6 C
New York
Friday, April 26, 2024
spot_img

Main & Belajar

Sebagai guru pendidikan awal kanak-kanak, saya selalu menerima aduan dari ibu bapa, anak tak suka nak belajar, nak main je. Baca buku tak nak, menulis tak nak, mengira lagi lah tak nak.

Ada ke ibu bapa yang baca blog ni mengalami kerisauan yang sama?

Sini saya nak kongsi satu rahsia 😉


Betul, anda tak salah baca. Untuk belajar, anak perlu bermain. Kerana, bermain merupakan pekerjaan anak 🙂

Lihat piramid di bawah:

Pyramid of learning, atau piramid pembelajaran, merupakan satu konsep yang dibangunkan oleh terapis cara kerja dan guru pendidikan khas. Piramid ini menggunakan teori sensori bagi menunjukkan kemahiran asas yang menyokong pembelajaran akademik.

Piramid ini menggariskan kemahiran asas di peringkat bawah dan bagaimana kemahiran tersebut membantu kemahiran lain yang berada di peringkat atas.

Peringkat Piramid Pembelajaran

Bahagian bawah piramid adalah central nervous system, iaitu merupakan bahagian otak yang menerima input dari luar, dan menyokong peringkat kedua dan seterusnya hingga ke peringkat kelima.

Lagi berkualiti input yang diterima di central nervous system, akan membantu kepada peringkat sensory system (sistem deria), membantu kepada peringkat sensory motor development (perkembangan deria motor), membantu kepada peringkat perceptual motor development (keberadaan badan sewaktu melakukan pergerakan) dan akhir sekali membantu sewaktu peringkay cognition & intellect (kognitif & intelek) iaitu peringkat yang kesemua ibu bapa mahukan, pandai membaca, menulis dan mengira.

Ini bermakna, perkara pertama yang perlu diberi perhatian supaya anak-anak dapat belajar dengan mudah, adalah dengan memberi anak-anak input sensori (deria) yang cukup supaya otak (central nervous system) menerima input yang berkualiti. Macam mana anak nak dapat input tersebut? Dengan bermain!

Saya beri contoh ya. Anak nak belajar menulis nama.

Untuk menulis, anak perlu boleh memegang pensel. Untuk memegang pensel dengan betul dan membolehkan anak menulis, fine motor skills (kemahiran motor halus) bahagian genggaman, amat-amat diperlukan. Sekiranya anak tidak mempunyai genggaman yang kuat, susah untuk anak boleh memegang pensel, apatah lagi mengawal pensel untuk menulis.

Katakanlah anak boleh memegang pensel dengan elok, macam mana pula dia boleh mengawal pensel dan menulis di bahagian garisan seperti sepatutnya? Adakah dia tahu dan faham konsep menulis di atas garisan tersebut?

Hmmm, apa susah sangat teacher atie explain macam mana nak menulis ni kan? Menulis tu senang je. Tak susah pun.

Betul. Kita rasa senang sebab kita dah biasa buat. Kita sedang bercakap tentang anak kecil yang asyik nak main saja ni. Menulis adalah satu aktiviti yang sukar buat mereka. Proses belajar menulis ni, prosesnya sama macam kita belajar memandu.

Macam mana otak proses bentuk stereng, cara nak kawal pergerakan stereng, sama juga macam mana otak proses bentuk pensel dan cara nak kawal pergerakan pensel. Cuma, ia berada di fail yang berbeza. Dan fail menulis kita dah kukuh, memandangkan kita telah belajar menulis berpuluh tahun lamanya, tetapi anak kita baru belajar beberapa bulan.

Tapi macam mana main boleh membantu?

Kan saya ada sebut berkenaan skill genggaman? Sebelum menulis, ibu bapa boleh buat aktiviti melibatkan aktiviti genggaman dengan anak. Jadi, anak dah ada fail genggaman sedari awal dan fail tu akan ada berbagai jenis bahan genggaman. Dari menggengam mainan, genggam makanan, dan akhir sekali genggam alat tulis.

Peringkat kognitif & intelek, hanya 10% daripada keseluruhan piramid, jadi it makes more sense if we focus more on the other 90% kan? 90% dalam genggaman, 10% jadi mudah je nak skor. Betul tak? 😉

p/s: nak saya share contoh aktiviti yang boleh membantu kemahiran motor halus anak?

Teacher Atie
Teacher Atie
Andromeda principal. Suka memerhati orang, terutamanya kanak-kanak.

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles