7.2 C
New York
Friday, April 19, 2024
spot_img

Tips melangkah ke dewan peperiksaan dengan yakin!

Sebagai pelajar, kita tak lari dari perasaan berdebar, gugup dan gementar untuk menduduki peperiksaan-peperiksaan penting seperti Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Tambahan pula, sekiranya kita membuat persediaan pada saat akhir atau tidak sempat untuk melakukan persediaan yang rapi, berganda-gandalah perasaan gementar ini menghantui kita.

Jom, kita selami konsep Usaha, Doa dan Tawakal sebagai panduan melangkah ke dewan peperiksaan dengan yakin!

USAHA

“Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”

Peribahasa ini sesuai sekali menggambarkan usaha perlu mendahului segala-galanya untuk mendapatkan hasil bagi setiap perkara yang kita rancang.

Dalam hal ini pelajar hendaklah:

  1. Membuat jadual pembelajaran secara terancang
    • Hal ini penting supaya pelajar dapat mengenal pasti kelemahan mereka agar tumpuan boleh diletakkan pada kelemahan tersebut.
    • Anda lemah dalam topik tertentu??
      • Dapatkanlah bantuan daripada guru-guru sekolah. Luangkan masa lepas tamat waktu persekolahan untuk ke bilik guru dan bertanyakan soalan. Jangan lupa buat janji temu dengan cikgu anda ya.
      • Anda juga boleh mendapatkan khidmat tuisyen secara bersemuka mahupun dalam talian secara individu ataupun dalam kumpulan yang kecil bersama MyTutor. Sekiranya anda merupakan pelajar yang boleh self-study, lebih baik anda melanggan kelas-kelas akademik yang dijalankan secara langsung (live) dan menyediakan rakaman kelas untuk sesi ulang kaji seperti di Edufy. Bahan-bahan kelas yang disediakan ini sangat bermanfaat buat para pelajar. Tiada alasan untuk tidak cemerlang. Sesuaikan sesi pembelajaran dengan keperluan anda pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Dunia pendidikan hari ini di hujung jari anda sahaja.
  2. Jaga pemakanan anda
    • Ambil pemakanan yang berkhasiat untuk mengelakkan masalah kesihatan yang bakal memberikan kesan negatif buat proses pembelajaran anda.
    • Elakkan pemakanan yang berikut:
      • Air berkarbonat
      • Gula yang berlebihan
      • Makanan segera
      • Makanan ringan
    • Badan sihat, minda cerdas!
  3. Masa bermain dan beriadah juga penting
    • Lumrah sebagai manusia kita perlukan masa untuk bergembira. Oleh itu seimbangkanlah masa bermain dan belajar
    • Luangkanlah masa dalam 1-2 jam sehari untuk keluar bersiar-siar, main bola di padang, berbasikal, menonton televisyen dan sebagainya.
    • Masa bersama keluarga pada hujung minggu jangan pula dilupakan!
  4. Tidur dan rehat secukupnya
    • Pelajar memerlukan sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam masa tidur sehari.
    • Pastikan anda:
      • makan 2 jam sebelum tidur
      • mengehadkan screen time (menonton televisyen atau menggunakan telefon) 2 jam sebelum tidur
      • Hal ini penting untuk mendapatkan kualiti tidur yang optimum.
      • Elakkan screen time pada waktu rehat. Berikan ruang untuk mental anda berehat sepenuhnya.

Setelah anda mengamalkan gaya hidup yang teratur, barulah anda akan merasai perubahan kepada proses pembelajaran anda.

Tips pengurusan topik pembelajaran sebagai pelajar sekolah:

  • Dalam masa 8 hingga 9 bulan, anda sepatutnya sudah menghabiskan semua topik pembelajaran di sekolah.
  • Anda memerlukan 2 hingga 3 bulan untuk sesi ulang kaji. Beli pelbagai buku latihan di pasaran. Sekiranya anda lemah, dapatkan khidmat tutor bagi topik tertentu.
  • Masa yang berbaki 1 hingga 2 bulan sebelum peperiksaan ini perlu anda isi dengan pembelajaran santai dan latih tubi soalan berorientasikan peperiksaan. Anda juga boleh mengikuti seminar-seminar yang dianjurkan oleh guru-guru berpengalaman.

Tips pada musim peperiksaan:

  • Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi
  • Jaga kebersihan dan kesihatan anda
  • Fokus! Fokus! Fokus!
    • Abaikan perkara-perkara yang tidak penting seperti mengikuti perkhemahan, mengikut ajakan rakan-rakan untuk menonton wayang dan lain-lain lagi.
  • Jawab latih tubi soalan peperiksaan, soalan percubaan negeri dan kertas model.
  • Ikuti seminar dan teknik menjawab soalan.
    • Untuk pelajar SPM, elakkan daripada bergantung dengan soalan-soalan spot SPM.
  • Amalkan konsep pembelajaran belajar di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.
  • Jangan lupa minta restu daripada ibu ayah dan guru-guru anda.

DOA

  1. Lakukan kepercayaan ritual mengikut ketetapan waktu bagi kepercayaan dan agama masing-masing.
  2. Berdoalah agar
    • urusan anda dan keluarga sentiasa dipermudahkan
    • anda diberikan kelapangan hati supaya urusan menyerap proses pembelajaran berjalan lancar.
  3. Bagi pelajar muslim,
    • Solatlah 5 waktu sehari
    • Amalkan solat tahajud dan solat-solat sunat yang lain seperti solat sunat Dhuha, solat Hajat dan sebagainya.

Perbuatan ini secara tidak langsung dapat mendisiplinkan diri di samping menjaga kepentingan rohani.

Cuba dahulu, barulah tau!

TAWAKAL

Setelah anda berusaha dengan bersungguh-sungguh dan berdoa, serahkanlah bulat-bulat kepada maha pencipta.

Percayalah pada diri anda, anda telah buat yang terbaik. Anda seorang yang hebat!

Melangkahlah ke dewan peperiksaan dengan hati yang tenang.

Semoga bermanfaat!

Admin doakan semoga dipermudahkan segala urusan anak-anak murid di seluruh dunia yang sedang berjihad untuk masa depan kalian. Semoga kecemerlangan milik kalian. Aamiin.

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles