14.9 C
New York
Saturday, October 12, 2024
spot_img

Kepentingan Aktiviti Hands-On

Pernah tak anda dengar tentang aktiviti Hands-On? Adakah ianya perkara baharu yang anda masih belum ketahui? Jadi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan aktiviti Hands-On ini? Aktiviti Hands-On ini merujuk kepada sebarang aktiviti fizikal yang melibatkan penggunaan peralatan dan bahan atau tanpa bahan yang berlaku ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku.

Kebiasaannya aktiviti atau apa jua pergerakan yang boleh merangsang deria motor halus dan motor kasar anak-anak dan membantu mereka belajar melalui pengalaman sendiri juga di kira sebagai aktiviti Hands-On. Bermakna guru, pendidik, ibu bapa atau sesiapalah yang menjalankan aktiviti pembelajaran dan pengajaran, tidak hanya bergantung kepada penggunaan buku semata-mata sahaja ketika berada di dalam kelas.

Menurut Julie Gantcher, Bronx Zoo Education Department, producers of Pablo Python Looks at Animals, Bronx, NY , Pembelajaran secara hands on merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan dan jelas. Ianya dapat meningkatkan perasaan ingin tahu, serta dapat memperkembangkan kreativiti pelajar melalui aktiviti yang dijalankan secara amali. Secara kesimpulannya, aktiviti Hands-On ialah belajar melalui pengalaman atau apa yang mereka lakukan sendiri dengan bimbingan guru.

Jadi, apakah kelebihan lakukan aktiviti Hands-On ini? Jom kita lihat antara kelebihan melakukan aktiviti Hands-On ini bersama anak-anak. Antara kelebihan melakukan aktiviti Hands-On ialah:

  • Dapat meningkatkan minat murid dalam melibatkan diri ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.
  • Dapat meningkatkan daya ingatan murid tentang apa yang dipelajari dengan lebih cepat serta dapat mengingatinya dalam tempoh yang lebih lama.
  • Memudahkan murid untuk memahami apa yang telah dipelajari.
  • Murid kelainan upaya juga akan berasa seronok dan terhibur ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran.
  • Murid dapat menambahkan pengalaman melalui aktiviti yang dijalankan.
  • Pencapaian murid dalam pembelajaran sesuatu subjek dapat ditingkatkan.
  • Meningkatkan sifat inkuiri iaitu sifat ingin tahu murid.
  • Meningkatkan kemahiran-kemahiran proses sains seperti kemahiran memerhati dan keupayaan untuk menginterpretasi data.
  • Meningkatkan kreativiti murid ketika melakukan aktiviti di dalam kelas.
  • Menggalakan kemahiran berfikir aras tinggi ketika proses pembelajaran dan pengajaran sedang berlangsung.

Jadi, kalau kita lihat, banyak sangat kelebihan melakukan aktiviti Hands-On. Rajin dengan tidak sahaja untuk kita lakukan. Buat pengetahuan semua, aktiviti Hands-On boleh dilakukan seawal anak berusia 12 bulan bagi membantu perkembangan anak. Pelbagai aktiviti menarik yang dapat dilakukan terutamanya ketika berada di rumah, sepanjang musim cuti sekolah ini.

Dengan melakukan aktiviti Hands-On, anak juga akan sentiasa berasa teruja untuk terus belajar dan meneroka dunia di sekeliling mereka. Sikap ingin tahu dan belajar ini haruslah dipupuk secara awal agar mereka lebih bersedia apabila ingin ke sekolah nanti. Sepastinya mereka akan lebih teruja ketika sesi pembelajaran dan pengajaran sedang berlangsung.

Kebanyakan aktiviti Hands-On juga menggunakan bahan yang mudah didapati di rumah. Jadi ibu bapa atau guru tidak perlu pening atau bersusah payah dalam menyediakan bahan berkaitan dengan aktiviti Hands-On. Pengembaraan sains juga boleh dilakukan di sekeliling rumah. Bukan sahaja dapat meningkat minat anak, hubungan anak dan ibu bapa atau guru juga akan semakin akrab dan baik.

Diharapkan perkongsian kali ini dapat memberikan kebaikan buat semua yang membaca. Selamat melakukan aktiviti Hands-On bersama anak-anak terutamanya ketika musim cuti sekolah ini. Moga anak-anak kita akan terus minat untuk belajar dan juga bakal menjadi insan yang berguna suatu hari nanti!

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles