8.3 C
New York
Thursday, March 28, 2024
spot_img

Strategi Skor Matematik SPM

  1. Ketahui format soalan, skema pemarkahan dan topik-topik penting yang perlu dikuasai pada setiap bahagian.

FORMAT SOALAN

Secara amnya, terdapat 53 topik Matematik Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang boleh keluar dalam kertas 1 dan kertas 2 Matematik SPM. Banyak, bukan?

Oleh itu, para pelajar seawal Tingkatan 1 perlu menitik beratkan setiap topik Matematik kerana ini akan mempengaruhi masa untuk mengulang kaji semula dari peringkat awal.

Namun demikian, jika anda merupakan calon SPM dan memiliki masa kurang daripada 6 bulan, adalah penting untuk anda memberikan sepenuh tumpuan pada topik-topik tingkatan 4 dan 5.

SKEMA PEMARKAHAN

Kertas 1 – 40 markah

  1. Terdapat 40 soalan Objektif Aneka Pilihan (soalan pilihan A, B, C dan D) yang membawa kepada 40 markah.
  2. Dalam kertas ini, terdapat 20 soalan mudah, 12 soalan sederhana dan 8 soalan susah.
  3. calon mempunyai masa sebanyak 1 jam 15 minit sahaja (75 minit). Oleh itu, pengurusan masa adalah sangat penting.
    • Bagi setiap soalan, cadangan masa menjawab adalah selama 1 minit sahaja.
    • Oleh itu bagi 40 soalan, anda memerlukan masa 40 minit. Sangat penting untuk anda menjawab soalan yang anda faham dan mahir terlebih dulu.
    • Baki 35 minit lagi bolehlah digunakan untuk menjawab soalan yang ditinggalkan dan semakan soalan yang sudah dijawab.

TIPS LULUS KERTAS MATEMATIK SPM:

Fokus untuk menjawab 20 soalan mudah yang boleh menggunakan teknik melihat dan penggunaan kalkulator.

Kertas 2 – 100 markah

  1. Terdapat 3 bahagian bagi kertas ini:
PerkaraBahagian ABahagian BBahagian C
Jenis SoalanRespons terhadStruktur TerhadStruktur
Bilangan Soalan10 52 soalan
(Jawab 1 soalan sahaja)
Markah40%45%15%
Cadangan masa bagi setiap soalan3 hingga 5 minit per soalan12 minit
per soalan
20 minit
per soalan
Markah bagi setiap soalan2 hingga 6 markah7 hingga 12 markah15
markah

2. Bagi pelajar lemah, fokus pada bahagian B yang membawa lebih banyak markah.

3. Pastikan anda menepati masa

TIPS LULUS KERTAS MATEMATIK SPM:

Anda memerlukan 40 markah daripada 100 markah untuk lulus atas (D).

Namun demikian, anda digalakkan skor 50 markah bagi kertas ini untuk mendapatkan sekurang-kurangnya gred kepujian (C) bagi memudahkan kemasukan ke mana-mana kursus pengajian di universiti yang anda pilih kelak.

KUASAI TOPIK KERTAS 2 SPM


#
TopikTingkatanBab
1Fungsi KuadratikTingkatan 41
2Penaakulan LogikTingkatan 43
3Operasi SetTingkatan 44
4Rangkaian dalam Teori GrafTingkatan 45
5Ketaksamaan LinearTingkatan 2 &
Tingkatan 5
4 (T5)
6Graf GerakanTingkatan 2 &
Tingkatan 4
7 (T4)
7Kebarangkalian bergabungTingkatan 48
8Sukatan Serakan Tak KumpulTingkatan 48
9MatriksTingkatan 52
10InsuransTingkatan 53
11PercukaianTingkatan 54
12TransformasiTingkatan 2 &
Tingkatan 5
5 (T5)
13TrigonometriTingkatan 3 &
Tingkatan 5
6 (T5)
14Sukatan Serakan TerkumpulTingkatan 57
15Graf FungsiTingkatan 35
16Pelan dan DongakanTingkatan 37
17Garis LurusTingkatan 39
18Matematik PenggunaTingkatan 33

2. Bersedia seawal Tingkatan 4. Buatlah latihan kertas model bagi setiap topik yang telah dikuasai. Anda boleh mula membuat kertas model SPM seawal anda menghabiskan topik-topik penting Tingkatan 4 (seperti yang dinyatakan di atas).

3. Anda juga boleh muat turun dan menjawab soalan-soalan percubaan SPM secara dalam talian. PERCUMA sahaja. Jangan lupa muat turun skema jawapan sekali ya! Boleh buat semakan selepas menjawab dan lihat pada skema untuk penyelesaian soalan yang tidak diketahui.

4. Sekiranya, anda lemah, langgan kelas tuisyen:

  • Mytutor menyediakan platform khusus buat ibu bapa yang ingin mendapatkan tutor untuk membantu anak-anak menguasai bidang akademik secara bersemuka dan dalam talian dengan bantuan tutor-tutor yang berkualiti.
  • Edufy pula merupakan platform pembelajaran secara dalam talian yang menyediakan kelas tuisyen secara berkumpulan, seminar, kelas pecutan UASA serta SPM dan berbagai-bagai kursus untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

5. Jangan tunggu pada saat akhir untuk mempersiapkan diri anda bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang.

6. Jangan mudah berputus asa. Untuk skor Matematik, setiap pelajar perlu memahami topik dan melakukan latihan. Oleh itu, dampingi guru yang mampu membantu anda untuk skor serta membuat latihan kendiri.

7. Usaha tangga kejayaan. Praktis, praktis dan praktis!

Semoga anak-anak yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipermudahkan urusan kalian untuk meraih kecemerlangan.

Semoga bermanfaat.

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles