8.5 C
New York
Thursday, March 28, 2024
spot_img

Halatuju Pendidikan : International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)

APAKAH IGCSE?

IGCSE atau lebih dikenali sebagai International General Certificate of Secondary Education. Program IGCSE Year 11 ini setara dengan program SPM di samping program Sijil British O-Level. Program ini diduduki oleh pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat A-Level, Tingkatan 6, IGCSE Year 12 dan IGCSE Year 13 atau mana-mana pengajian pra-univesiti atau yang setara dengannya.

DURASI PROGRAM IGCSE

Program ini berdurasi selama 5 tahun yakni bermula dengan pelajar Year 7 yang setara dengan pelajar tingkatan 1 KSSM dan berakhir dengan Peperiksaan Akhir Year 11 yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Pelajar boleh menduduki ujian akhir ini seawal 16 tahun.

IGCSE BUAT SIAPA?

Program ini terkenal dalam kalangan ‘homeschoolers‘ dan pelajar dewasa di negara kita. IGCSE diduduki oleh para pelajar dalam lingkungan 14 hingga 16 tahun atau pelajar 15 hingga 17 tahun bergantung kepada tahun kemasukan ke darjah 1. Hal ini memberi kelebihan kepada anak-anak ini untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi pada usia yang lebih muda.

APAKAH SUBJEK YANG DITAWARKAN DALAM PROGRAM IGCSE?

Di Malaysia, lebih 70 subjek ditawarkan dalam program IGCSE. Pelajar dikehendaki untuk mengambil sekurang-kurangnya 5 hingga 14 subjek. Antara subjek terasnya termasuklah bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Walau bagaimanapun, pelajar boleh memilih subjek daripada Aliran Sains Sosial (Bidang Perakaunan, Pengajian Perniagaan, Ekonomi, Sosiologi dan sebagainya), sehinggalah ke aliran Keseniaan dan Teknologi (Seni, Komputeran, Komunikasi dan Teknologi dan lain-lain lagi ).

BILAKAH PEPERIKSAAN IGCSE DIADAKAN?

Peperiksaan ini dijalankan 2 kali setahun yakni pada bulan Mei dan Oktober. Calon menduduki sijil ini di sekolah-sekolah swasta dan juga di pusat peperiksaan yang ditetapkan. Keputusan peperiksaan akan diumumkan pada bulan Ogos dan Januari.

PENSIJILAN IGCSE

Apabila merumuskan soal pensijilan, program ini dianggap menarik kerana tiada subjek wajib lulus ditetapkan. Hal ini kerana calon akan dianugerahkan dengan 1 sijil bagi setiap subjek. Sekiranya calon mengambil 5 subjek, 5 sijil akan diterima oleh calon tersebut.

APAKAH GRED YANG DIGUNAKAN DALAM PROGRAM IGCSE?

Berikut merupakan senarai gred bagi program IGCSE : A*, A, B, C, D, E, F ,G dan U.

Gred yang tertinggi ialah A* . Pelajar diberikan gred A* hingga G.

Berikut merupakan struktur gred yang digunakan serta struktur gred terbaharu.

Gred yang digunakanGred terbaharu
Gred A* – GGred 9 -1
A*9
A7-8
B5-6
C4-5
D2-3
E2
F1-2
G1
UU

Calon yang mendapat markah kurang daripada G akan dikelaskan sebagai U (Ungraded) yang bererti pelajar tidak dinilai dan mengakibatkannnya gagal untuk mendapatkan sisjil.

MENGAPA IGCSE PILIHAN YANG TEPAT BUAT ANAK ANDA?

IGCSE sesuai buat calon yang memiliki kemahiran dalam semua peringkat. Untuk pengetahuan anda, sistem peperiksaan ini membahagikan peringkat kesukaran soalan mengikut tahap supaya dapat memenuhi keperluan calon dalam bidang akademik. Hal ini memberikan pelajar yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua ini lebih banyak masa untuk belajar sebelum peperiksaan. Hal ini dikatakan demikian kerana hampir semua ujian akan diduki oleh calon bagi setiap peringkat. IGCSE merupakan pilihan yang baik sekiranya anak anda dapat menguasai perhubungan antara mempelajari ilmu dan pengaplikasian ilmu dalam peperiksaan yang bakal diduki.

Perkara yang lebih penting dalam pemilihan IGCSE adalah pemilihan universiti bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pembelajaran tinggi. Keputusan IGCSE boleh juga boleh digunakan bagi menggantikan keputusan Diploma – International Baccalaureate mahupun A-Level. Sijil ini memiliki pengiktirafan yang tinggi sebagai pengiktirafan pendidikan antarabangsa oleh universiti di Eropah yang mengambil kelulusan sijil IGCSE, Diploma – International Baccalaureate dan A-Level.

Semoga bermanfaat!

Related Articles

Stay Connected

0FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles