4.9 C
New York
Wednesday, November 13, 2024
spot_img

Aktiviti Cuti Sekolah

“Anak saya main game sepanjang hari sewaktu cuti sekolah”

“Anak-anak asyik menonton televisyen sepanjang cuti sekolah”

“Bosannya, cuti sekolah terlalu panjang. Anak-anak banyak bermain”

Cuti sekolah kembali lagi! Ibu ayah mesti pening nak isi masa anak-anak, kan? Nak anak-anak berseronok tapi dalam masa yang sama nak masa mereka diisi dengan perkara-perkara yang efektif. Betul, tak?

Jom, kita lihat aktiviti-aktiviti menarik yang boleh diisi sepanjang cuti sekolah:

1 Bercuti

Ni perkara yang paling disukai bagi setiap anak dan ibu bapa. Bercuti ke tempat-tempat yang menenangkan seperti ke pantai atau pulau. Bukan anak-anak sahaja dapat merehatkan minda, ibu ayah juga dapat melepaskan lelah setelah penat bekerja.

Selain itu, ibu bapa boleh bawa anak-anak ke taman tema permainan yang terdapat di negara kita. Melawat ke tempat-tempat bersejarah seperti Kota A’Famosa, Kellie’s Castle, Kompleks Sejarah Pasir Salak juga antara aktiviti yang menarik.

Jangan lupa bawa anak-anak ke muzium-muzium untuk menambah ilmu pengetahuan Sejarah mereka di samping melawat zoo. Lawatan ke tempat sebegini berupaya meluaskan pandangan anak-anak. Berbincanglah bersama anak-anak mengenai lawatan tersebut.

2 Pulang ke kampung

Dalam kesibukan menjalani kehidupan seharian, jangan dilupakan ibu ayah yang jauh di mata. Ibu bapa seharusnya menjadi suri teladan buat anak-anak. Anak-anak yang menjadikan ibu bapa mereka sebagai idola mereka, pasti akan mengikuti jejak langkah orang tuanya.

Memang tak dapat dinafikan bahawa aktiviti ini antara aktiviti yang ditunggu oleh datuk dan nenek. Orang tua pastinya tertunggu-tunggu kepulangan anak-anak serta cucu cicitnya di kampung.

Raikanlah hari bersama mereka dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.

3 Memasak bersama

Kedengaran pelik, bukan?

Aktiviti memasak bersama anak-anak bukan sahaja dapat mengeratkan kemesraan bersama anak-anak, malah berupaya melatih sifat berdikari bersama anak.

Anda boleh merancang untuk membuat manisan pada waktu petang atau membuat sarapan bersama anak-anak sepanjang cuti sekolah. Sediakan menu ringan sahaja seperti sandwich, roti telur dan sosej.

Dapatlah anak-anak selami masa yang digunakan oleh para ibu di dapur. Pastinya mereka akan lebih menghargai air tangan ibu mereka.

4 Bereksperimen di rumah!

Bunyinya sukar tetapi mudah sahaja sebenarnya.

Aktiviti ini sesuai buat anak-anak berusia 15 tahun ke bawah. Terdapat banyak panduan eksperimen Sains bersama anak-anak anda secara dalam talian.

Di Edufy, banyak kelas Sains eksperimen buat kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah yang boleh dibeli dengan harga RM10 sahaja.

Isi masa anak-anak dengan eksperimen yang menyeronokkan. Anak-anak anda pastinya menyukai subjek Sains kerana dapat memahaminya melalui aktiviti eksperimen yang dijalankan. Belajar sambil bermain. Menarik, kan?

Eksperimen Sains di Edufy

5 Kuasai asas bahasa ketiga

Cuti-cuti sekolah ni menarik juga sekiranya anak-anak dapat menyertai bengkel-bengkel bahasa ketiga seperti bahasa Arab dan bahasa Mandarin.

Aktiviti penguasaan bahasa ini bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri anak-anak, malah berupaya meluaskan komunikasi anak-anak tanpa had dan sempadan.

6 Kelas Catur

Bermain sambil belajar menjadi elemen utama dalam permainan catur. Di samping berupaya meningkatkan kecerdasan dan daya ingatan, bermain catur dapat melatih atur cara strategi.

Menarik, bukan?

Dapat kelas Catur di Edufy hari ini. Anak-anak seawal usia 7 tahun berpeluang menyertai pertandingan catur ke peringkat kebangsaan.

7 Bersukan dan beriadah

Luangkan masa cuti sekolah pada waktu petang untuk bersukan bersama anak-anak. Berjoging dan bermain badminton di kawasan taman perumahan sudah memadai. Masa yang diluangkan bersama adalah penting.

Aktiviti lain yang boleh anda lakukan termasuklah memancing, berenang, berbasikal dan berkelah bersama-sama.

8 Bermain di kawasan kejiranan

Tidak menjadi satu kesalahan untuk anak-anak keluar dan bermain di kawasan kejiranan. Anak-anak juga memerlukan masa bermain bersama kawan-kawan. Cuma pastikan ada had dan disiplin. Sebagai contoh, letakkan masa selama 2 jam untuk bermain bersama kawan pada waktu petang.

9 Kelas tuisyen akademik

Ibu ayah juga boleh mempersiapkan anak-anak untuk naik ke tahap seterusnya dalam bidang akademik. Ambil kelas tuisyen bagi sesi ulang kaji untuk memperkukuh ilmu asas anak-anak. Hal ini pasti menambah keyakinan anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan nanti.

10 Kem jati diri

Aktiviti ini memberikan pengalaman yang mengujakan buat anak-anak. Dalam aktiviti sebegini, anak-anak dapat dibentuk untuk mengenal diri mereka, meningkatkan keyakinan diri dalam menyelesaikan masalah dan berdepan dengan orang ramai, membuka fikiran anak-anak untuk berfikir di luar kotak dan yang paling penting adalah membentuk sahsiah anak-anak untuk menghormati ibu bapa mereka

Ha! Banyak kan. Rancanglah aktiviti cuti sekolah yang terbaik buat anak-anak. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah penentu coraknya.

Semoga bermanfaat.

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles