6.8 C
New York
Friday, April 26, 2024
spot_img

Kelebihan Bulan Sya’ban

Sedar atau tidak, masa berlalu dengan cepat sekali. Hari ini, bulan Sya’ban menjelma dan menandakan bahawa tinggal sebulan sahaja lagi ramadan. Sya’ban merupakan bulan baik yang mana ramai mengejar untuk melakukan amalan kebaikan.

Banyak kelebihan pada bulan Sya’ban, maka janganlah kita lalai dan melepaskan peluang yang hadir hanya setahun sekali ini. Terdapat hadis yang telah mengatakan tentang kelebihan bulan Sya’ban seperti di bawah:

ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
Maksudnya: “Itulah bulan (Syaaban) yang mana ramai manusia melalaikannya, iaitu bulan yang berada di antara bulan Rejab dan Ramadan. Saat itu amal manusia diangkat kepada Tuhan semesta alam. Maka aku suka jika amalku diangkat ketika aku sedang puasa.”
(HR an-Nasaie, hadis hasan)

Masih adakah yang belum mengetahui kelebihan bulan Sya’ban? Hari ini, ingin saya kongsikan manfaat serta kelebihan bulan Sya’ban yang mulia ini. Antara kelebihan bulan Sya’ban ialah:

1. Antara Masa yang Mustajab untuk Berdoa

Menurut Imam Syafi’e bulan Sya’ban adalah antara bulan atau waktu yang mustajab berdoa. Maka, perbanyakanlah doa anda. Doalah, mintalah pada Allah S.W.T perkara baik-baik yang dihajati.

Ambillah peluang yang ada untuk berdoa kerana seperti yang kita tahu, bulan Sya’ban hanya hadir satu kali sahaja. Janganlah kita tergolong dalam golongan yang lalai.

2. Persediaan Menuju Ramadan

Selain itu, kita boleh mengambil peluang bersiap sedia menuju Ramadan ketika bulan Sya’ban. Kita boleh mula melatih diri untuk berpuasa sebagai siap saga menuju ke bulan Ramadan nanti. Bukan itu sahaja, perbanyakkanlah solat-solat sunat agar kita juga bersedia untuk solat tarawikh nanti.

Selain itu, amalan seperti bersedekah, membaca Al-quran dan sebagainya juga turut boleh diamalkan. Pastinya kita akan lebih bersedia ketika Ramadan datang menjenguk kita nanti. Lagipun, tidak rugi lakukan semua ini kerana pahalanya tetap kepada kita.

3.  Amalan Tahunan Diangkat oleh Malaikat kepada Allah SWT

Antara hadith-hadith yang menceritakan akan kelebihan bulan Sya’ban berdasarkan hadith yang sahih adalah:

Daripada Usamah bin Zaid RA, beliau berkata: Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan sebagaimana engkau berpuasa di dalam bulan Sya’ban?. Nabi SAW bersabda:

قَالَ : “ذلِكَ شَهْرٌ يَغفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرفَعُ فِيْهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ العَالَمِيْنَ ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عمَلِيْ وأَنَا صَائِمٌ”.

Maksudnya: “Itu adalah bulan yang mana manusia sering lalai akannya iaitu bulan yang berada di antara Rejab dan Ramadhan. Bulan tersebut adalah bulan bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Rabb al-‘Alamin (Allah SWT), maka aku suka ketika amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa”. [Riwayat al-Nasa’ie, Kitab Puasa, Bab Puasa Nabi SAW, no. Hadith 2317]

Makna Hadith

Di dalam hadith di atas yang diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid menunjukkan bahawa Nabi SAW lebih gemar amalannya diangkat ketika baginda SAW dalam keadaan berpuasa. Tambahan pula, bulan Sya’ban adalah bulan yang sering manusia lalai disebabkan bulan ini terletak antara dua bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan dan juga salah satu daripada bulan Haram (Rejab). Telah berkata Ibn al-Qayyim RA:

“Amalan diangkat dan dibentangkan kepada Allah SWT: Amalan tahunan diangkat pada bulan Sya’ban sebagaimana dikhabarkan oleh Baginda SAW dan amalan mingguan pula diangkat pada hari Isnin dan Khamis”. [Lihat: Hasyiah Ibn al-Qayyim bagi Sunan Abu Daud, 12:313]

Selain itu, hadith ini juga menunjukkan bahawa kita digalakkan untuk beramal dan melakukan ketaatan pada waktu manusia sedang lalai. Ini kerana, perbuatan ini amat disukai dan dikasihi oleh Allah SWT.

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles