7.2 C
New York
Friday, April 19, 2024
spot_img

Macam mana otak belajar?

Susah orang nak faham, kenapa kanak-kanak perlu banyak bermain. Kita selalu diberitahu bahawa, semasa kecil, kita perlu ajar anak-anak sebanyak yang boleh, kerana otak mereka menyerap ilmu seperti span menyerap air.

Perumpamaan itu betul. Cuma, kita juga selalu lupa, apabila span terlalu penuh dengan air, span tidak akan lagi menyerap air, malah akan mengeluarkan air itu semula.

Begitu juga dengan anak-anak kita tadi. Kita boleh ajar anak-anak kita dengan banyak perkara, banyak bahasa dan banyak skill. Tetapi, sekiranya ia tidak digunakan, lama-kelamaan ia akan hilang.

Jadi, mari saya cerita macam mana sebenarnya otak belajar.

Otak diperbuat daripada sel-sel otak yang kita panggil sebagai neuron. Neuron akan berhubung apabila berlaku interaksi dan otak menerima input daripadanya. Macam mana mereka berhubung? Sama seperti iklan susu yang selalu kita tengok tu 😉

Otak belajar melalui pengalaman.

Setiap pengalaman yang baru, otak akan membina satu rangkaian yang baru. Setiap pengalaman yang sama, otak akan menguatkan rangkaian yang telah dibina sebelum itu. Dan mana-mana rangkaian yang tidak digunakan, lama-kelamaan akan hilang (lupa).

Saya beri contoh.

Masih ingat pengalaman anda belajar memandu? Perasaan mula-mula memegang stereng? Tukar gear kereta, sambil tekan pedal clutch dan minyak? Senang ke susah? Susah kan?

Sekarang? Konfem boleh drive sambil flip hijab 😛

Permulaan kita belajar memandu, otak sedang membina rangkaian di dalam otak mengenai apa yang kita sedang lakukan. Bermula dengan alatan yang berada di dalam kereta. Mana satu stereng, gear, pedal clutch, pedal minyak, pedal brek, cermin sisi dan lain-lain.

Kemudian, kita belajar pula macam mana nak gerakkan kereta dan membawa kereta mengikut ujian yang kita akan jalani bersama pihak JPJ nanti.

Setiap kali kita bawa kereta, rangkaian dalam otak mengenai pengalaman memandu ini, akan menjadi semakin kuat sampailah kita boleh flip hijab sambil drive sekarang 😀

Tapi, cuba kalau lepas dapat lesen, kita tak drive lamaaa sangat. Bila kita nak drive semula, mesti kekok kan? Atau kita dah biasa bawa kereta auto, bila kena bawa kereta manual, haa, mula gelabah macam mana nak control clutch.

Konsep belajar bawa kereta ni, sama je macam mana konsep anak-anak kita belajar.

Kita boleh ajar anak kesemua 7100 bahasa, mereka mungkin boleh faham dalam 5 bahasa yang popular di dunia, tapi semestinya mereka hanya akan fasih cuma bahasa yang sentiasa mereka gunakan dalam kehidupan seharian mereka. Selebihnya, mereka akan lupa.

Tapi apa pula kaitan main dengan belajar?

Haaa, nanti saya sambung dalam post lain. Tungguuu ya 😀

Previous article
Next article
Teacher Atie
Teacher Atie
Andromeda principal. Suka memerhati orang, terutamanya kanak-kanak.

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles