9.6 C
New York
Saturday, May 4, 2024
spot_img

Tangani stres dan bermotivasi sebagai pelajar

Apakah stres?

Normalkah para pelajar menghadapi stres?

Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan stres sebagai keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal.

Justeru itu, para pelajar boleh menggunakan konsep JERI

Apakah JERI?

  • J=Jasmani
  • E=Emosi
  • R=Rohani
  • I=Intelek)

Jom kita memahami konsep JERI dalam menangani stres.

Jasmani

Dalam hal ini, para pelajar perlu mengamalkan gaya hidup sihat secara fizikal bagi membendung stres. Jangan hairan jika saya katakan para pelajar juga perlu menetapkan masa harian untuk bersenam.

Gunakanlah masa senggang pada setiap petang untuk bersenam. Anda tidak perlukan senaman yang berat. Memadai dengan berjalan pantas atau berjoging di sekeliling rumah. Selain itu, bermain badminton dan futsal bersama-sama kawan juga sangat membantu. Ambil masa 1 hingga 2 jam sahaja ya.

Aktiviti sebegini menggalakkan otot jantung anda “bekerja”. Hal ini membolehkan aliran darah di dalam badan menjadi lancar sekaligus merendahkan risiko serangan jantung, darah tinggi dan angin ahmar atau strok selain berupaya memberikan kualiti tidur yang baik pada waktu malam. Selain dapat menstabilkan emosi, masa anda juga terisi dengan perkara yang berfaedah.

Hebat, bukan? 1 aktiviti berupaya memberikan pelbagai impak dalam kehidupan.

Emosi

Pelajar yang hebat ialah pelajar yang berupaya mengawal emosi. Sebagai manusia, kita tidak terlepas daripada menghadapi masalah. Sekiranya anda mempunyai masalah dengan penyelesaian yang buntu, anda digalakkan untuk mendapatkan bantuan.

Carilah guru bimbingan untuk meluahkan masalah anda. Berjumpa dengan guru kaunseling juga merupakan jalan keluar yang baik. Selain ibu bapa, saudara-mara yang terdekat juga antara insan-insan yang dapat membantu anda untuk mencari jalan penyelesaian.

Perkara yang penting ialah anda perlu berkomunikasi. Luahkan masalah anda.

Pengurusan masa yang baik juga akan mempengaruhi emosi anda. Nak dapatkan tips perancangan masa buat pelajar cemerlang secara PERCUMA? Klik pautan ini: E-BOOK PERCUMA! – Pengurusan Masa Pelajar Cemerlang!

Kualiti tidur dan pemakanan yang seimbang juga memainkan peranan. Oleh itu, dapatkan tidur yang mencukupi. (6 hingga 8 jam sehari)

Ambil pemakanan yang berkhasiat untuk mengelakkan masalah kesihatan yang bakal memberikan kesan negatif buat proses pembelajaran anda.

Elakkan pemakanan seperti air berkarbonat, gula yang berlebihan, makanan segera dan makanan ringan yang boleh memudaratkan kesihatan. Ingat, badan sihat, minda cerdas!

Emosi yang stabil pastinya menjamin kehidupan yang unggul.

Rohani

Lakukan kepercayaan ritual mengikut ketetapan waktu bagi kepercayaan dan agama masing-masing.

Berdoalah agar urusan anda dan keluarga sentiasa dipermudahkan. Bukan itu sahaja, anda juga perlu berdoa supaya diberikan kelapangan hati agar urusan menyerap proses pembelajaran berjalan lancar.

Bagi pelajar muslim, solatlah 5 waktu sehari. Solat tahajud dan solat-solat sunat yang lain seperti solat sunat Dhuha, solat hajat dan sebagainya sebagai amalan.

Intelek

Ada juga situasi dimana para pelajar begitu komited dalam mengejar kecemerlangan bagi setiap mata pelajaran sehingga mengundang stres. Kerja sekolah dan kerja kursus yang tidak dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan akan menyebabkan para pelajar berasa gugup dan gementar untuk ke sekolah. Ini juga akan mendorong kepada stres yang berpanjangan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kecemerlangan dalam mata pelajaran di sekolah adalah dambaan para pelajar. Sebenarnya, tiada pelajar yang dilahirkan tidak pandai dan tidak kompeten. Isu utamanya adalah pengurusan masa sebagai seorang pelajar.

Justeru itu, pengurusan masa adalah sangat penting dalam menangani stres. Anda perlu ketahui cara penyusunan masa dengan menggunakan konsep dahulukan keperluan tugasan mengikut tarikh penghantaran tugas tersebut. Elakkan sifat bertangguh sekiranya anda memiliki masa senggang.

Buatlah jadual harian agar sesi pembelajaran berjalan dengan lancar. Pastikan anda mengulang kaji pelajaran yang telah dipelajari dalam masa 24 jam

Salah satu pembelajaran yang efektif adalah dengan melakukan self-study sebelum guru-guru di sekolah mengajar. Pelbagai bahan pembelajaran terdapat dalam talian, youtube dan juga dijual dengan harga yang berpatutan di Edufy.

“Cikgu, saya lemah dalam topik ni. Bagaimana?”

Ha, selalukan situasi ni terjadi. Jangan stres. Anda hanya perlukan bantuan.

Dapatkanlah bantuan daripada guru-guru sekolah. Luangkan masa lepas tamat waktu persekolahan untuk ke bilik guru dan bertanyakan soalan. Jangan lupa buat janji temu dengan cikgu anda ya.

Anda juga boleh mendapatkan khidmat tuisyen secara bersemuka mahupun dalam talian secara individu ataupun dalam kumpulan yang kecil bersama MyTutor. Sekiranya anda merupakan pelajar yang boleh self-study atau jauh daripada kemudahan tuisyen, lebih baik anda melanggan kelas-kelas akademik yang dijalankan secara langsung (live) dan menyediakan rakaman kelas untuk sesi ulang kaji seperti di Edufy. Bahan-bahan kelas yang disediakan ini sangat bermanfaat buat para pelajar. Tiada alasan untuk tidak cemerlang. Sesuaikan sesi pembelajaran dengan keperluan anda pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Dunia pendidikan hari ini di hujung jari anda sahaja.

Pokok pangkalnya, pengurusan masa dan usaha dalam mendapatkan bantuan mengikut keperluan individu merupakan dua gabungan yang efektif dalam menangani stres buat pelajar.

Sebagai generasi pemangkin negara, anda merupakan harapan bangsa. Justeru itu, pengurusan stres yang baik perlu dijadikan panduan. Yang bulat tidak bergolek, yang pipih tidak melayang. Justeru itu, usahalah untuk menjadi pelajar yang terbaik kerana masa sebagai pelajar ini adalah masa emas yang tidak akan berulang lagi. Anda pasti merindukan masa sebagai pelajar apabila sudah memasuki alam pekerjaan kelak.

Semoga bermanfaat dan Selamat berjuang!

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles