27.3 C
New York
Thursday, May 9, 2024
spot_img

SEKITAR PKSK 2024

Apakah PKSK?

PKSK ialah Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus. Pentaksiran ini adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus yang menggunakan kaedah single entry point.

Apakah jenis sekolah khusus yang terdapat di Malaysia?

Terdapat beberapa jenis sekolah khusus di Malaysia. Antaranya termasuklah:

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)

Apakah yang dimaksudkan dengan single entry point ?

Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Siapakah yang layak mengambil PKSK?

Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK. APDM ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid
secara dalam talian untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.

Para pelajar yang berdaftar sebagai pelajar darjah 6 atau tingkatan 3 pada tahun tersebut dan bakal memasuki tingkatan 1 atau tingkatan 4 pada tahun berikutnya dipelawa untuk menduduki pentaksiran ini.

Apakah fasa proses pengambilan PKSK?

Tingkatan 1

Tingkatan 4

Apakah Komponen PKSK?


PKSK terbahagi kepada 3 komponen iaitu:

Bahagian A dan B (90 minit)

Bahagian C (45 minit)

Bahagian A

  • Kecerdasan Insaniah – Untuk kenal pasti karakter murid
  • EQ, SQ dan SSQ
  • 20%
  • Tiada jawapan betul atau salah / jawan jawapan yang paling positif
  • 30 soalan

Bahagian B

  • Kecerdasan Intelek – Ukur tahap kognitif pelajar
  • IQ (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains), Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah
  • 70%
  • Betul 1 markah, Salah 0 markah
  • 70 soalan

Bahagian C

  • Artikulasi Penulisan – Melihat idea, pendapat pelajar dengan hujah-hujah karangan
  • 3 pilihan karangan – Pelajar perlu menjawab satu soalan sahaja
  • Penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkataan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.

Apakah laman sesawang untuk mengakses sistem permohonan PKSK?

Pemohon boleh mengakses sistem permohonan PKSK di pautan:

Apakah tarikh-tarikh penting PKSK sesi kemasukan 2024/2025?

PKSK akan dilaksanakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus : 01 Ogos – 17 September 2023
  • Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4 : 25 September – 13 Oktober 2023
  • Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1 : 25 September – 27 Oktober 2023
  • Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4 & 1 SVM : 02 – 13 Oktober 2023
  • Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1 : 16 – 27 Oktober 2023

Apakah persediaan pemohon semasa pentaksiran?

Apakah aliran pengurusan menduduki PKSK?

Untuk maklumat lanjut mengenai PKSK, sila rujuk info terkini di

atau

Hubungi KPM di talian berikut:

  • Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh : 03-8321 7400
  • Bahagian Pendidikan Islam : 03-8321 7200
  • Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional : 03-8884 5154
  • Maktab Tentera Diraja : 03-8946 5562

NOTA: Sebarang pemberitahuan atau kemaskini maklumat akan diberitahu melalui laman web rasmi https://www.moe.gov.my/ atau media sosial Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia dan Twitter KPM

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles