28.8 C
New York
Saturday, July 27, 2024
spot_img

Malam Nisfu Sya’ban & Amalan Yang Digalakkan

Ramai yang berebut untuk beribadat ketika malam Nisfu Sya’ban kerana ianya membawa pelbagai manfaat buat semua umat islam.

Ada hadis yang sahih Nabi s.a.w menyebut:

إِنَّ اللَّهَ لَيَطَّلِعُ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain. Al-Albani menilai sahih dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 3/135).

1. Amalan Berpuasa

Selain berpuasa disebabkan persediaan menyambut Ramadan yang bakal tiba, kita amat digalakkan berpuasa sunat pada Bulan Syaaban. Perbuatan berpuasa pada Bulan Syaaban adalah sunnah yang sabit daripada Nabi s.a.w. Amalan sebahagian masyarakat yang suka berpuasa pada Bulan Syaaban adalah amalan soleh.

2. Membaca Al-Quran

Di malam yang mulia ini, rebutlah peluang pahala dengan membaca Al-Quran semampu yang boleh. Ada orang yang hanya membaca Surah Yaasin sahaja dan ianya tidak mengapa kerana ianya merupakan salah satu surah yang terdapat di dalam Al-Quran juga.

Pahala yang diberikan berlipat ganda. Maka, rebut peluang ini untuk lakukan amalan kebaikan sebanyaknya dan janganlah kita menjadi orang yang tergolong dalam golongan lalai dan leka.

3. Berdoa

Antara waktu yang mustajab untuk berdoa adalah pada bulan Sya’ban dan lebih-lebih lagi pada malam nisfu Sya’ban. Berdoalah sebanyak mungkin kepada Allah S.W.T agar apa yang diminta dimakbulkan.

Doa bukan sahaja demi kesejahteraan diri sendiri namun untuk keluarga serta orang sekeliling yang tersayang. Manalah tahu salah satu daripada doa yang kita minta dimakbulkan Allah S.W.T. Jangan berputus asa untuk berdoa.

4. Bersedekah

Sebenarnya, sedekah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja ketika berkemampuan. Sedekahlah mengikut kemampuan serta keikhlasan hati. Jumlah tidak menentukan apa-apa. Namun, ramai yang berebut-berebut memberikan sedekah ketika bulan Sya’ban untuk mengejar pahala yang berganda.

Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang. Boleh sahaja dalam bentuk barangan seperti contoh makanan serta baju. Tidak dilupakan juga kita juga boleh bersedekah dengan memberikan tenaga atau kudrat untuk melakukan sesuatu yang baik contohnya membersihkan masjid atau membantu mangsa banjir.

Konklusinya, melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci seperti syirik dan permusuhan antara muslim adalah digalakkan kerana ianya merupakan amalan yang baik dan patut dicontohi. Bersempena dengan bulan Sya’ban yang mulia ini, marilah kita berdoa mudah-mudahan dosa kita semua diampunkan.

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles