8.4 C
New York
Thursday, April 18, 2024
spot_img

Homeschool perception

Banyak tanggapan tentang homeschool. Paling famous, “homeschool ni bukan belajar pun. Main je banyak, belajarnya tak.”

Bagi saya, homeschool ni unik. Uniknya sebab dia tak sama macam pembelajaran biasa dekat sekolah. Boleh main-main, belajar sambil makan, bersembang.

Hakikatnya, anak-anak mula belajar dengan bermain. Perkembangan anak pun, bermula dengan deria sensori mereka. Melihat, menyentuh, mendengar, merasa, dan menghidu. Cara mudah nak aktifkan deria sensori mereka? Ajak mereka bermain 🙂

Saya bagi contoh. Cari binatang ternakan mainan di dalam timbunan pasir. 

Melihat: Anak boleh memerhati bentuk dan warna pasir. Mereka juga melatih deria penglihatan untuk mencari figurine binatang yang tersembunyi.

Menyentuh: Dah jumpa, mesti kena sentuh kan? Mesti anak belek mainan tu sungguh-sungguh sampai dia puas hati.

Mendengar: Pasir ada bunyi kan? Lagi-lagi kalau ibu ayah memilih untuk menggunakan kinetic sand. Soothing sangat! Sambil-sambil tu, bila anak jumpa binatang tersembunyi, boleh bermain bunyi yang dihasilkan binatang tu. Embeekkk! BOOOO!

Merasa: Percayalah cakap saya, budak yang pertama kali main, pertama kali jumpa figurines tu, mesti akan masuk mulut nak rasa. Kalau mula-mula terus pakai pasir betul-betul, haaa, masaklah mak abah nak make sure anak tak makan pasir 😛

Menghidu: Dah rasa, bau pula. Tak pun, bau dulu, baru masuk mulut. Betul tak? Kita selalu tengok anak-anak yang dah mula merangkak, mesti ada habit yang dua ni kan? Bau dan rasa.

Proses yang 5 ni, walaupun nampak macam main-main je, banyak sebenarnya sel-sel otak anak bersambung tau. Jadi it’s not simply playing. Banyak proses pembelajaran yang berlaku 🙂

Previous article
Next article
Teacher Atie
Teacher Atie
Andromeda principal. Suka memerhati orang, terutamanya kanak-kanak.

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles