13.4 C
New York
Saturday, April 27, 2024
spot_img

Isu Terkini: Isu Vandalisme

Hangat diperkatakan baru-baru ini isu vandalisme yang berlaku di sebuah sekolah menengah di daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Video pelajar yang sedang melakukan vandalisme tersebut tular di media sosial dan meraih perhatian ramai pihak termasuklah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pelajar-pelajar tersebut telah merosakkan harta benda di dalam sebuah kelas semasa sesi terakhir persekolahan.

Ibu bapa bagi pelajar-pelajar terbabit telahpun di panggil oleh pihak sekolah untuk hadir ke sekolah manakala pelajar-pelajar terlibat pula telah di rujuk kepada kaunselor bagi sesi bimbingan dan kaunseling. Isu ini dipandang serius oleh pelbagai pihak terutamanya KPM dan pihak sekolah itu sendiri.

Seharusnya, anda sebagai pelajar, haruslah menyayangi serta menghargai harta benda sekolah yang telah disediakan. Merosakkan harta benda sekolah bukanlah satu amalan yang harus diteladani dan dilakukan oleh setiap orang. Sikap ini haruslah dibanteras oleh semua pihak terutamanya pelajar itu sendiri.

Bukankah semua harta benda sekolah adalah bertujuan bagi memudahkan anda juga untuk belajar dengan lebih selesa? Meja dan kerusi untuk memastikan anda dapat belajar dengan baik ketika sesi pembelajaran dan pengajaran berlangsung dan bukannya untuk dirosakkan.

Harta benda sekolah juga bukanlah untuk kegunaan anda sahaja. Anda berkongsi harta benda tersebut dengan pelajar-pelajar yang lain. Maka, janganlah bersikap pentingkan diri sendiri. Fikirkan juga orang lain di sekeliling kita yang bakal menggunakan segala kemudahan tersebut.

Semua pihak, terutamanya ibu bapa, pelajar dan sekolah haruslah memainkan peranan dalam membanteras isu vandalisme ini daripada bermaharajalela. Jadikanlah sekolah sebagai sebuah institusi yang disayangi oleh semua pihak.

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles