24.2 C
New York
Tuesday, September 17, 2024
spot_img
Home Blog Page 10

SPM 2022 | Peperiksaan bermula hari ini 30 Januari, melibatkan 403,637 calon

Menurut Kementerian Pendidikan, seramai 403,637 akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 bermula hari ini iaitu 30 Januari hingga 15 Mac. Ianya melibatkan ujian amali Sains, ujian bertutur, ujian mendengar dan peperiksaan bertulis.

Berikut merupakan jadual Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 bagi:

UJIAN AMALI SAINS
UJIAN BERTUTUR BAHASA MELAYU
UJIAN BERTUTUR BAHASA INGGERIS
UJIAN MENDENGAR BAHASA MELAYU
UJIAN MENDENGAR BAHASA INGGERIS

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2022

Kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang bakal menduduki SPM 2022. Semoga dipermudahkan segala urusan dan memperoleh kejayaan yang cemerlang. Amin.

Tips Kuasai Pelbagai Bahasa

0

Kuasai bahasa, kuasai dunia

Inilah laungan yang biasa diperdengarkan kepada umum. Hebat, bukan sekiranya kita menguasai pelbagai bahasa. Senang nak berkomunikasi, keyakinan diri lebih tinggi, mudah dapat kerja dan banyak lagilah!

Jom ketahui tips kuasai pelbagai bahasa dengan cepat.

Secara umumnya kita mempelajari sesuatu dengan 3 kaedah:

a) visual

  • Pembelajaran melalui pembacaan dan tontonan.
  • Anda boleh menggunakan pendekatan bahan seperti gambar, video dan teks petikan.

b) auditori

  • Pembelajaran melalui kaedah mendengar
  • Anda boleh menggunakan pendekatan seperti muzik dan audio siar (podcast)

c) kinestetik

  • Pembelajaran melalui pergerakan tubuh dan muka

Untuk meningkatkan dan mempercepat tahap pemahaman dan pembelajaran bahasa, anda boleh gunakan ketiga-tiga kaedah ini.

Jom, ketahui kaedahnya:

  1. Tonton filem atau drama dan video pendek bahasa ketiga (Visual)
    • Anda boleh buka sari kata (subtitle) sebagai bantuan untuk anda
    • Pastikan anda mencari 10 perkataan daripada tontonan
      • Pilih golongan kata seperti ucapan selamat, kata kerja dan sebagainya.
    • Catat! Berlatihlah untuk menyebut perkataan-perkataan tersebut. Anda juga boleh google untuk mendapatkan ulang suara sebutan dan bunyi yang betul.
  2. Dengar lagu bahasa asing yang anda sedang pelajari (Auditori)
    • Dengar lagu yang berlainan bahasa boleh memperbaiki atau meningkatkan daya penggunaan kita dalam sesuatu bahasa tersebut.
    • Anda boleh menulis semula lirik tersebut dan cari terjemahannya untuk memahami setiap baris lagu.
    • Salin 10 kosa kata dan praktis sebutan setiap hari.
  3. Gunakan pergerakan tubuh dan emosi muka dalam pembelajaran (Kinestetik)
    • Untuk mengingati sesuatu perkataan, anda boleh menggunakan pergerakan tubuh seperti membuat gaya merapatkan tangan ke bibir untuk menunjukkan isyarat makan sambil menyebut perkataan tersebut
    • Gunakan ekspresi muka dengan betul apabila menyebut perkataan yang mempengaruhi perasaan
  4. Hadiri kelas Tambahan
    • Sekiranya anda rasa tidak ada masa untuk belajar Bahasa Inggeris dengan sendiri. Anda boleh cuba luangkan masa dengan mengambil kelas tambahan Bahasa Inggeris untuk beberapa jam dalam seminggu atau beberapa hari dalam sebulan.
    • Menghadiri kelas tambahan untuk Bahasa Inggeris sebenarnya lebih bagus kerana ada guru yang dikhaskan untuk memberi tunjuk ajar dan rakan sekelas yang boleh sama-sama membantu anda dalam mempelajari Bahasa Inggeris. Kalau rasa tidak boleh pergi secara fizikal, boleh juga ambil kelas online seperti di MyTutor. Boleh uruskan jadual dan pilih waktu sendiri. Anda juga boleh mendapatkan kelas bahasa dengan harga termurah di Edufy.
    • Bertuturlah dengan yakin bersama tutor anda. Dengan latihan bertutur, anda dapat menguasai bahasa asing dengan baik.

Mudah, bukan? Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Pembelajaran kini hanya di hujung jari anda. Jom, kuasai pelbagai bahasa dengan cepat. Usaha Tangga Kejayaan.

Semoga bermanfaat.

Strategi Skor Matematik SPM

  1. Ketahui format soalan, skema pemarkahan dan topik-topik penting yang perlu dikuasai pada setiap bahagian.

FORMAT SOALAN

Secara amnya, terdapat 53 topik Matematik Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang boleh keluar dalam kertas 1 dan kertas 2 Matematik SPM. Banyak, bukan?

Oleh itu, para pelajar seawal Tingkatan 1 perlu menitik beratkan setiap topik Matematik kerana ini akan mempengaruhi masa untuk mengulang kaji semula dari peringkat awal.

Namun demikian, jika anda merupakan calon SPM dan memiliki masa kurang daripada 6 bulan, adalah penting untuk anda memberikan sepenuh tumpuan pada topik-topik tingkatan 4 dan 5.

SKEMA PEMARKAHAN

Kertas 1 – 40 markah

  1. Terdapat 40 soalan Objektif Aneka Pilihan (soalan pilihan A, B, C dan D) yang membawa kepada 40 markah.
  2. Dalam kertas ini, terdapat 20 soalan mudah, 12 soalan sederhana dan 8 soalan susah.
  3. calon mempunyai masa sebanyak 1 jam 15 minit sahaja (75 minit). Oleh itu, pengurusan masa adalah sangat penting.
    • Bagi setiap soalan, cadangan masa menjawab adalah selama 1 minit sahaja.
    • Oleh itu bagi 40 soalan, anda memerlukan masa 40 minit. Sangat penting untuk anda menjawab soalan yang anda faham dan mahir terlebih dulu.
    • Baki 35 minit lagi bolehlah digunakan untuk menjawab soalan yang ditinggalkan dan semakan soalan yang sudah dijawab.

TIPS LULUS KERTAS MATEMATIK SPM:

Fokus untuk menjawab 20 soalan mudah yang boleh menggunakan teknik melihat dan penggunaan kalkulator.

Kertas 2 – 100 markah

  1. Terdapat 3 bahagian bagi kertas ini:
PerkaraBahagian ABahagian BBahagian C
Jenis SoalanRespons terhadStruktur TerhadStruktur
Bilangan Soalan10 52 soalan
(Jawab 1 soalan sahaja)
Markah40%45%15%
Cadangan masa bagi setiap soalan3 hingga 5 minit per soalan12 minit
per soalan
20 minit
per soalan
Markah bagi setiap soalan2 hingga 6 markah7 hingga 12 markah15
markah

2. Bagi pelajar lemah, fokus pada bahagian B yang membawa lebih banyak markah.

3. Pastikan anda menepati masa

TIPS LULUS KERTAS MATEMATIK SPM:

Anda memerlukan 40 markah daripada 100 markah untuk lulus atas (D).

Namun demikian, anda digalakkan skor 50 markah bagi kertas ini untuk mendapatkan sekurang-kurangnya gred kepujian (C) bagi memudahkan kemasukan ke mana-mana kursus pengajian di universiti yang anda pilih kelak.

KUASAI TOPIK KERTAS 2 SPM


#
TopikTingkatanBab
1Fungsi KuadratikTingkatan 41
2Penaakulan LogikTingkatan 43
3Operasi SetTingkatan 44
4Rangkaian dalam Teori GrafTingkatan 45
5Ketaksamaan LinearTingkatan 2 &
Tingkatan 5
4 (T5)
6Graf GerakanTingkatan 2 &
Tingkatan 4
7 (T4)
7Kebarangkalian bergabungTingkatan 48
8Sukatan Serakan Tak KumpulTingkatan 48
9MatriksTingkatan 52
10InsuransTingkatan 53
11PercukaianTingkatan 54
12TransformasiTingkatan 2 &
Tingkatan 5
5 (T5)
13TrigonometriTingkatan 3 &
Tingkatan 5
6 (T5)
14Sukatan Serakan TerkumpulTingkatan 57
15Graf FungsiTingkatan 35
16Pelan dan DongakanTingkatan 37
17Garis LurusTingkatan 39
18Matematik PenggunaTingkatan 33

2. Bersedia seawal Tingkatan 4. Buatlah latihan kertas model bagi setiap topik yang telah dikuasai. Anda boleh mula membuat kertas model SPM seawal anda menghabiskan topik-topik penting Tingkatan 4 (seperti yang dinyatakan di atas).

3. Anda juga boleh muat turun dan menjawab soalan-soalan percubaan SPM secara dalam talian. PERCUMA sahaja. Jangan lupa muat turun skema jawapan sekali ya! Boleh buat semakan selepas menjawab dan lihat pada skema untuk penyelesaian soalan yang tidak diketahui.

4. Sekiranya, anda lemah, langgan kelas tuisyen:

  • Mytutor menyediakan platform khusus buat ibu bapa yang ingin mendapatkan tutor untuk membantu anak-anak menguasai bidang akademik secara bersemuka dan dalam talian dengan bantuan tutor-tutor yang berkualiti.
  • Edufy pula merupakan platform pembelajaran secara dalam talian yang menyediakan kelas tuisyen secara berkumpulan, seminar, kelas pecutan UASA serta SPM dan berbagai-bagai kursus untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

5. Jangan tunggu pada saat akhir untuk mempersiapkan diri anda bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang.

6. Jangan mudah berputus asa. Untuk skor Matematik, setiap pelajar perlu memahami topik dan melakukan latihan. Oleh itu, dampingi guru yang mampu membantu anda untuk skor serta membuat latihan kendiri.

7. Usaha tangga kejayaan. Praktis, praktis dan praktis!

Semoga anak-anak yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipermudahkan urusan kalian untuk meraih kecemerlangan.

Semoga bermanfaat.

Tips Skor Bahasa Melayu SPM

0

Sebagaimana yang kita maklumi, bahasa Melayu merupakan subjek wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bahasa Melayu merupakan bahasa yang tidak asing dalam kalangan pelajar di Malaysia tidak kiralah sama ada anda berada pada mana-mana tahap dalam bidang pendidikan.

Perkara yang paling membimbangkan apabila para pelajar hari ini mungkin boleh bertutur dengan baik dalam bahasa Melayu, tetapi mendapat keputusan yang kurang memuaskan dalam peperiksaan.

Tahukah anda, untuk skor bahasa Melayu, anda memerlukan cara yang betul.

  1. Ketahui format
FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM KERTAS BAHASA MELAYU MULAI TAHUN 2021

Seperti yang dapat anda lihat dalam lampiran di atas, terdapat 4 kertas yang bakal diduduki oleh calon SPM.

Kertas 1 (1103/1) – Kemahiran menulis

Kertas 2 (1103/2) – Kemahiran membaca dan pemahaman

Kertas 3 (1103/3) – Kemahiran bertutur

Kertas 4 (1103/4) – Kemahiran mendengar

Pada setiap kertas, penting untuk anda ketahui bilangan soalan, jumlah markah, tempoh masa dan cara penandaan serta pemarkahan.

2. Berapakah markah minimum untuk memasuki Institut Pengajian Tinggi?

Untuk mendapatkan sijil bagi peperiksaan SPM, para pelajar perlu mendapatkan sekurang-kurangnya gred C.

Berikut merupakan lampiran bagi gred semua mata pelajaran SPM

MarkahGredNilai Gred
90-100A+Cemerlang Tertinggi
80-89ACemerlang Tinggi
70-79A-Cemerlang
65-69B+Kepujian Tertinggi
60-64BKepujian Tinggi
55-59C+Kepujian Atas
50-54CKepujian
45-49DLulus Atas
40-44ELulus
0-39GGagal
THTHTidak Hadir

Calon dikategorikan sebagai lulus atau mencapai tahap minimum sekiranya mereka mendapat gred D tetapi, bagi mendapatkan sijil, pelajar dikendaki mendapatkan gred C (markah minimum: 50 markah) sebagai kriteria minimum.

Keseluruhan kertas bahasa Melayu merangkumi 300 markah. Oleh itu, markah kumulatif minimum bagi keempat-empat kertas ini adalah sebanyak 150 markah bagi mendapatkan sekurang-kurangnya gred C.

3. Ketahui cara penandaan kertas dan skema pemarkahan

Kertas 1

Dalam kertas penulisan ini, adalah sangat penting untuk anda mengetahui skema penandaan kertas.

  1. Pemeriksaan dijalankan secara holistik.
  2. Kesalahan format hendaklah ditolak 2 markah.
  3. Kesalahan ejaan hendaklah hendaklah ditolak 1/2 markah dan maksimum 3 markah. Tiada penolakan markah bagi kesalahan yang berulang.
  4. Cara menanda kesalahan isi, ejaan dan tanda baca :
    • ( ) =kesalahan isi/fakta
    • _____ =kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan
    • / =kesalahan ejaan dan huruf besar (nama khas)
    • // =kesalahan ejaan berulang
    • 0 =kesalahan tanda baca

Kertas 2

Bahagian A

  • Soalan 1 – 8 markah

Morfologi – Tatabahasa + Binaan Ayat

Kuasai 10 topik tatabahasa berikut:

a) Kata Tunggal

b) Kata Majmuk

c) Akronim

d) Kata Terbitan

e) Kata Ganda

f) Kata Pemeri

g) Golongan Kata Nama

h) Golongan Kata Adjektif

i) Golongan Kata Tugas

Pastikan anda memahami dan menguasai setiap topik tatabahasa berikut.

Pastinya 8 markah pada bahagian ini dalam genggaman anda.

Tips tambahan: Pastikan anda menyenaraikan tatabahasa mengikut kehendak soalan terlebih dahulu, sebelum membina ayat. Anda dibenarkan untuk membina ayat cakap ajuk. Pastikan anda mematuhi peraturan tanda baca. Binaan ayat mestilah mengandungi subjek dan predikat. Pastikan ayat anda gramatis.

  • Soalan 2 – 6 markah

Sintaksis

a) Subjek dan predikat

b) Jenis Ayat

c) Pola Ayat

d) Mencerakin , Menyambung dan Melengkapkan Ayat

e) Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

f) Ragam ayat : Ayat Aktif dan Ayat Pasif

: Ayat Bersusunan Biasa dan Ayat Bersusunan Songsang

Ada 6 bahagian sahaja untuk dikuasai. Mudah, bukan?

  • Soalan 3 – 11 markah

Penyuntingan

  1. Aspek yang perlu difokuskan:

i) Kata dan istilah

a) istilah mengikut konteks

b) Kata Pemeri

c) Kata Nama

d) Kata Sendi Nama

e) Kata Sendi

f) Kata Ganda

g) Kata Bilangan

h) Kata Tanya

ii) 10 jenis kesalahan ejaan

a) Penggunaan tanda sempang

b) Kesalahan huruf besar dan huruf kecil

c) Ejaan dirapatkan atau dijarakkan

d) Pola Kelainan Vokal

e) Pola Kelainan Konsonan

f) Pola Keselaran Vokal

g) Kata pinjaman Bahasa Inggeris

h) Kata pinjaman Bahasa Arab

i) Kata pinjaman Bahasa Jawa

j) Kata Majmuk

iii) Kesalahan tatabahasa

a) Hukum D-M

b) Frasa Kerja Transitif dan Frasa Kerja Tak Transitif

c) Frasa kerja Pasif (Kata Ganti Diri Pertama dan Kata Ganti Diri Kedua)

d) Frasa Sendi Nama

e) Frasa Nama Jamak

f) Frasa Adjektif

Nampak banyak, tetapi sekiranya anda rajin membuat kertas-kertas model SPM dan kertas percubaan SPM Negeri serta kertas SPM yang lepas, anda akan jumpa pelbagai jenis soalan dengan kesalahan berulang. Cuba dahulu. Tak kenal, mak tak cinta!

  • Soalan 4

Bahasa Melayu Standard – Menukarkan bahasa Melayu Klasik kepada bahasa Melayu Moden.

Dalam bahagian ini, anda perlu ketahui tekniknya.

a) Baca dan fahami maksud

b) Gugurkan bahasa klasik

c) Kekalkan bahasa Istana

d) Kekalkan bentuk ayat (Contoh: Ayat Ajuk)

Ada hanya perlu menukarkan 3-6 ayat bagi mendapatkan 6 markah.

  • Soalan 5

Peribahasa

Ketahui jenis peribahasa

a) Simpulan bahasa

b) Perumpamaan

c) Bidalan

d) Pepatah

e) Perbandingan

Bahagian B

  • Soalan 6 – Petikan Umum
  • Soalan 7 – Petikan Sastera

Kedua-dua bahagian ini merangkumi 25 markah.

Berikut merupakan deskripsi kepada markah pada bahagian ini:

  • Bagi soalan 2 markah memadai 2 isi
  • Bagi soalan 3 markah memadai 2 isi
  • Bagi soalan 4 markah memadai 3 isi

Peringatan: Dalam hal ini, anda perlu menyalin semula kehendak soalan dan jawapan tidak ditulis dalam bentuk ‘point‘. Gunakanlah penanda wacana sekiranya jawapan anda melebihi satu ayat.

Soalan 8 : Novel (10 markah)

Soalan 8 (i)

  • 4 markah
  • Memadai 3 isi
  • Semua isi terdapat dalam petikan pendek.
  • Baca soalan dengan teliti dan pilih jawapan yang tepat.

Soalan 8 (ii)

  • Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dikaji.
  • Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
  • Markah isi, maksimum 4 markah.
    • Memadai 3 Isi
    • 1 markah bagi huraian , contoh yang lengkap dan jelas bagi setiap peristiwa.
  • Markah bahasa maksimum 2 markah.
    • Markah bahasa diberi secara impression.
    • Baik : 2 markah
    • Lemah : 1 markah
    • Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk Bahasa.
    • Calon yang tidak menjawab 0 markah.

Bahagian C

Rumusan – 30 markah

a) Memahami fokus soalan

b) Bagi setiap fokus, pelajari cara untuk mengenal pasi isi

C) Ketahui cara binaan penutup ayat – Gunakan teknik

(Contoh: Teknik PeCAH – Pendapat, Cadangan dan Harapan)

4. Skor dengan teknik pada setiap bahagian

Dalam hal ini, anda boleh menggunakan pelbagai teknik yang dianjurkan oleh mana-mana pihak di luar sana. Pastikan anda menggunakan satu teknik dan kuasai teknik tersebut. Berlatihlah supaya anda dapat kuasai setiap teknik dengan baik.

Sebagai contoh:

Teknik IMBaKUP merupakan teknik yang sering digunakan oleh para guru dalam pembinaan isi karangan. Pastikan anda kuasai setiap teknik dengan baik sebelum anda gunakannya dalam peperiksaan.

Sekian sahaja perkongsian kali ini.

Untuk mendapatkan khidmat tuisyen, anda boleh layari mytutor dan edufy

Penguasaan pembelajaran hari ini di hujung jari anda sahaja.

Pastikan anda melangkah ke dewan peperiksaan dengan penuh keyakinan!

Flipped Learning – Lebih Efektif.

Pendidikan pada masa kini menuntut tenaga pengajar untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran masing-masing. Teknik pengajaran dan pembelajaran secara tradisional kinidikatakan bukan lagi satu kaedah yang terbaik dalam proses menyampaikan ilmu dan pendidikan yang kini berteraskan ICT.

Untuk melahirkan generasi yang berkemahiran tinggi, berinovasi serta berdaya saing, sistem pendidikan yang diguna pakai sekarang haruslahmengalami transformasi dan berubah kepada pendidikan yang berteraskan ICT.

Pernah dengar apa itu flipped learning atau flipped classroom? Flipped Classroom dikesan mula aktif dipraktiskan seawal tahun 2007 oleh guru Kimia di Woodland Park High School. Kemudian, flipped classroom semakin mendapat tempat dalam kalangan pendidik dengan wujudnya Khan Academy.

Kebiasaannya jika pembelajaran adalah menggunakan kaedah kelas tradisional, guru hanya akan mengajar, mengajar dan mengajar di dalam kelas. Sejurus itu, murid akan pulang ke rumah dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru di sekolah. Di dalam situasi ini sebenarnya, murid hanya menggunakan kemahiran
aras rendah sahaja dalam mengingati dan memahami sesi pembelajaran dan pengajaran yang telah berlaku.

Flipped Classroom merupakan model pendekatan pengajaran yang mengalihkan masa pengajaran di dalam kelas kepada tontonan video di luar kelas. Maka waktu kelas digunakan sepenuhnya untuk melakukan aktiviti kolaborasi dan pengukuhan kepada pelajar secara individu. 

Erti kata mudahnya, pelajar diberikan video untuk ditonton sebelum masuk ke dalam kelas. Di dalam kelas, guru hanya akan menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran dengan aktiviti. sahaja. Di sini guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan membantu pelajar mendapat kefahaman yang betul berkenaan topik terbabit.

Flipped Classroom boleh dikatakan berkait rapat dengan strategi pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Ianya efektif dalam membantu guru-guru membina kemahiran 4K1V pelajar untuk menghadapi cabaran masa hadapan.

Kelebihan Flipped Classroom

Antara kelebihan menggunakan Flipped Classroom adalah :

1) Menggalakkan murid atau pelajar untuk berinteraksi dan berkolaborasi sesama rakan

2) Menggalakkan penglibatan murid yang lebih aktif

3) Pembelajaran lebih berpusat, tidak hanya mengajar

4) Menggalakkan ‘independent learning’

5) Meningkatkan keupayaan murid untuk bekerja secara individu

Seronok Sebenarnya Flipped Classroom!

Sebenarnya flipped classroom ini lebih menarik kerana pelajar akan melakukan eksplorasi mereka sendiri. Apabila mereka yang melakukan eksplorasi sendiri, sepastinya input yang diterima lebih efektif, berkesan dan memberi makna.

Apakah pandangan anda berkenaan flipped classroom?

Hala Tuju Pendidikan Malaysia: Memahami Konsep Sijil Kemahiran Malaysia

0

“Tak kenal, maka tak cinta”

Perumpamaan ini sesuai sekali bagi menggambarkan situasi ibu bapa yang sering mengklasifikasikan bahawa Sijil Kemahiran Malaysia ini tidak setaraf dengan sijil-sijil lain yang ditawarkan di negara kita. Walhal, masih ramai yang tidak mengetahui bahawa Sijil Kemahiran Malaysia ini ibarat jalan pintas buat anak-anak hari ini untuk menamatkan pelajaran seawal usia sekaligus menempatkan mereka dalam bidang kerjaya dengan pendapatan yang lumayan.

Oleh itu, dalam penulisan kali ini, kita akan bersama-sama menelusuri elemen-elemen yang terdapat dalam Sijil Kemahiran Malaysia

Pensijilan

Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia bagi semua kaedah persijilan iaitu pentauliahan, sistem latihan dual nasional dan penilaian pencapaian terdahulu.

Berikut merupakan lima (5) tahap persijilan:

  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
  • Diploma Kemahiran Lanjutan Malaysia (DKLM) Tahap 5

Secara amnya, pelajar yang menduduki SKM belajar selama 1 tahun hingga 3 tahun (bergantung kepada program) untuk memperolehi kemahiran serta Sijil Kemahiran Malaysia bidang masing-masing. Pelajar boleh mendaftar di pusat bertauliah seawal usia 15 tahun.

Program Kemahiran
(SKM)
AspekProgram Akademik
(Diploma/Ijazah
dan seantara dengannya)
20% hingga 30%Kemahiran Teori60%
70% hingga 80%Amali40%
Perbandingan aspek kemahiran teori dan amali dalam program kemahiran dan program akademik

3 kaedah mendapatkan Pensijilan Kemahiran Malaysia

1. Latihan di Institusi yang Diiktiraf

Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.

2. Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)

Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.

3. Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)

Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan).

Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik oleh JPK

Faedah Persijilan Kemahiran Malaysia

yes Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia

yes Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.

yes Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

yes Kebolehpasaran graduan kemahiran adalah lebih tinggi berbanding dengan graduan universiti (diploma/degree/masters/PhD)

Hal ini menjadikan lepasan graduan SKM mudah diterima untuk mengisi kekosongan jawatan yang tersedia dalam industri dan pasaran dalam negara kita.

83.1 peratus graduan KV mendapat pekerjaan mengikut bidang pilihan dalam tempoh tiga bulan selepas graduasi, sekali gus membuktikan mereka menerima pengiktirafan daripada industri.

PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (BPTV), ZAINUREN MOHD NOR

yes Lepasan SPM dan PT3 yang gagal juga dapat meraih pendapatan sehingga RM20, 000 sebulan.

Kemahiran teknikal pemegang SKM mendapat permintaan tinggi dalam industri. Oleh itu, tidak mustahil untuk pemegang SKM juga boleh mendapat pendapatan melebihi 5 angka sebulan, walaupun bekerja di bawah pengurusan majikan. Sebagai contoh dalam bidang minyak & gas (Oil & Gas), pekerjaan kimpalan bawah air (underwater welding) dan perpaipan (jurugegah) tidak kurang pentingnya dalam bidang ini.

Begitu juga bagi lepasan graduan dalam pensijilan ini yang menjadi majikan dalam menjalankan perniagaan sendiri yang pendapatan perniagaan mereka mencecah sejuta setahun seperti bidang kecantikan yang membuka francais dan juga penternak dan peladang yang merupakan lepasan graduan SKM.

yes Sijil Kemahiran Malaysia diterima di industri dan luar negara.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa graduan SKM yang memohon kerja di luar negara seperti UAE (Dubai), China (Beijing) dan Perth (Australia) melepasi kriteria-kriteria yang ditetapkan, sekaligus menyebabkan mereka diterima bekerja di sana dengan mudah.

Kelayakan Persijilan Kemahiran Malaysia

Syarat minimum menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia Kaedah Pertauliahan melalui Institusi Latihan yang diiktiraf, calon-calon mestilah :

yes Berusia sekurang-kurangnya 15 tahun

yes Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

yes Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.

Carian Pusat Bertauliah dan Program-program yang ditawarkan

https://www.myspike.my/index.php?r=umum-pb%2Findex-umum

Program Sijil Kemahiran VS Program Sijil Akademik

Pemegang Sijil KemahiranAspekPemegang Ijazah
PelaksanaCiri-Pemikiran lebih tajam diasah
-Memiliki kemahiran fikiran kritikal yang lebih tinggi
Melaksanakan kerja-kerja pelbagai industri seperti perkilangan, perladangan, perhotelan dan sebagainyaKategoriPembuat keputusan, memikirkan dan merancang aspek kerja dengan teliti (termasuklah Akta, Peraturan & SOP)

Sebagai kesimpulannya, kedua-dua sijil ini memainkan peranan yang penting.

Kalau dah ada sijil kemahiran, berusahalah untuk sambung ke peringkat Ijazah.

Apakah kebaikan sijil kemahiran + Sijil Akademik?

a. Mudah mendapat kenaikan pangkat ( Kebanyakan sektor swasta tidak perlukan Ijazah kelulusan MQA untuk kenaikan pangkat)
b. Berupaya meningkatkan status sosial dan membanggakan ahli keluarga serta menjadi suri teladan kepada anaka-anak anda kelak. Ilmu itu penting dan ilmu yang bermanfaat boleh bawa hingga ke penghujung hayat.
c. Membolehkan pelajar menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti Ijazah, Master dan Phd pada masa akan datang jika berminat.

Begitu juga sebaliknya, kalau dah ada Ijazah, adalah menjadi suatu kebaikan jika anak-anak dapat belajar kemahiran teknikal (jangka pendek/panjang) ataupun persijilan melalui pengalaman kerja terdahulu (PPT).

Menarik, bukan? Kenapa perlu memilih salah satu sekiranya anda boleh mendapatkan kedua-duanya sekali!

Semoga bermanfaat.

Ramadan – Kurang 60 Hari Lagi.

0

Sedar atau tidak kurang daripada 60 hari lagi ramadan bakal menyusul tiba. Jadi, apa perancangan kita untuk ramadan kali ini? Khatam Al-Quran? Bersedekah setiap hari? Puasa penuh bagi anak-anak kecil? Solat terawih setiap hari? Apa pun perancangan, semoga urusan kita semua dipermudahkan. Amin.

Ramadan adalah bulan yang sangat istimewa dan ketika inilah ramai muslimin dan muslimat berlumba-lumba untuk melakukan amalan-amalan kebaikan dalam mengejar pahala serta mendapatkan ganjaran yang berlipat ganda. Bulan yang indah serta tenang bagi kita semua.

Jagalah setiap tingkah laku, perbuatan serta percakapan kita. Sebenarnya, bukan hanya pada bulan ramadan sahaja kita perlu jaga, ,malahan setiap hari. Jadilah orang yang baik serta berguna terhadap masyarakat sekeliling kita. Pasti hidup menjadi lebih mudah.

Selain itu, apa yang menariknya berkenaan dengan ramadan adalah bazar ramadan yang sering dikunjungi oleh orang ramai. Harus diingatkan bahawa belilah mengikut keperluan dan bukannya kehendak. Jauhi amalan membazir kerana ianya merupakan amalan yang tidak baik.

Ramai yang membeli mengikut perasaan sehingga berlakunya pembaziran. Makanan dibuang begitu sahaja dan ianya bukan berlaku sehari dua, berkemungkinan berlaku hampir setiap hari. Sebagai cadangan, mungkin kita boleh amalkan konsep bersederhana serta melakukan rancangan pembelian.

Berkata tentang sedekah, tidak semestinya ianya perlu berbentuk wang. Apa yang saya suka pada bulan ramadan ini adalah untuk menyedekahkan makanan kepada jiran tetangga. Seronok melihat apabila mereka gembira menerima juadah berbuka puasa daripada kita. Namun ingat, apabila memberi, janganlah mengharapkan balasan. Berilah dengan seikhlas hati kita.

Pada bulan ramadan jugalah, ukhwah silaturrahim lebih rapat dan boleh diperkukuhkan lagi. Amalan berbuka bersama keluarga dapat mengeratkan lagi silaturrahim manakala amalan menunaikan solat terawih di masjid/surau mengeratkan lagi kita sesama jiran tetangga. Selain itu, tradisi ini juga dapat memupuk sikap kerjasama antara sesama manusia.

Amalan yang sering diamalkan oleh kebanyakan masyarakat adalah melakukan aktiviti khatam Al-Quran dalam masa 30 hari berpuasa. Ada yang lakukannya secara individu ada yang lakukannya bersama keluarga serta rakan-rakan mereka. Yang jauh, mereka lakukannya secara dalam talian. Menarik bukan?

Bagi yang masih tercari-cari kelas tadabbur, anda bolehlah terus ke edufy.my untuk melanggan kelas tadabbur. Tadabbur merupakan kelas penghayatan Al-Quran yang amat menarik dan sesuai diambil ketika bulan ramadan. Memahami makna-makna disebalik ayat Al-quran dan bukan hanya sekadar membaca pasti banyak memberikan impak di dalam kehidupan seharian kita.

Semoga ramadan kali ini membawa 1001 keberkatan buat kita semua. Amin.

Kelas Online Abad Kini

Belajar secara dalam talian atau lebih mesra dipanggil kelas online bukanlah sesuatu yang baharu malahan mungkin sudah menjadi norma bagi sesetengah masyarakat kini. Banyak kelas online yang ditawarkan di Malaysia.

Kelas online semakin digemari dek kerana ianya mudah di akses di mana jua tidak mengira tempat. Seseorang itu tidak perlu bergerak ke mana-mana namun hanya perlu bersedia di mana sahaja mereka berada. Yang baiknya, pastikan persekitaran anda sesuai untuk memulakan kelas.

Kelas online juga dapat menjimatkan masa dan wang dari segi petrol kereta serta masa anda untuk ke kelas. Wah, kalau kelas tersebut dalam tempoh setahun, sepastinya sudah banyak yang dapat dijimatkan. Masa dan tenaga dapat digunakan kepada lebih banyak perkara lagi.

Bagi kelas atau kursus online, terdapat dua pilihan yang ditawarkan oleh rata-rata agensi. Sama ada kelas secara live atau kelas berbentuk rakaman dan kedua-duanya mempunyai kebaikan tersendiri. Apabila ianya kelas berbentuk rakaman, anda bebas untuk belajar pada bila-bila masa tanpa terikat dengan sebarang jadual kelas tersebut.

Bagi kelas yang berlangsung secara live, sepastinya anda dapat bertanyakan soalan secara terus kepada guru/tenaga pengajar tersebut. Anda juga secara tidak langsung dapat membina hubungan persahabatan baharu bersama rakan-rakan online di dalam kelas tersebut. Dapat belajar dan dapat juga kawan baharu!

Terdapat banyak kelas online yang ditawarkan di pasaran. Yang seronoknya, ianya bukan sahaja tertumpu pada akademi semata-mata namun ada kelas yang menawarkan kelas-kelas berbentuk teknikal dan kemahiran seperti berkebun, menjahit, elektronik dan banyak lagi. Namakan sahaja kelas tersebut, kebarangkalian untuk ianya ada sebagai kelas online amatlah tinggi.

Pernah dengar satu laman web ini? edufy.my. Ianya merupakan satu platform pembelajaran yang menawarkan kelas akademi, teknikal dan kemahiran. Terdapat banyak kelas yang ditawarkan bersama harga kelas yang sangat mampu milik. Seronok sebab masa senggang dapat diisi dengan kelas-kelas yang menarik dan berfaedah.

Paling seronok, bagi kelas live, mereka menyediakan rakaman kelas lalu. Ianya bertujuan bagi sesiapa yang ingin lakukan ulangkaji mahupun bagi mereka yang terlepas kelas live. Segala bahan belajar, jadual dan kemasukan kelas sangatlah mudah. Semuanya di hujung jari dan boleh di akses melalui laman sesawang mereka sahaja.

Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan pelbagai tawaran kelas menarik di edufy.my hari ini!

Seawal 24 Tahun Sudah Ada Master? – Betulkah?

Macam tak percaya bukan? Betul ke seawal 24 tahun sudah ada master? Tidak mustahil? Sebenarnya ianya tidaklah mustahil, anda perlu faham sahaja laluan yang perlu di ambil. Jadi, fahamkan dahulu laluan yang ada. Harus diingatkan jua, cepat atau lambat bukanlah kayu ukur pada sesuatu kejayaan.

Mari mulakan selepas SPM.

1. Haluan Selepas Tamat SPM

Apa pilihan yang saya ada? Apa haluan seterusnya. Di sini adalah senarai yang boleh dipertimbangkan setelah anda selesai mengambil SPM.

  1. Asasi
  2. Matrikulasi
  3. Diploma
  4. Politeknik
  5. Sijil
  6. STPM/STAM

Ini adalah lima laluan yang boleh di pilih oleh anda setelah habis SPM. Adakah saya boleh pilih yang mana-mana sahaja? Sebelum anda pilih, pastikan anda sudah tahu bidang yang ingin anda ceburi. Lebih mudah untuk membuat keputusan apabila sudah mengetahui bidang yang ingin di ambil.

Bagi program asasi, terdapat lebih daripada 20 bidang asasi yang boleh anda ambil. Antaranya ialah:

  1. Sains hayat
  2. Sains fizikal
  3. Pengajian Islam
  4. Sains
  5. Kejuruteraan
  6. Undang-Undang
  7. Sains kesihatan bersekutu
  8. Kejururawatan
  9. Farmasi
  10. Pergigian
  11. Perubatan
  12. Sains Kemanusiaan
  13. Bahasa Inggeris
  14. Bahasa Arab
  15. Bahasa Inggeris Untuk Komunikasi Antarabangsa
  16. Bahasa Arab Untuk Komunikasi Antarabangsa
  17. Bahasa Melayu Untuk Komunikasi Antarabangsa
  18. Ekonomi & Sains Pengurusan
  19. Perancangan Pelancongan Dan Perancangan Hospitaliti
  20. Seni Bina Dan Reka Bentuk Alam Sekitar
  21. Kejuruteraan dan Sains Komputer

Perlu diingatkan juga setiap bidang tidaklah ditawarkan pada semua universiti. Maka, anda perlu lakukan kajian universiti manakah yang menawarkan kursus yang ingin di ambil. Setiap universiti juga memerlukan kelayakan yang berbeza-beza.

Bagaimana pula jika saya ambil diploma? Bagi peringkat diploma, lebih banyak kursus yang ditawarkan dalam pelbagai bidang. Lebih meluas bidang yang boleh diambil. Durasi kursus turut berbeza mengikut kursus yang bakal diambil, namun kebanyakan diploma mempunyai durasi selama tiga tahun.

Matrikulasi hanya menawarkan tiga aliran sahaja iaitu sains hayat, sains fizikal dan juga perakaunan. Durasinya berbeza mengikut keputusan SPM anda. Durasi matrikulasi adalah sekitar satu ke hingga dua tahun. Ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang serelah mengambil matrikulasi.

Selain apa yang dinyatakan, anda turut boleh meneruskan pembelajaran anda pada peringkat STPM?STAM (tingkatan 6), sijil atau politeknik. Sijil atau politeknik lebih memberi fokus pada kemahiran.

Semasa waktu saya dahulu, saya membuat keputusan untuk mengambil asasi sahaja. Saya mengambil asasi TESL atau dikenali sebagai Pendidikan Bahasa Inggeris (Teaching English as A Second Language). Saya menamatkan asasi saya pada bulan Mac ketika berusia 19 tahun.


2. Ijazah Sarjana Muda

Setelah anda menghabiskan pengajian anda diperingkat seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh menyambung pelajaran anda pada peringkat ijazah sarjana muda. Dah bersediakah anda? Pastilah sudah! Lebih banyak bidang ditawarkan di seluruh negara dan ada juga yang menyambung pelajaran mereka di luar negara. Pilihan terletak di tangan anda.

Bagi tempoh masa, ianya bergantung kepada kursus yang anda ambil. Ada yang secepat tiga tahun, ada yang sehingga lima atau enam tahun. Semuanya juga turut bergantung kepada haluan yang telah diambil sebelum ini.

Saya meneruskan pembelajaran di dalam bidang yang sama selamat 3.5 tahun termasuklah praktikal di sebuah sekolah menengah kerajaan di ibu kota Selangor. Setelah tamat asasi pada hujung bulan Mac, saya membuat keputusan untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda pada tahun yang sama. Kemasukan saya adalah pada bulan Julai tahun yang sama.

Hampir semua kursus ijazah sarjana muda mempunyai kerja lapangan atau praktikal cuma kekerapan serta masa yang membezakannya. Saya melakukan praktikal di hujung kursus ijazah sarjana muda. Saya menamatkan pembelajaran saya tiga tahun selepas itu, Disember 2016.

3. Ijazah Sarjana (Master)

Saya membuat keputusan untuk tidak berhenti belajar dan meneruskan sahaja pada peringkat seterusnya iaitu Ijazah Sarjana (Master). Selesai sahaja ijazah sarjana muda pada Disember 2016, saya terus menghantar permohonan ijazah sarjana saya dan diterima masuk pada Mac 2017.

Durasi ijazah sarjana berbeza mengikut status anda; pelajar separuh masa atau sepenuh masa. Anda turut diberikan masa untuk menghabiskan ijazah sarjana mengikut masa yang ditetapkan. Saya membuat keputusan untuk melakukan ijazah sarjana selama satu tahun setengah sahaja (GOT- Graduate On Time).

Buat pengetahuan, saya merupakan pelajar sepenuh masa ketika melakukan ijazah sarjana. Bagi kursus saya, iaitu Psikologi Pendidikan, pelajar diberikan sehingga 3 tahun untuk menyelesaikan ijazah sarjana anda. Ianya bukanlah seperti ijazah sarjana muda di mana anda perlu menghabiskan masa belajar seperti yang telah ditetapkan.

Bagi pelajar ijazah sarjana anda bebas menentukan berapa tahun yang diperlukan untuk anda habiskan pengajian anda. Seperti kursus saya yang berstatus pelajar sepenuh masa, pelajar perlu lengkapkan pengajian dalam masa 3 tahun. Saya hanya mengambil masa 1.5 tahun sahaja untuk menghabiskan pengajian saya. Saya tamat belajar pada bulan September 2018.

Ingat, cepat atau lambat bukanlah kayu ukur sesebuah kejayaan mahupun kualiti ijazah sarjana anda. Apa yang penting andalah anda rancang pengajian anda mengikut kemampuan serta masa anda.

Konklusinya:

Usia 18 (Bulan Mei) Masuk Asasi —> Tamat pada usia 19 (Bulan Mac)

Usia 19 (Bulan Julai) Masuk Degree —> Tamat pada usia 22 (Bulan Disember)

Usia 23 (Bulan Mac ) Masuk Master —> Tamat pada usia 24 (Bulan September)

Setakat ini sahaja perkongsian saya hari ini. Semoga bermanfaat!

Kaedah Ajar Membaca Mudah

Kalau sebelum ini, saya ada kongsikan tips bagaimana nak pupuk minat anak membaca di usia awal, hari ini saya nak kongsikan cara bagaimana nak ajar membaca dengan mudah tanpa perlu menghadapi pelbagai drama dan dugaan. Bukanlah tiada langsung, namun sekurang-kurangnya tidaklah terlalu banyak.

Risau sekarang kerana terlalu ramai pelajar yang keciciran. Sebagai ibu bapa, mahupun guru atau tutor, sepastinya kita mahu membantu mereka ini agar tidak terus keciciran. Namun adakalanya berasa runsing apabila anak itu sendiri tidak memberikan kerjasama yang baik ketika sesi membaca itu berlangsung.


1. Bersedia Mental dan Emosi

Mengajar membaca ni, bukanlah mudah seperti yang kita semua sangkakan. Memang banyak cabarannya. Ingat juga, setiap anak tidak sama, makanya tidak perlulah bandingkan dengan anak-anak yang lain. Apabila sudah tekad hendak membantu anak ini, kunci utama yang boleh saya tekankan adalah kesabaran. Ya betul. Mungkin mudah untuk diperkatakan namun tidak mudah untuk lakukan.

Emosi juga perlu stabil. Mengajar mengikut emosi ni, apa yang saya boleh katakan ialah ianya tidak elok untuk anak tersebut. Situasi yang paling teruk adalah anak itu sendiri bakal berasa bosan, tertekan dan sedih ketika sesi belajar membaca ini berlangsung. Makanya, sabar dan teruskan pemikiran yang positif.

2. Kaedah yang Betul

Saya sentiasa sarankan untuk mengajar anak membaca menggunakan kaedah fonik. Ramai yang tanya, kenapa fonik? Apa kelebihan fonik berbanding kaedah lain? Sepanjang 9 tahun dalam bidang mengajar ni, saya memang perasan bahawa pelajar lebih mudah belajar menggunakan kaedah ini. Saya juga menerbitkan buku modul membaca dan ianya bukanlah sekadar buku berdasarkan pengalaman saya sahaja.

Bagi memastikan keberkesanan buku tersebut, saya membuat keputusan untuk menjalankan satu projek lapangan membaca secara dalam talian sahaja. Ianya melibatkan lebih kurang 20 pelajar dan hasilnya 90% pelajar dapat membaca dalam tempoh 4 bulan. Kekerapan kelas tersebut hanyalah dua kali seminggu. Maka saya yakin jika anda suri rumah, sepastinya masa ini dapat disingkatkan lagi.

Antara kelebihan menggunakan kaedah fonik adalah:

  • Anak-anak tidak perlu menghafal suku kata
  • Hanya perlu mengetahui bunyi huruf
  • Boleh membunyikan sesuatu huruf lalu menyebut hanya dengan kaedah gabung bunyi
  • Tidak mudah keliru dengan sebutan huruf dan bunyi huruf
  • Lebih mudah untuk gabungkan bunyi
  • Lebih mudah untuk belajar membaca Bahasa Inggeris di kemudian hari
  • Kaedah gabung bunyi digunakan dalam bahasa lain juga

Namun begitu, saya sarankan untuk anda mempunyai ilmu yang lengkap jika hendak menngajar fonik ni. Takut tersalah ajar, makin keliru anak tersebut. Saya juga sarankan untuk menggunakan satu kaedah sahaja pada satu-satu masa. Ibu bapa perlulah cakna dengan kaedah pengajaran yang digunakan di sekolah anak anda.

3. Banyakan Aktiviti Hands-on

Bila bercakap tentang ajar membaca, apa yang saya perasan ialah semuanya berfokus pada aktiviti membaca sedangkan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan berkaitan dengan membaca. Apabila terlampau memberi fokus pada membaca semata-mata sepastinya anak-anak akan merasakan bahawa ianya amatlah membosankan untuk belajar membaca.

Apakah yang dimaksudkan dengan aktiviti hands-on? Aktiviti hands-on bermaksud aktiviti atau apa jua pergerakan yang boleh merangsang deria motor halus dan motor kasar anak-anak dan membantu mereka belajar melalui pengalaman sendiri. Aktiviti hands-on boleh melibatkan penggunaan alatan ataupun tidak.

Terdapat beberapa kelebihan aktiviti hands-on ini. Ianya dapat meningkatkan minat anak-anak untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti hands-on juga dapat meningkatkan daya ingatan anak-anak tentang apa yang dipelajari dengan lebih cepat serta dapat mengingatinya dalam tempoh yang lebih lama.

Kalau rasa buntu dan tidak mempunyai idea untuk bahagian aktiviti ni, apa yang saya boleh sarankan ialah untuk anda cari idea aktiviti-aktiviti ini di laman sesawang Pinterest. Memang banyak sangat aktiviti yang menarik boleh dilakukan bersama-sama dengan anak di waktu lapang. Mahu dengan tidak sahaja.

Akhir kata, semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat anda yang membaca.