12.3 C
New York
Thursday, May 2, 2024
spot_img

Keciciran Hampir 100,000 Pelajar Setiap Tahun Membimbangkan.

Melihat kepada stastitik keciciran saban tahun, sepastinya angka yang ditunjukkan amatlah merisaukan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Untuk Malaysia, Zul Fikri Zamir, kajian di lapangan mendapati hampir 100,000 pelajar dianggap tercicir daripada sistem pendidikan dan ianya realiti yang amat membimbangkan.

Kadar Keciciran Di Malaysia

Menurutnya lagi seramai 25,000 orang pelajar yang telah mendaftar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) namun tidak hadir untuk mengambil peperiksaan tersebut.

“Kita ambil contoh, kita ada lebih kurang 25,000 (pelajar) berdaftar mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tapi tidak hadir.”

“Kebanyakan mereka ini, kita percaya memang tidak hadir ke sekolah… oleh sebab mereka tidak minat atau tidak berniat mengambil SPM… (tapi) nama mereka didaftarkan oleh guru atau sekolah masing-masing.”

“Kedua kita ada lebih kurang 45,000 anak-anak SPM yang tidak berjaya mendapatkan sijil SPM mereka. Antaranya kerana tidak lulus Bahasa Melayu dan Sejarah.

“Ada lebih kurang 400,000 yang menduduki SPM tapi peratusan yang tidak mendapat sijil ini amat menakutkan iaitu lebih kurang 12 peratus,”

Peratusan serta statistik yang dinyatakan amatlah membimbangkan ramai pihak. Penutupan sesi persekolahan selama 42 minggu akibat pandemik COVID-19 sebelum ini juga merupakan antara punca keciciran.

Apa yang menakutkan serta merisaukan ialah kesan jangka panjang terhadap mereka yang telah keciciran ini. Dari segi kualiti kehidupan, sepastinya ianya memberikan impak yang sangat mendalam. Rata-rata pekerjaan di Malaysia memerlukan syarat minima kelulusan SPM.

Jangkaan Keciciran Setiap Tahun

Dijangkakan lebih kurang 70,000 anak-anak kita yang tercicir SPM sama ada tidak hadir atau tidak berjaya mendapatkan sijil terus diramalkan. Zul Fikri Zamir, menyuarakan bahawa satu sistem pemulihan perlu dirangka dalam menyelamatkan golongan pelajar yang tercicir agar hak pendidikan itu diberikan kepada semua rakyat di negara ini.

Kesan daripada keciciran ini juga bukan sahaja dari segi ekonomi negara, tetapi turut memberi kesan kepada produktiviti negara dalam masa lima hingga 10 tahun akan datang.

Peranan Masyarakat Serta Orang Sekeliling

Ibu bapa terutamanya haruslah memainkan peranan yang penting dalam memberikan suntikan semangat untuk anak-anak terus cemerlang dan berjaya dalam kehidupan mereka. Pemantauan prestasi turut digalakkan dan sesuatu haruslah dilakukan apabila keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) tidak memuaskan. Pihak sekolah serta guru juga bolehlah mengambil inisiatif seperti mengadakan kelas tambahan dalam membantu anak-anak ini untuk tidak terus keciciran.

Pelajar juga mempunyai pelbagai pilihan dalam memastikan prestasi pelajaran mereka berada di tahap yang baik. Banyakkan ulangkaji sendirian serta berkumpulan yang dapat membantu sedikit sebanyak di masa senggang. Tidak dilupakan juga bahawa terdapat banyak kelas-kelas tuisyen di luar sana yang dapat juga membantu.

Kelas tuisyen di MyTutor, menawarkan pembelajaran yang lebih terperinci kerana kelas tersebut dapat membantu dari kelemahan yang lebih spesifik terutamanya dalam sesuatu topik yang berfokus.

Edufy.my merupakan platform pembelajaran yang menawarkan kelas akademik dan juga bukan akademik seperti catur dan banyak lagi. Menariknya kelas di Edufy.my adalah kelas mereka sangat interaktif dan juga mereka menyediakan rakaman kelas yang lalu bagi memudahkan pelajar untuk melakukan ulangkaji bila-bila masa sahaja dan di mana jua.

Moga pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh pelbagai pihak dapat membantu mengurangkan isu keciciran di Malaysia. Ke arah masa hadapan yang lebih cerah dan cemerlang!

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles