19.2 C
New York
Thursday, April 25, 2024
spot_img

5 Aktiviti Hands-On di Rumah – Bahagian 1

Tempoh hari saya ada kongsikan apa itu aktiviti hands-on serta kebaikannya. Hari ini saya nak kongsikan lima aktiviti hands-on yang anda boleh buat terutamanya ketika musim cuti sekolah ini. InsyaAllah, bahan-bahannya juga adalah mudah serta senang untuk disediakan.

1. Kenali Abjad ABC

Aktiviti yang sangat menarik untuk dilakukan bersama anak-anak anda. Belajar ABC sambil bermain warna. Anda hanya perlukan kertas A4, warna air serta aksesori tambahan mengikut gambar abjad yang ingin anda lakukan. Contoh yang saya berikan adalah di dalam Bahasa Inggeris, anda boleh juga lakukan aktiviti ini di dalam Bahasa Melayu. Ikutlah kreativiti masing-masing ketika melakukan aktiviti ini.

2. Matematik Asas – Kenali Nombor

Nak ajar anak matematik – kenali nombor dan kiraan asas tapi tak nak anak rasa bosan? Cubalah aktiviti di atas. Anda hanya perlukan kertas A4 berwarna putih, kertas warna, penyepit baju dan juga pen marker. Kira bersama anak dan minta anak sepitkan penyepit baju tersebut mengikut nombor yang dilihat. Mudah bukan?

Kalau anda ada lego di rumah, boleh juga cuba aktiviti seperti di atas. Ha, tidak semestinya lego itu digunakan untuk bermain dan membina mengikut apa yang kita lihat. Boleh sahaja libatkan konsep matematik ketika bermain. Anda hanya perlu cetak gambar nombor dan lego seperti di atas sahaja.

3. Kenali Bentuk

Kenali bentuk dengan mudah. Aktiviti melibatkan membuat pizza yang mudah. Anda hanya perlukan pinggan kertas atau plastik, kertas warna-warni yang dipotong di dalam bentuk yang berbeza-beza serta resepi. Resepi tersebut boleh sahaja di reka dan anda boleh melihat contoh seperti di atas. Ketika melihat bahan-bahan, perkenalkan terus bentuk-bentuk tersebut kepada anak anda.

4. Aktiviti Deria

Kenalkan tekstur berbeza menggunakan deria sentuhan. Aktiviti ini sangat bagus untuk menguatkan sensori anak anda. Banyak lagi tekstur yang anda boleh kenalkan kepada anak anda melalui aktiviti. Pasti anak teruja. Bahan-bahan pula memang mudah didapati dan dicari.

5. Aktiviti Emosi

Ajar anak kenali emosi dengan aktiviti mudah di atas. Sangat penting untuk anak mengenali setiap emosi. Anda boleh terangkan setiap emosi dengan contoh yang sesuai ketika melakukan aktiviti ini bersama anak. Anda hanya perlukan kertas, pen, kotak dan juga bekas gulung tisu.

_________________

Mudah bukan? Semua bahan aktiviti-aktiviti di atas mudah didapati dan disediakan. Semoga perkongsian kali ini memberikan manfaat untuk anda serta anak anda!

Jika anda tercari kelas-kelas hands-on seperti ini, anda boleh terus layari edufy.my Terdapat lima kelas Projek Sains Saya yang berharga RM10 sahaja! Kelas ini lebih berfokus pada aktiviti sains yang boleh dilakukan di rumah anda. Layari edufy.my hari ini!

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles