Isu hala tuju pendidikan anak-anak hari ni sering kali menjadi kebimbangan buat ibu bapa. Kami sering mendapat panggilan daripada ibu bapa mengenai pemilihan terbaik untuk anak – anak – IGCSE atau SPM? Suatu perkara yang tidak dapat disangkal, dalam dunia hari ini ialah ibu bapa sanggup berhabis wang ringgit demi memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anak. Sebagai contohnya, di MyTutor, lebih daripada 20 000 ibu bapa yang mengambil kelas tuisyen secara bersemuka mahupun secara dalam talian sepanjang tahun 2022. Boleh anda bayangkan betapa pesatnya industri pendidikan berkembang saban tahun? Jadi, tidak hairanlah jika ibu bapa meletakkan pemilihan aliran dan hala tuju pendidikan sebagai keutamaan dalam penentuan masa depan anak-anak.
Berikut merupakan perbandingan antara program IGCSE dan SPM:
SPM | IGCSE | |
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Sejarah Matematik Pendidikan Islam / Pendidikan Moral Sains | Subjek Teras | Bahasa Inggeris Matematik Sains |
6 hingga 12 subjek | Bilangan Subjek | 5 hingga 14 subjek |
Calon wajib mengikuti silibus yang ditetapkan pada setiap tahun daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Calon akan menduduki SPM setelah menamatkan 11 tahun persekolahan. | Durasi | Calon menduduki peperiksaan akhir dan menamatkan pendidikan sekolah menengah seawal usia 16 tahun |
A+, A, A-, B+, B, B- C+, C D E G | Gred | A*, A B C D E G U |
Bahasa Melayu ( Wajib dapatkan gred C untuk mendapatkan sijil) Sejarah | Subjek Wajib Lulus | Calon IGCSE diberikan sijil bagi setiap subjek (Contoh: 5 sijil bagi 5 subjek) |
Pengiktirafan
Kedua-dua program yakni SPM mahupun IGCSE merupakan peringkat pendidikan yang sama. Kedua-dunya mendapat pengiktirafan yang setanding.
Kedua-dua program ini membolehkan calon untuk memasuki kolej atau program-program seperti prauniversiti, diploma dan sebagainya.
IGCSE VS SPM
Sekiranya anda merancang anak-anak untuk memasuki universiti tempatan atau matrikulasi pilihan yang terbaik adalah dengan mengambil SPM.
Sebaliknya, jika penentuan hala tuju anak-anak adalah untuk dihantar ke universiti swasta tempatan atau luar negara, pilihan terbaik adalah dengan menduduki program IGCSE.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan kelas tuisyen bagi program pendidikan, sila layari mytutor.my dan edufy.my hari ini!
Sebagai kesimpulannya, dalam pemilihan aliran mahupun hala tuju pendidikan, sebagai ibu bapa, anda perlu:
- Kenal pasti kekuatan dan kelemahan anak anda
- Adakah anak anda mahir dengan subjek tertentu atau mahir dalam skor soalan struktur peperiksaan?
- Atau adakah mereka bagus dalam menguasai kepelbagaian subjek dan tugasan?
- Kenal pasti minat anak anda. Adakah anak anda sudah menetapkan bidang yang ingin dipelajari?
- Jika ya, anda perlu berhati-hati dalam pemilihan subjek yang bersesuaian dengan bidang yang dipilih.
- Kenal pasti pemilihan subjek anak anda.
- Jika subjek seperti Sains yang merupakan subjek wajib lulus bagi memenuhi sijil akhir anak anda, dan bukannnya subjek yang diperlukan untuk sambung pembelajaran, oleh itu ianya tidak menjadi suatu kepentingan buat anak anda. Pada peringkat universiti tidak memerlukan aliran pembelajaran yang berbeza, tetapi lebih menekankan gred yang tinggi.
Semoga bermanfaat.