6.1 C
New York
Thursday, April 25, 2024
spot_img

Tips Skor Subjek Sejarah SPM

“Susahnya, Sejarah!”

“Sejarah membosankan!”

“Saya tak dapat skor Sejarah”

Tak kenal, maka tak cinta

Ha, pernah setuju tak dengan kenyataan di atas tu?

Bukan susah, cuma anda belum benar-benar tahu jalan cerita Sejarah tu dari segi wataknya, kronologi, susunan lokasinya dan lain-lain lagi. Lebih penting lagi anda belajar Sejarah dengan teknik yang salah.

Jom cikgu kongsi tips skor Sejarah dengan 3 aspek mudah.

Sebelum Kelas

Dalam Pembelajaran Abad Ke-21, penekanan flip learning ini sesuai sekali jika diterapkan dalam proses pembelajaran Sejarah. Oleh itu, sangatlah penting untuk anda membuat ulang kaji persediaan bagi topik yang bakal dibincangkan di dalam kelas.

  1. Kenal pasti topik yang bakal diajar di dalam kelas
  2. Anda boleh membuat pembacaan buku teks bagi topik tersebut. Baca sahaja subtopik tersebut, sekiranya anda ada soalan bertanyalah dengan guru sewaktu kelas. (Kaedah visual)
  3. Bagi pendekatan yang lebih santai, anda juga boleh menonton dan mendengar video mengenai subtopik tersebut di YouTube. (Visual/Auditori)

Semasa Kelas

  1. Setelah mendapat input pertama sebelum kelas, cikgu yakin, anda kini lebih bersedia untuk mendengar penerangan guru Sejarah atau rakan-rakan yang membuat pembentangan di dalam kelas.
  2. Gunakan highlighter untuk isi-isi penting yang anda fahami. (Pastikan anda membuat contengan atau highlight buku anda sendiri, ya! Jangan gunakan buku pinjaman =) )
  3. Anda boleh membuat AKRONIM untuk mengingati isi-isi penting yang dinyatakan di dalam kelas.

Selepas Kelas

  1. Bagi sesi selepas kelas adalah waktu hafalan. Anda boleh gunakan kreativiti anda untuk membuat AKRONIM bagi isi penting yang perlu dihafal. Sekiranya anda sukakan lagu, anda boleh menggubah lagu menggunakan lirik daripada isi penting Sejarah yang perlu anda hafal. Menarik, bukan?
  2. Konsep seterusnya bagi hafalan adalah ‘When you write, you will remember’. Jadi, buatlah nota ringkas mengikut kreativiti anda. Gunakanlah highligher dan pen berwarna-warni untuk penulisan nota. Sambil menulis anda boleh menghafal. Nota ini adalah untuk anda, bukan Cikgu Sejarah anda. Jadi tulislah sebaik mungkin.
  3. Buat latihan kertas peperiksaan seperti kertas percubaan negeri, kertas sebenar SPM dan juga kertas model yang boleh didapati secara dalam talian serta di kedai buku berdekatan. Anda boleh pilih daripada set soalan tersebut bagi topik-topik yang anda pelajari. Dapat siapkan 3 soalan struktur atau soalan esei dalam masa sebulan pun sudah memadai. Pastikan anda tidak merujuk kepada nota sewaktu menjawab untuk menguji ingatan anda. Lihat pada model jawapan setelah selesai menjawab. Meminta bantuan guru untuk buat semakan adalah lebih baik.
  4. Tahukah anda, soalan KBAT banyak membantu pelajar lemah untuk skor subjek Sejarah? Hal ini kerana untuk menjawab soalan KBAT, anda hanya perlukan teknik. Sekiranya anda lemah, dapatkan bantu daripada yang pakar. MyTutor menyediakan kelas secara bersemuka dan online bagi tunjuk ajar dan skor soalan Sejarah.

Sekian tips dari Cikgu.

Cikgu harap para pelajar dapat memanfaatkan teknik untuk skor subjek Sejarah dalam peperiksaan. Ingat, Sejarah adalah jalan cerita bukan fakta-fakta yang perlu dihafal semata-mata. Fahamkan ceritanya, barulah anda dapat menjiwai jalan cerita sewaktu menghafal. Elakkan daripada mengamalkan sikap bertangguh. Usaha anda pasti membuahkan hasil. In Shaa Allah.

Semoga Bermanfaat dan Selamat Beramal.

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles