6.9 C
New York
Saturday, April 27, 2024
spot_img

Sekitar UKKM 2024

Apakah MRSM?

MRSM ialah Maktab Rendah Sains Mara yang merupakan sekolah berasrama penuh. Sekolah ini dikelolakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Sistem pendidikan MRSM digubal dengan berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Sistem ini berpaksikan pembinaan karakter para pelajar supaya menjadi insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3(PT3) telah menyebabkan kelulusan Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (UKKM) menjadi syarat kelayakan pelajar masuk ke MRSM.

Apakah UKKM?

UKKM ialah Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM yang merangkumi Ujian Bahasa Melayu, Sains, Matematik serta Keperibadian. Semua pemohon perlu mengisi permohonan secara dalam talian dan wajib menduduki UKKM mengikut tarikh dan pusat yang ditentukan.

Secara umumnya UKKM membabitkan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta ujian keperibadian. Bagi permohonan ke MRSM Program Ulul Albab, calon diwajibkan menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan.

Pelajar yang ingim menempatkan diri di MRSM wajib lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (UKKM) dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah berdasarkan Sistem Pengiraan Status Sosio Ekonomi (SES).

Apakah laman sesawang untuk mengakses sistem permohonan UKKM?

Pemohon boleh mengakses sistem permohonan UKKM di pautan:

Apakah tarikh-tarikh penting UKKM sesi kemasukan 2024/2025?

UKKM akan dilaksanakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus : 15 September – 20 Oktober 2023
  • Pelaksanaan UKKM : November – Disember 2023

Sistem pendidikan MRSM yang terdapat di Malaysia?

Terdapat beberapa sistem pendidikan MRSM di Malaysia. Antaranya termasuklah:

  • MRSM Program Premier (Tingkatan 1 dan Tingkatan 4)
  • MRSM Program IGCSE (Tingkatan 1)
  • MRSM Program Ulul Albab (Tingkatan 1)
  • MRSM Program Teknikal (Tingkatan 1)
  • MRSM Program Bitara (Tingkatan 4)

Apakah komponen UKKM?

Bahasa Melayu

  • Masa menjawab: 35 minit
  • Jumlah soalan: 30 soalan (Objektif)

Matematik

  • Masa menjawab: 35 minit
  • Jumlah soalan: 30 soalan (Objektif dan Subjektif)

Sains

  • Masa menjawab: 35 minit
  • Jumlah soalan: 30 soalan (Objektif)

Ujian Keperibadian

  • Masa menjawab: 30 minit
  • Jumlah soalan: 80 soalan (Objektif)

Ujian Teknikal Tingkatan 1

  • Masa menjawab: 30 minit
  • Khusus buat calon yang memohon Program Teknikal

Ujian Khas Ulul Albab Tingkatan 1

  • Masa menjawab: 35 minit
  • Ujian hafazan dan tulisan jawi
  • Khusus buat calon yang memohon Program Ulul Albab
  • Sebagai rujukan kepada calon, berikut adalah topik berkaitan ujian hafazan pada ambilan sebelum ini: Menghafaz ayat-ayat hafazan dalam masa 25 minit. Aspek yang dinilai adalah kelancaran, tajwid dan hafazan. Hafazan wajib pada tahun sebelum ini adalah Ayat 1 hingga 12 Surah Al Mulk.

Ujian Khas IGCSE Tingkatan 1

  • Masa menjawab: 30 minit
  • Khusus buat calon yang memohon Program IGCSE

Info Tambahan

  • Tempoh ujian adalah selama 2 jam
  • 4 subjek bagi ujian UKKM
  • Dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang dinyatakan dalam sistem permohonan pilihan tempat melalui sistem permohonan MyMRSM
  • Sila bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan sijil kelahiran pemohon, borang pengesahan pendapatan (jika perlu), borang pengesahan FELDA (jika perlu) dan slip menduduki ujian Pemohon akan dimaklumkan berkaitan Ujian melalui SMS/ e-mel
  • pemohon diminta untuk menyemak maklumat tersebut melalui sistem semakan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles