11.1 C
New York
Saturday, April 27, 2024
spot_img

Tips Disiplin dan Konsisten

Dua perkara ini secara amnya mudah disebut tapi tak mudah dilaksanakan, bukan?

Disiplin adalah latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib sementara konsisten pula berpegang pada pendirian dan melaksanakan sesuatu tanpa henti dan putus asa. Dalam erti kata lain istiqamah.

Tidak kiralah anda sebagai seorang pelajar atau ibu ayah dan boleh juga posisikan diri kita sebagai hamba kepada sang pencipta. Adakah semua tugasan yang kita pikul hari ini kita lakukan secara konsisten? Adakah anda berdisiplin dalam menjalani kehidupan seharian anda?

Perkongsian kali ini mendedahkan tips dan panduan untuk kekal disiplin dan konsisten dalam kehidupan.

  1. Ketahui ‘big why’ anda
    • Contohnya: Sebagai seorang pelajar, anda perlu ada sebab yang mendalam untuk anda ke sekolah setiap hari. Secara puratanya, para pelajar di negara ini menghabiskan usia mereka selama 11 tahun pada peringkat sekolah rendah hingga menengah. Bukankah sukar untuk anda mengekalkan keazaman dan energi anda ke sekolah setiap hari sekiranya anda tidak memiliki sebab yang kukuh untuk ke sekolah?
    • Oleh itu, ketahui ‘big why’ anda dengan lebih mendalam. Contohnya, saya wajib lulus cemerlang dalam SPM untuk membawa keluarga saya keluar dari kepompong kemiskinan. Dengan keazaman sebegini, walaupun ribut taufan melanda, anda pasti teguh dengan pendirian untuk mencapai keinginan anda itu.
  2. Keinginan anda ini secara automatik akan membentuk 1 sistem yang perlu anda patuhi demi mencapai impian tersebut.
    • Sistem ini dipanggil sebagai disiplin
    • Contoh: Untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang, anda bukan sahaja perlu ke sekolah setiap hari, malah anda akan mulakan rutin dengan bangun pada awal pagi, menyiapkan tugasan kerja rumah, di samping sentiasa berdaya saing. Hal ini akan menjadikan anda sebagai seorang yang berdisiplin.
  3. Setelah anda memiliki impian dan disiplin, anda mendapati impian anda akan menjadi sia-sia sekiranya anda tidak melakukannya sepenuh hati. Sebagai akibatnya, anda akan menambah keazaman setiap tahun, letakkan sasaran (target) untuk mencapainya sehingga penghujung tahun. Dengan tindakan ini, anda sedang melatih diri anda untuk konsisten.

Cabaran: Sahut atau Kecundang?

Langkah?

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles