepenuh masa ketika melakukan ijazah sarjana. Bagi kursus saya, iaitu Psikologi Pendidikan, pelajar diberikan sehingga 3 tahun untuk menyelesaikan ijazah sarjana anda. Ianya bukanlah seperti ijazah sarjana muda di mana anda perlu menghabiskan masa belajar seperti yang telah ditetapkan.

Bagi pelajar ijazah sarjana anda bebas menentukan berapa tahun yang diperlukan untuk anda habiskan pengajian anda. Seperti kursus saya yang berstatus pelajar sepenuh masa, pelajar perlu lengkapkan pengajian dalam masa 3 tahun. Saya hanya mengambil masa 1.5 tahun sahaja untuk menghabiskan pengajian saya. Saya tamat belajar pada bulan September 2018.

Ingat, cepat atau lambat bukanlah kayu ukur sesebuah kejayaan mahupun kualiti ijazah sarjana anda. Apa yang penting andalah anda rancang pengajian anda mengikut kemampuan serta masa anda.

Konklusinya:

Usia 18 (Bulan Mei) Masuk Asasi —> Tamat pada usia 19 (Bulan Mac)

Usia 19 (Bulan Julai) Masuk Degree —> Tamat pada usia 22 (Bulan Disember)

Usia 23 (Bulan Mac ) Masuk Master —> Tamat pada usia 24 (Bulan September)

Setakat ini sahaja perkongsian saya hari ini. Semoga bermanfaat!

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles