8.1 C
New York
Friday, April 26, 2024
spot_img

Flipped Learning – Lebih Efektif.

Pendidikan pada masa kini menuntut tenaga pengajar untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran masing-masing. Teknik pengajaran dan pembelajaran secara tradisional kinidikatakan bukan lagi satu kaedah yang terbaik dalam proses menyampaikan ilmu dan pendidikan yang kini berteraskan ICT.

Untuk melahirkan generasi yang berkemahiran tinggi, berinovasi serta berdaya saing, sistem pendidikan yang diguna pakai sekarang haruslahmengalami transformasi dan berubah kepada pendidikan yang berteraskan ICT.

Pernah dengar apa itu flipped learning atau flipped classroom? Flipped Classroom dikesan mula aktif dipraktiskan seawal tahun 2007 oleh guru Kimia di Woodland Park High School. Kemudian, flipped classroom semakin mendapat tempat dalam kalangan pendidik dengan wujudnya Khan Academy.

Kebiasaannya jika pembelajaran adalah menggunakan kaedah kelas tradisional, guru hanya akan mengajar, mengajar dan mengajar di dalam kelas. Sejurus itu, murid akan pulang ke rumah dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru di sekolah. Di dalam situasi ini sebenarnya, murid hanya menggunakan kemahiran
aras rendah sahaja dalam mengingati dan memahami sesi pembelajaran dan pengajaran yang telah berlaku.

Flipped Classroom merupakan model pendekatan pengajaran yang mengalihkan masa pengajaran di dalam kelas kepada tontonan video di luar kelas. Maka waktu kelas digunakan sepenuhnya untuk melakukan aktiviti kolaborasi dan pengukuhan kepada pelajar secara individu. 

Erti kata mudahnya, pelajar diberikan video untuk ditonton sebelum masuk ke dalam kelas. Di dalam kelas, guru hanya akan menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran dengan aktiviti. sahaja. Di sini guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan membantu pelajar mendapat kefahaman yang betul berkenaan topik terbabit.

Flipped Classroom boleh dikatakan berkait rapat dengan strategi pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Ianya efektif dalam membantu guru-guru membina kemahiran 4K1V pelajar untuk menghadapi cabaran masa hadapan.

Kelebihan Flipped Classroom

Antara kelebihan menggunakan Flipped Classroom adalah :

1) Menggalakkan murid atau pelajar untuk berinteraksi dan berkolaborasi sesama rakan

2) Menggalakkan penglibatan murid yang lebih aktif

3) Pembelajaran lebih berpusat, tidak hanya mengajar

4) Menggalakkan ‘independent learning’

5) Meningkatkan keupayaan murid untuk bekerja secara individu

Seronok Sebenarnya Flipped Classroom!

Sebenarnya flipped classroom ini lebih menarik kerana pelajar akan melakukan eksplorasi mereka sendiri. Apabila mereka yang melakukan eksplorasi sendiri, sepastinya input yang diterima lebih efektif, berkesan dan memberi makna.

Apakah pandangan anda berkenaan flipped classroom?

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles