6.9 C
New York
Friday, March 29, 2024
spot_img

Tips Mengekalkan Semangat Belajar

Pernah atau tidak, rasa bersemangat betul nak belajar tapi sekejap sahaja perasaan itu datang? Kalau pepatah melayu, kita katakan hangat-hangat tahi ayam. Sekejap sahaja rasa semangatnya, kemudian datanglah rasa malas pula. Jadi bagaimana hendak atasi perasaan malas dan hangat-hangat tahi ayam ini?

Sebenarnya, semuanya bergantung pada keyakinan diri, pendirian diri serta semangat motivasi anda. Ya, anda perlu kuat dalam melawan hawa nafsu serta sikap malas yang datang menyelubungi diri anda! Jangan mudah mengalah dengan perasaan sendiri. Cakap semuanya mudah bukan? Tidak apa, istiqamah dahulu.

Hari ini, ingin saya kongsikan bersama anda tip-tip mengekalkan semangat belajar. Apa yang anda boleh lakukan atau inisiatif yang boleh di ambil untuk memastikan anda sentiasa dan terus bersemangat untuk menuntut ilmu. Antara tip-tip tersebut ialah:

1. Suasana Pembelajaran

Nampak remeh dan mudah bukan? Namun, yang inilah yang membantu untuk anda kekalkan semangat ketika sesi belajar atau ulangkaji. Apabila terlampau banyak gangguan di tempat belajar, fokus anda akan terganggu. Ramai pelajar suka belajar di atas katil. Percayalah bahawa ianya bukanlah tempat yang sesuai untuk belajar.

Sediakan satu ruangan belajar. Sediakan kerusi dan meja yang selesa. Selain itu, pastikan pengudaraan serta pencahayaan tempat belajar tersebut dalam keadaan yang baik. Tempat belajar haruslah jauh daripada gangguan seperti televisyen dan sebagainya. Untuk menaikkan semangat, anda boleh sediakan ruangan papan kenyataan. Tampal kata-kata motivasi serta jadual dan senarai tugasan yang ingin dilakukan.


2. Sentiasa Berpegang Kepada Matlamat

Sentiasa ingat matlamat utama yang ingin di capai. Tulis dan letakkan di tempat di mana anda boleh melihat dan baca berulang-ulang kali matlamat anda. Mengingati matlamat serta meletakkan matlamat yang jelas mampu mengekalkan semangat belajar anda.

Bagaimana hendak meletakkan matlamat yang jelas? Mudah sahaja! Tanya diri anda, kenapa bersusah payah sekarang? Kenapa perlu bertungkus lumus sekarang? Ingatlah bahawa, perkara pertama kenapa kita belajar bukanlah sebab orang lain, namun untuk kebaikan diri sendiri. Mempunyai masa hadapan yang cerah serta pekerjaan yang bagus adalah impian setiap orang.

3. Pilih Rakan yang Tepat

Ya, rakan sangatlah memainkan peranan dalam kehidupan seseorang. Lebih baik jika anda dapat rakan yang mempunyai matlamat sama dengan anda. Maka, usaha yang dilakukan boleh dibuat bersama kerana mereka juga nampak kepentingan matlamat tersebut. Rakan sebegini juga, akan bantu anda untuk sentiasa berada di atas landasan serta jalan yang betul.

Jika anda dapati, rakan anda negatif, saranannya ialah untuk tinggalkan rakan tersebut dan cari rakan yang positif dan sentiasa bersemangat untuk melakukan kebaikan terutamanya aktiviti belajar. Carilah rakan yang rajin mencari ilmu dan melakukan ulangkaji.

4. Lihat Kata-Kata Mutiara atau Tonton Video-Video Motivasi

Secara tidak langsung, ia akan menaikkan semangat kita semula terutamanya ketika anda berasa sedih dan tidak bersemengat. Tampal kata-kata mutiara di tempat yang mudah lihat. Teruskan baca kata-kata atau menonton video-video positif agar aura positif anda sentiasa ada.

Secara peribadinya, saya suka mencari kata-kata semangat di pinterest. Banyak kata-kata motivasi, mutiara dan semangat di sana yang boleh di muat turun dan disimpan di dalam telefon bimbit. Saya siap akan jadikannya sebagai paparan utama di telefon saya dan bacanya berulang kali.

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles