Sebagaimana yang kita maklumi, bahasa Melayu merupakan subjek wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bahasa Melayu merupakan bahasa yang tidak asing dalam kalangan pelajar di Malaysia tidak kiralah sama ada anda berada pada mana-mana tahap dalam bidang pendidikan.
Perkara yang paling membimbangkan apabila para pelajar hari ini mungkin boleh bertutur dengan baik dalam bahasa Melayu, tetapi mendapat keputusan yang kurang memuaskan dalam peperiksaan.
Tahukah anda, untuk skor bahasa Melayu, anda memerlukan cara yang betul.
- Ketahui format
Seperti yang dapat anda lihat dalam lampiran di atas, terdapat 4 kertas yang bakal diduduki oleh calon SPM.
Kertas 1 (1103/1) – Kemahiran menulis
Kertas 2 (1103/2) – Kemahiran membaca dan pemahaman
Kertas 3 (1103/3) – Kemahiran bertutur
Kertas 4 (1103/4) – Kemahiran mendengar
Pada setiap kertas, penting untuk anda ketahui bilangan soalan, jumlah markah, tempoh masa dan cara penandaan serta pemarkahan.
2. Berapakah markah minimum untuk memasuki Institut Pengajian Tinggi?
Untuk mendapatkan sijil bagi peperiksaan SPM, para pelajar perlu mendapatkan sekurang-kurangnya gred C.
Berikut merupakan lampiran bagi gred semua mata pelajaran SPM
Markah | Gred | Nilai Gred |
---|---|---|
90-100 | A+ | Cemerlang Tertinggi |
80-89 | A | Cemerlang Tinggi |
70-79 | A- | Cemerlang |
65-69 | B+ | Kepujian Tertinggi |
60-64 | B | Kepujian Tinggi |
55-59 | C+ | Kepujian Atas |
50-54 | C | Kepujian |
45-49 | D | Lulus Atas |
40-44 | E | Lulus |
0-39 | G | Gagal |
TH | TH | Tidak Hadir |
Calon dikategorikan sebagai lulus atau mencapai tahap minimum sekiranya mereka mendapat gred D tetapi, bagi mendapatkan sijil, pelajar dikendaki mendapatkan gred C (markah minimum: 50 markah) sebagai kriteria minimum.
Keseluruhan kertas bahasa Melayu merangkumi 300 markah. Oleh itu, markah kumulatif minimum bagi keempat-empat kertas ini adalah sebanyak 150 markah bagi mendapatkan sekurang-kurangnya gred C.
3. Ketahui cara penandaan kertas dan skema pemarkahan
Kertas 1
Dalam kertas penulisan ini, adalah sangat penting untuk anda mengetahui skema penandaan kertas.
- Pemeriksaan dijalankan secara holistik.
- Kesalahan format hendaklah ditolak 2 markah.
- Kesalahan ejaan hendaklah hendaklah ditolak 1/2 markah dan maksimum 3 markah. Tiada penolakan markah bagi kesalahan yang berulang.
- Cara menanda kesalahan isi, ejaan dan tanda baca :
- ( ) =kesalahan isi/fakta
- _____ =kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan
- / =kesalahan ejaan dan huruf besar (nama khas)
- // =kesalahan ejaan berulang
- 0 =kesalahan tanda baca
Kertas 2
Bahagian A
- Soalan 1 – 8 markah
Morfologi – Tatabahasa + Binaan Ayat
Kuasai 10 topik tatabahasa berikut:
a) Kata Tunggal
b) Kata Majmuk
c) Akronim
d) Kata Terbitan
e) Kata Ganda
f) Kata Pemeri
g) Golongan Kata Nama
h) Golongan Kata Adjektif
i) Golongan Kata Tugas
Pastikan anda memahami dan menguasai setiap topik tatabahasa berikut.
Pastinya 8 markah pada bahagian ini dalam genggaman anda.
Tips tambahan: Pastikan anda menyenaraikan tatabahasa mengikut kehendak soalan terlebih dahulu, sebelum membina ayat. Anda dibenarkan untuk membina ayat cakap ajuk. Pastikan anda mematuhi peraturan tanda baca. Binaan ayat mestilah mengandungi subjek dan predikat. Pastikan ayat anda gramatis.
- Soalan 2 – 6 markah
Sintaksis
a) Subjek dan predikat
b) Jenis Ayat
c) Pola Ayat
d) Mencerakin , Menyambung dan Melengkapkan Ayat
e) Cakap Ajuk dan Cakap Pindah
f) Ragam ayat : Ayat Aktif dan Ayat Pasif
: Ayat Bersusunan Biasa dan Ayat Bersusunan Songsang
Ada 6 bahagian sahaja untuk dikuasai. Mudah, bukan?
- Soalan 3 – 11 markah
Penyuntingan
- Aspek yang perlu difokuskan:
i) Kata dan istilah
a) istilah mengikut konteks
b) Kata Pemeri
c) Kata Nama
d) Kata Sendi Nama
e) Kata Sendi
f) Kata Ganda
g) Kata Bilangan
h) Kata Tanya
ii) 10 jenis kesalahan ejaan
a) Penggunaan tanda sempang
b) Kesalahan huruf besar dan huruf kecil
c) Ejaan dirapatkan atau dijarakkan
d) Pola Kelainan Vokal
e) Pola Kelainan Konsonan
f) Pola Keselaran Vokal
g) Kata pinjaman Bahasa Inggeris
h) Kata pinjaman Bahasa Arab
i) Kata pinjaman Bahasa Jawa
j) Kata Majmuk
iii) Kesalahan tatabahasa
a) Hukum D-M
b) Frasa Kerja Transitif dan Frasa Kerja Tak Transitif
c) Frasa kerja Pasif (Kata Ganti Diri Pertama dan Kata Ganti Diri Kedua)
d) Frasa Sendi Nama
e) Frasa Nama Jamak
f) Frasa Adjektif
Nampak banyak, tetapi sekiranya anda rajin membuat kertas-kertas model SPM dan kertas percubaan SPM Negeri serta kertas SPM yang lepas, anda akan jumpa pelbagai jenis soalan dengan kesalahan berulang. Cuba dahulu. Tak kenal, mak tak cinta!
- Soalan 4
Bahasa Melayu Standard – Menukarkan bahasa Melayu Klasik kepada bahasa Melayu Moden.
Dalam bahagian ini, anda perlu ketahui tekniknya.
a) Baca dan fahami maksud
b) Gugurkan bahasa klasik
c) Kekalkan bahasa Istana
d) Kekalkan bentuk ayat (Contoh: Ayat Ajuk)
Ada hanya perlu menukarkan 3-6 ayat bagi mendapatkan 6 markah.
- Soalan 5
Peribahasa
Ketahui jenis peribahasa
a) Simpulan bahasa
b) Perumpamaan
c) Bidalan
d) Pepatah
e) Perbandingan
Bahagian B
- Soalan 6 – Petikan Umum
- Soalan 7 – Petikan Sastera
Kedua-dua bahagian ini merangkumi 25 markah.
Berikut merupakan deskripsi kepada markah pada bahagian ini:
- Bagi soalan 2 markah memadai 2 isi
- Bagi soalan 3 markah memadai 2 isi
- Bagi soalan 4 markah memadai 3 isi
Peringatan: Dalam hal ini, anda perlu menyalin semula kehendak soalan dan jawapan tidak ditulis dalam bentuk ‘point‘. Gunakanlah penanda wacana sekiranya jawapan anda melebihi satu ayat.
Soalan 8 : Novel (10 markah)
Soalan 8 (i)
- 4 markah
- Memadai 3 isi
- Semua isi terdapat dalam petikan pendek.
- Baca soalan dengan teliti dan pilih jawapan yang tepat.
Soalan 8 (ii)
- Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dikaji.
- Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
- Markah isi, maksimum 4 markah.
- Memadai 3 Isi
- 1 markah bagi huraian , contoh yang lengkap dan jelas bagi setiap peristiwa.
- Markah bahasa maksimum 2 markah.
- Markah bahasa diberi secara impression.
- Baik : 2 markah
- Lemah : 1 markah
- Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk Bahasa.
- Calon yang tidak menjawab 0 markah.
Bahagian C
Rumusan – 30 markah
a) Memahami fokus soalan
b) Bagi setiap fokus, pelajari cara untuk mengenal pasi isi
C) Ketahui cara binaan penutup ayat – Gunakan teknik
(Contoh: Teknik PeCAH – Pendapat, Cadangan dan Harapan)
4. Skor dengan teknik pada setiap bahagian
Dalam hal ini, anda boleh menggunakan pelbagai teknik yang dianjurkan oleh mana-mana pihak di luar sana. Pastikan anda menggunakan satu teknik dan kuasai teknik tersebut. Berlatihlah supaya anda dapat kuasai setiap teknik dengan baik.
Sebagai contoh:
Teknik IMBaKUP merupakan teknik yang sering digunakan oleh para guru dalam pembinaan isi karangan. Pastikan anda kuasai setiap teknik dengan baik sebelum anda gunakannya dalam peperiksaan.
Sekian sahaja perkongsian kali ini.
Untuk mendapatkan khidmat tuisyen, anda boleh layari mytutor dan edufy
Penguasaan pembelajaran hari ini di hujung jari anda sahaja.
Pastikan anda melangkah ke dewan peperiksaan dengan penuh keyakinan!