6.7 C
New York
Thursday, April 25, 2024
spot_img

4 Teknologi Pendidikan di Sekolah & Kampus

Teknologi bukanlah sesuatu yang asing lagi buat kita semua. Tambahan lagi ketika pandemik, lebih ramai yang semakin cakna dengan Teknologi yang berkembang di dalam dunia pendidikan. 6 Teknologi ini sering kali digunakan di sekolah dan juga kampus. Yang mana yang anda sudah gunakan?

1. Mobile Learning

Pembelajaran menggunakan peranti seperti telefon bimbit ataupun tablet tidaklah asing lagi kerana ianya digunakan secara meluas terutamanya di kampus. Hampir ke semua pelajar kampus mempunyai telefon bimbit ataupun tablet. Ianya mudah di bawa kerana saiznya yang kecil berbanding peranti yang lain.

Pelajar juga boleh memuat turun pelbagai aplikasi berbentuk pendidikan melalui Google Play dan juga App Store bila-bila masa dan di mana sahaja. Maka, proses pembelajaran lebih mudah berlaku.

2. Blended Learning

Blended Learning adalah di mana pelajar akan melakukan sesi pembelajaran menggunakan bahan-bahan interaktif sebelum mulanya kelas bersama guru. Kebiasaannya, pelajar akan melihat bahan seperti video, slaid mahupun artikel di sesebuah laman sesawang.

Kaedah ini juga sudah digunapakai di beberapa sekolah di Malaysia. Manakala di universiti, hampir ke semua menggunakan kaedah ini. Kaedah ini didapati lebih efektif dalam membantu pelajar untuk memahami sesuatu topik dengan lebih baik dan efisen.

3. Gamifikasi

Teknologi Pendidikan yang digunakan di dalam bentuk gamifikasi sangat memberikan keterujaan kepada ramai pelajar. Pembelajaran berbentuk gamifikasi kebiasaannya akan membolehkan pelajar untuk mengumpul mata, lencana dan banyak lagi. Jika ianya di dalam kelas, pelajar-pelajar akan melakukannya bersungguh-sungguh untuk mendapatkan tempat yang tertinggi.

Kaedah ini juga diminati ramai dek kerana ianya lebih menarik kerana paparan gamifikasi kebiasaannya berwarna-warni dan mempunyai pelbagai animasi. Latihan di dalam bentuk gamifikasi seperti Kahoot, Quizizz dan banyak lagi sering digunakan di dalam kelas kerana banyak memberikan impak positif kepada pelajar dan juga guru.

4. Open Educational Resources (OER)

Pernah dengar tentang Open Educational Resources (OER)? Apa itu Open Educational Resources (OER). Sebenarnya kita selalu sahaja guna mungkin kita sahaja yang tidak biasa mendengar terma perkataan yang sebetulnya. Jadi apa sebenarnya Open Educational Resources ini?

Open Educational Resources (OER) ialah bahan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di dalam bentuk pelbagai format. Bahan-bahan ini berada dalam domain awam atau berada di bawah hak cipta yang telah dikeluarkan di bawah lesen terbuka, yang membenarkan akses tanpa kos, penggunaan semula, penyesuaian dan pengagihan semula oleh orang lain. Ianya bermakna bahan ini boleh di akses secara percuma oleh siapa-siapa pun.

Jika teknologi dapat dimanfaatkan semaksimum mungkin, yakin dan pasti ianya dapat memberikan kebaikan kepada ramai pihak dan juga dapat menaiktaraf pendidikan kepada yang lebih baik. Antara empa ini, yang mana satu paling anda suka dan kerap guna?

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles