11.5 C
New York
Thursday, May 2, 2024
spot_img

Wajarkah UPSR & PT3 Dikembalikan?

Hangat isu ini diperkatakan oleh ramai pihak dan sejauh manakah kebenarannya? Wajarkah dua peperiksaan ini dikembalikan semula? Pelbagai soalan yang berlegar-legar dikebanyakan masyarakat kita.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata sistem pendidikan negara sebelum ini dilihat terlalu berorientasikan kepada peperiksaan akademik adalah bersifat ‘high stake’ yang memberi tekanan kepada murid serta guru. – Foto BERNAMA

Mengulas dengan lebih lanjut berkenaan isu kewajaran UPSR dan PT3 dikembalikan, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata sistem pendidikan negara sebelum ini dilihat terlalu berorientasikan kepada peperiksaan akademik adalah bersifat ‘high stake‘ yang memberi tekanan kepada murid serta guru.

Menurutnya lagi, Pentaksiran Bersepadu Sekolah (PBS) dapat menilai murid bukan sahaja berasaskan pencapaian akademik malah merangkumi aspek pembangunan potensi diri atau proses ansur maju kanak-kanak yang tidak tertumpu kepada satu aspek sahaja. Buat maklumat, PBS merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan juga Pentaksiran Pusat (PP).

Ibu bapa di minta untuk memberi ruang kepada PBS dan memantau proses kemajuan anak-anak sehingga habis kitaran PBS. Sistem yang terlalu bergantung terhadap peperiksaan bukanlah sesuatu yang sihat kerana ianya seolah-olah penentu ‘hidup atau mati’. Mengulas lebih lanjut, keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) akan diteliti setelah lengkapnya kitaran PBS.

Menurutnya lagi, PBS sedia ada masih mempunyai ujian akhir akademik namun tidak terlalu ‘high stake’ seperti UPSR atau PT3, malah perkara lain turut dinilai termasuk kemahiran sosial dan bakat murid. PBS bukanlah semata-mata tertumpu pada ujian sahaja.

Sebelum ini, beliau mengumumkan keputusan untuk mengembalikan semula UPSR dan PT3, bergantung kepada hasil pembentangan laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2025 (PPPM 2025) yang akan tamat tiga tahun lagi.

Pada April 2021, pihak kerajaan telah memutuskan untuk UPSR dimansuhkan sepenuhnya mulai 2021 manakala Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dibatalkan bagi tahun sama.

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles