6.9 C
New York
Friday, March 29, 2024
spot_img

Perkembangan Kanak-Kanak

Seawal ibu mengetahui dirinya mengandung, perkembangan anak di dalam kandungannya menjadi topik penting. Pada minggu ini, anak sudah besar mana, boleh dibandingkan dengan buah apa dan sebagainya. Apatah lagi bila anak sudah dilahirkan. Topik perkembangan kanak-kanak ini tidak akan pernah lari sehinggalah anak-anak itu dewasa.

Secara umumnya, perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada empat; perkembangan fizikal, perkembangan sosial, perkembangan emosi dan perkembangan kognitif.

Perkembangan Fizikal

Perkembangan fizikal melibatkan perkembangan dan kebolehan kanak-kanak menggunakan badan dan otot dalam melakukan sesuatu aktiviti. Perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada dua, iaitu perkembangan motor kasar dan perkembangan motor halus.

Perkembangan Sosial

Perkembangan sosial merujuk kepada bagaimana kanak-kanak berkomunikasi dengan orang di sekelilingnya seperti ibu bapa, adik beradik, guru dan kawan-kawannya. Ia juga merujuk kepada kebolehan anak dalam menyelesaikan konflik.

Perkembangan Emosi

Perkembangan emosi merujuk kepada kebolehan kanak-kanak dalam mengenalpasti, mengekspresi dan mengurus emosi. Selain daripada itu, ia melibatkan kebolehan untuk merasa empati dalam sesuatu perkara.

Perkembangan Kognitif

Perkembangan kognitif merupakan kebolehan dalam belajar dan menyelesaikan masalah. 

Perkembangan kognitif melibatkan pembinaan proses pemikiran, termasuk mengingat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan.

Teacher Atie
Teacher Atie
Andromeda principal. Suka memerhati orang, terutamanya kanak-kanak.

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles