16.7 C
New York
Sunday, September 8, 2024
spot_img
Home Blog Page 12

Perkembangan Kanak-Kanak

0

Seawal ibu mengetahui dirinya mengandung, perkembangan anak di dalam kandungannya menjadi topik penting. Pada minggu ini, anak sudah besar mana, boleh dibandingkan dengan buah apa dan sebagainya. Apatah lagi bila anak sudah dilahirkan. Topik perkembangan kanak-kanak ini tidak akan pernah lari sehinggalah anak-anak itu dewasa.

Secara umumnya, perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada empat; perkembangan fizikal, perkembangan sosial, perkembangan emosi dan perkembangan kognitif.

Perkembangan Fizikal

Perkembangan fizikal melibatkan perkembangan dan kebolehan kanak-kanak menggunakan badan dan otot dalam melakukan sesuatu aktiviti. Perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada dua, iaitu perkembangan motor kasar dan perkembangan motor halus.

Perkembangan Sosial

Perkembangan sosial merujuk kepada bagaimana kanak-kanak berkomunikasi dengan orang di sekelilingnya seperti ibu bapa, adik beradik, guru dan kawan-kawannya. Ia juga merujuk kepada kebolehan anak dalam menyelesaikan konflik.

Perkembangan Emosi

Perkembangan emosi merujuk kepada kebolehan kanak-kanak dalam mengenalpasti, mengekspresi dan mengurus emosi. Selain daripada itu, ia melibatkan kebolehan untuk merasa empati dalam sesuatu perkara.

Perkembangan Kognitif

Perkembangan kognitif merupakan kebolehan dalam belajar dan menyelesaikan masalah. 

Perkembangan kognitif melibatkan pembinaan proses pemikiran, termasuk mengingat, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan.

Homeschool perception

0

Banyak tanggapan tentang homeschool. Paling famous, “homeschool ni bukan belajar pun. Main je banyak, belajarnya tak.”

Bagi saya, homeschool ni unik. Uniknya sebab dia tak sama macam pembelajaran biasa dekat sekolah. Boleh main-main, belajar sambil makan, bersembang.

Hakikatnya, anak-anak mula belajar dengan bermain. Perkembangan anak pun, bermula dengan deria sensori mereka. Melihat, menyentuh, mendengar, merasa, dan menghidu. Cara mudah nak aktifkan deria sensori mereka? Ajak mereka bermain 🙂

Saya bagi contoh. Cari binatang ternakan mainan di dalam timbunan pasir. 

Melihat: Anak boleh memerhati bentuk dan warna pasir. Mereka juga melatih deria penglihatan untuk mencari figurine binatang yang tersembunyi.

Menyentuh: Dah jumpa, mesti kena sentuh kan? Mesti anak belek mainan tu sungguh-sungguh sampai dia puas hati.

Mendengar: Pasir ada bunyi kan? Lagi-lagi kalau ibu ayah memilih untuk menggunakan kinetic sand. Soothing sangat! Sambil-sambil tu, bila anak jumpa binatang tersembunyi, boleh bermain bunyi yang dihasilkan binatang tu. Embeekkk! BOOOO!

Merasa: Percayalah cakap saya, budak yang pertama kali main, pertama kali jumpa figurines tu, mesti akan masuk mulut nak rasa. Kalau mula-mula terus pakai pasir betul-betul, haaa, masaklah mak abah nak make sure anak tak makan pasir 😛

Menghidu: Dah rasa, bau pula. Tak pun, bau dulu, baru masuk mulut. Betul tak? Kita selalu tengok anak-anak yang dah mula merangkak, mesti ada habit yang dua ni kan? Bau dan rasa.

Proses yang 5 ni, walaupun nampak macam main-main je, banyak sebenarnya sel-sel otak anak bersambung tau. Jadi it’s not simply playing. Banyak proses pembelajaran yang berlaku 🙂

Having a hard time

0

30hb Oktober, saya di Manjung, food hunting. Tidaklah food hunting mana, sebab makanan yang saya nak makan tu, satu je, popiah by Project Popiah. Sedap amat ya.

Mak saya sebelum pencen, kami memang menetap di Manjung. Jadi tiap kali balik Manjung, boleh kata hari-hari akan makan popiah. Tapi lepas mak pindah kampung, lama dah tak makan popiah by Project Popiah. Jadi, kali ni memang sengaja singgah dan bermalam di Manjung semata-mata nak makan popiah.

Terliur balik lepas tengok gambar ni..

Seharian jalan-jalan Lumut, Manjung dan food hunting, malam pun tiba. Semua letih, penat. Selesai mandi dan solat, kami bersiap untuk tidur. 

Tengah malam, Bukhari merengek, menangis, menyebai. Pujuk, suruh tidur, tanya itu ini, masih menyebai. Letih ya. Perjalanan waktu siang tadi cukup panjang dah terasa. Nak melayan pulak karenah si awang ni, rasa betul-betul emotional drained. Abinya sikit lagi nak mengamuk. Yelah, seharian drive melayan anak isteri nak kehulu kehilir, keluar duit lagi 😛

At that moment, this saying popped up my mind;

So, I reassess  that situation. Kenapa Bukhari menyebai? 

Rupanya dia selsema. Nak tidur tak selesa. Jadi, a simple, “Mama faham, abang tak selesa nak tidur, hidung abang tersumbat. Abang nak tidur sambil peluk mama? Or do you need anything else?”

Nope, nothing else. Dia nak orang tahu dan faham dia tak selesa sebab tengah selsema. That’s it. It really struck me that night. Anak kita bukan saja-saja nak susahkan kita, dia sendiri tengah susah. Cuma tulah, kecik lagi. Belum pandai nak express apa yang dia rasa. Siapa yang kena tolong? Kita sebagai ibu bapa.

Kan? What say you?

AndroKids tawan Bukit Melati

0

Setakat ni, anak-anak Andromeda terdiri daripada 5 orang pelajar. Darwisyah, Bukhari, Zhafran, Zhafri dan Alayna.

Sebelum PKP, Darwisyah dan Bukhari pernah mendaki Bukit Melati sebanyak 3 kali. Tiga-tiga pengalaman yang berbeza. Dari jauh sejauhnya, sedang-sedang saja dan pendek. Di Bukit Melati terdapat 6 trek pendakian yang berbeza. Bagi kami, ia okay-okay untuk beginner level, dan boleh untuk bawa anak-anak mendaki di sini.

Walaupun Zhafran Zhafri dan Alayna baru pertama kali melakukan aktiviti pendakian ini, mereka laju ya. Penat abi dgn teacher nak kejar their pace. They are also very excited to see the view. Selalu tekan lif dekat bangunan tinggi je dah boleh tengok view dari tempat tinggi kan? This time around kena mendaki dulu, baru boleh tengok view.

Penat? Ya! Tapi puas.

They even ask to go again next time. Maybe next month? InsyaAllah 🙂

End of our hiking trail 🙂

Skuter dah sampai kelate!

0

16 Oktober, MyT Edutech dijemput untuk memberi career talk di KPTM Kota Bharu, Kelantan. Memandangkan sesi kali ni hanya melibatkan pelajar Early Childhood Education (ECE), saya sebagai Pengetua Andromeda juga dijemput untuk memberikan training.

Anak-anak Andromeda seramai 5 orang, sudah semestinya ikut sekali. Trip kali ni special kerana mereka bawa bersama skuter masing-masing.

Pada mulanya, kami pun tak tahu masa bila boleh bermain skuter, berikutan jadual yang pack.

15 Oktober, selesai Subuh, kami bergerak ke Kuala Gandah untuk melihat gajah. Kemudian berhenti makan di Jamantory Group. Sampai ke Kota Bharu tepat 8 malam, makan dan tidur.

Esok harinya selepas sarapan, terus ke KPTM Kota Bharu. Selesai majlis pada 12 tengahari. Lunch dan bergerak balik. Penat? Semestinya. 

Memandangkan kami bergerak balik melalui jalan Gua Musang, dapatlah kami melawat Masjid Razaleigh. Masjid ini terletak di Gua Musang dan menyerupai model Masjidil Haram di Mekah.

Saya yang tak pernah sampai ke Mekah, rasa sangat seronok dan membayangkan apalah agaknya kalau dapat ke Tanah Suci Mekah tu bila direzekikan Allah. Mesti lagi seronok kan?

Anak-anak Andromeda juga seronok sebab apa yang mereka pelajari di kelas, dapat mereka relate dengan apa yang mereka lihat.

“Ooo, nilah tempat hajarul aswad”
“Dekat sini, kita kena tawaf pusing-pusing Kaabah”

“Kalau kaabah betul ustazah kata bau wangi, ini takde bau sbb pakai komputer”

Saya, sudah tentu gembira mendengar komen-komen yang diberikan oleh anak-anak Andromeda, Nampaklah mereka mendengar dalam kelas, walaupun selalunya nampak macam main-main je.

Selesai solat dan melihat kawasan Masjid Razaleigh, kami benarkan mereka bermain skuter di halaman masjid. Seronok masing-masing tunjuk skill. Risau pun ada sebab ada yang duk terpusing-pusing dekat dengan tong sampah. Kalau terlanggar tu, macam mana?

15 minit berlalu, it’s time to start the journey again. Tangkap 1 gambar buat kenangan. Yang dewasa seronok selesai menjalankan tugas. Yang kecil seronok puas bermain. Skuter dah sampai Kelate woihh. Hehehe. Kemana pula agaknya skuter ni akan jelajah selepas ini ya? 😉

Apa yang bestnya homeschool ni?

0

Baaanyak sebab kenapa homeschool best! Setiap ibu bapa yang memilih untuk homeschool anak-anak mereka, mesti ada sebab tersendiri untuk homeschoolkan anak mereka. Ini antara sebab-sebab yang menjadi pilihan saya.

Emotional Freedom

Anak sulung saya, Darwisyah pernah bersekolah di sekolah harian. Namun, terdapat beberapa kejadian yang berlaku di sekolah, membuatkan dia tak selesa untuk ke sekolah. Daripada happy dan seronok untuk bersekolah, dia mulai menangis dan stress untuk ke sekolah. It’s not a nice experience for her and us as a parent. 

Sekarang? Darwisyah seronok belajar dalam persekitaran yang selamat.

Student-Centered

Saya sukakan kelas yang student-centered dan bukan teacher-centered. Teacher centered fokus diberikan kepada cikgu. Cikgu yang menetapkan apa yang murid perlu belajar, macam mana murid perlu belajar dan bagaimana prestasi murid akan dinilai. 

Tetapi untuk student-centered, murid perlu bertanggungjawab akan pembelajarannya sendiri. Cikgu sebagai instructor yang akan scaffolding dan membantu proses pembelajaran murid tersebut. 

Customizable Curriculum

Nak jadi pilot, tapi tak nak ambil subjek biologi.. Boleh!

Nak jadi chef, tapi nak ambil biologi, sebab best belajar pasal badan. Pun boleh!

Hmmm, rasa macam lagi best je kalau dapat terus masuk dalam industri pekerjaan. Lagilah boleh!

Sebab tu best jadi homeschoolers ni. Kita pilih nak belajar apa, belajar macam mana. Semua pun boleh!

Special Learning Pathway

Bila nak belajar apa pun boleh pilih, pathway pembelajaran mestilah lain dari kebiasaan kan? Tahu tak, seawal 15 tahun dah boleh masuk dalam industri pekerjaan dan kumpul sijil kemahiran? 15 tahun tu belum SPM pun lagi tauuu.

Nak masuk universiti seawal 16 tahun? Pun ada caranya. 

Flexibility in Time and Location

Penat belajar dalam kelas? Jom kita pergi taman. Sambil-sambil bermain keluarkan peluh, boleh tengok flora fauna di taman. Nampak macam main, tapi sebenarnya ada sesi pengajaran dan pembelajaran di situ. Nampak dengan tak je 🙂

Saya bukan sekadar main monkey bar je tau! Saya sedang menguatkan hand grip dan body strength tau! 😀

Homeschool tu apa?

0

Homeschool dalam erti kata lain adalah pembelajaran di rumah, tidak melibatkan pembelajaran di sekolah awam mahupun swasta. 

Bagi keluarga yang memilih untuk melakukan homeschool, kebanyakan pembelajaran bukan sahaja dilakukan di rumah, ia juga dilakukan di luar rumah. Aktiviti di luar rumah kebiasaanya akan menggunakan sumber yang ada di dalam komuniti mereka, selain berinteraksi dengan masyarakat sekitar dan komuniti homeschoolers.

Secara asasnya, homeschool melibatkan komitmen ibu bapa atau penjaga untuk mengawasi perkembangan pendidikan anak mereka.

Haaa, pokok semalu membiak melalui apa..?

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

0

SPM merupakan sistem peperiksaan yang tidak asing lagi bagi penentuan halatuju para pelajar setelah menamatkan pembelajaran pada peringkat menengah sekaligus permulaan bagi lanjutan pembelajaran ke peringkat pengajian tinggi di Malaysia.

Sijil Pelajaran Malaysia atau lebih dikenali sebagai SPM merupakan peperiksaan yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan dikategorikan sebagai sebagai ujian terakhir pendidikan menengah atas.

Siapakah yang layak mengambil SPM?

Usia purata pelajar semasa mengambil SPM ini ialah 17 tahun, yakni di Tingkatan 5.

Mengapakah SPM penting?

SPM merupakan syarat untuk pelajar di Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi atau kursus asas universiti. Pelajar juga boleh mengambil kursus luar negara seperti A-Level.

Apakah kurikulum yang digunakan bagi Peperiksaan SPM?

Untuk peperiksaan SPM mulai tahun 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia mula menggunakan format baharu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) menggantikan format lama Kurikulum Bersepadu Sekolah Menegah (KBSM).

Bagi kertas Bahasa Inggeris pula, Kementerian Pendidikan mula menjajarkan format peperiksaan Bahasa Inggeris agar sejajar dengan Common European Framework of Reference (CEFR) yang digunakan pada peringkat antarabangsa.

Apakah senarai subjek SPM?

Terdapat dua jenis subjek yakni subjek teras dan subjek elektif.

Subjek Teras

Subjek teras merupakan subjek yang wajib diambil oleh semua calon SPM.

Antara subjeknya termasuklah:

Kod SubjekNama SubjekBahasa Perantaraan
1103Bahasa MelayuBahasa Melayu
1119Bahasa InggerisBahasa Inggeris
1223Pendidikan IslamBahasa Melayu
1225Pendidikan MoralBahasa Melayu
1249SejarahBahasa Melayu
1449MathematicsBahasa Melayu dan Inggeris
1511ScienceBahasa Melayu dan Inggeris
Subjek Teras SPM
  • Subjek Pendidikan Islam tidak wajib diambil bagi pelajar Aliran Sains Agama atau Aliran Agama Tulen.
  • Calon dikehendaki menduduki peperiksaan subjek elektif bagi aliran mereka.
  • Subjek Pendidikan Islam diambil oleh calon SPM beragama Islam sahaja manakala subjek Pendidikan Moral hanya diambil oleh calon bukan beragama Islam.

Subjek Elektif

Calon peperiksaan SPM boleh memilih untuk mengambil subjek-subjek elektif seperti dalam senarai di bawah. Namun begitu, subjek tersebut perlu bersesuaian dengan kerjaya yang ingin diceburi selepas tamat pendidikan menengah. Terdapat beberapa subjek yang tidak boleh diambil kerana waktu peperiksaan yang berlaku serentak seperti subjek-subjek dalam bidang kesusasteraan.

Bahasa dan Kesusasteraan

Kod SubjekNama SubjekBahasa Perantaraan
2205Literature in EnglishBahasa Inggeris
2215Kesusasteraan MelayuBahasa Melayu
2361Bahasa Arab TinggiBahasa Arab
6351Bahasa CinaBahasa Cina Mandarin
6354Bahasa TamilBahasa Tamil
6355English for Science and TechnologyBahasa Inggeris
6356Bahasa IbanBahasa Iban
6357Bahasa KadazandusunBahasa Kadazandusun
6358Bahasa SemaiBahasa Semai
6362Bahasa Arab KomunikasiBahasa Arab
9216Kesusasteraan CinaBahasa Cina
9217Kesusasteraan TamilBahasa Tamil
9303Bahasa PerancisBahasa Perancis
9378Bahasa PunjabiBahasa Punjabi
Bahasa dan Kesusateraan

Sains dan Matematik

Subjek-subjek dalam bidang ini termasuk dalam pembelajaran Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Para pelajar yang mengambil subjek-subjek di bawah boleh menjawab sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

Kod SubjekNama Subjek
3472Additional Mathematics
3765Information and Communication Technology
4531Physics
4541Chemistry
4551Biology
4561Additional Science
4581Applied Science
Sains dan Matematik

Sains Sosial dan Keagamaan

Kod SubjekNama Subjek
2280Geografi
3754Pengajian Keusahawanan
3755Perdagangan
3756Prinsip Perakaunan
3757Ekonomi Asas
5226Tasawwur Islam
5227Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
5228Pendidikan Syariah Islamiah
8702Perakaunan Perniagaan
9221Bible Knowledge
Sains Sosial dan Keagamaan

Kesenian dan Kesihatan

Kod SubjekNama Subjek
2611Pendidikan Seni Visual
2621Pendidikan Muzik
4571Pengetahuan Sains Sukan
Kesenian dan Kesihatan

Kejuruteraan

Subjek-subjek dalam bidang ini ditawarkan kepada para pelajar yang mengikuti pendidikan teknikal dan vokasional.

Kod SubjekNama Subjek
3759Lukisan Kejuruteraan
3760Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
3761Pengajian Kejuruteraan Awam
3762Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
3763Rekacipta
3764Teknologi Kejuruteraan
Kejuruteraan

Apakah subjek wajib lulus SPM?

Kedua-dua subjek ini merupakan subjek wajib lulus SPM dan calon SPM wajib mendapatkan keputusan minimum kredit (Gred: C) untuk kemasukan universiti di Malaysia:

  • Bahasa Melayu
  • Sejarah

Apakah Gred SPM?

MarkahGredNilai Gred
90 – 100A +Cemerlang Tertinggi
80 – 89ACemerlang Tinggi
70 – 79A –Cemerlang
65 – 69B +Kepujian Tertinggi
60 – 64BKepujian Tinggi
55 – 59C +Kepujian Atas
50 – 54CKepujian
45 – 49D Lulus Atas
Markah 40 – 44E Lulus
Markah 0 – 39GGagal
THTHTidak Hadir
Gred SPM

LEMAH dalam subjek tertentu dan perlukan bantuan?

Jika anda ingin skor dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM, anda boleh mendapatkan pelbagai servis tuisyen dan bimbingan bersama MyTutor dan platform pembelajaran dalam talian di Edufy.

Antara servis MyTutor yang wajib anda ketahui:

  • Kelas tuisyen bersemuka individu
  • Kelas tuisyen dalam talian individu
  • Kelas tuisyen bersemuka berkumpulan
  • Kelas tuisyen bersemuka dalam talian
  • Kelas-kelas pecutan SPM

Tahap pembelajaran dan bimbingan skor sijil di MyTutor:

  • Tadika
  • Sekolah Rendah
  • Sekolah Menengah
  • STPM/A-Level/Asasi
  • Malaysian University English Test (MUET)
  • International English Language Testing System (IELTS)
  • Test of English as a Foreign Language (Internet-based Test) (TOEFL)
  • Diploma
  • Ijazah
  • Kelas Dewasa

Antara kurikulum yang diketengahkan termasuklah:

  • Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
  • Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
  • International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)
  • International Baccalaureate (IB)

Kelas kerohanian disediakan mengikut permintaan ibu bapa seperti berikut:

  • Mengaji individu dan sekeluarga
  • Bimbingan fardhu ain
  • Kelas Tajwid kanak-kanak dan dewasa
  • Kelas KAFA

Kelas-kelas bahasa juga disediakan yang kian mendapat permintaan yang tinggi bagi para pelajar seawal usia 7 tahun seperti:

  • Kelas bahasa Jepun
  • Kelas bahasa Korea
  • Kelas bahasa Mandarin
  • Kelas bahasa Tamil
  • Kelas bahasa Perancis
  • Kelas bahasa Arab

Jadualkan pembelajaran anak-anak mengikut masa yang anda tetapkan dengan bajet fleksibel bulanan yang bersesuaian buat anda sekeluarga di platform MyTutor hari ni! Servis guru datang ke rumah anda secara bersemuka ini pastinya membolehkan anak anda mendapat tumpuan yang maksimum dalam sesi pembelajaran. MyTutor juga menawarkan perkhidmatan tutor secara bersemuka dan dalam talian 1 Malaysia. Kelas dalam talian secara individu yang disediakan dengan konsep dunia pendidikan di hujung jari anda ini berupaya membantu para pelajar lemah.

Sementara itu, platform Edufy pula merupakan platform pembelajaran dalam talian yang menawarkan lebih daripada 100 kursus buat anak-anak seawal usia 4 tahun sehingga kelas dewasa. Kelas di Edufy dijalankan dalam kumpulan kecil secara dua hala dengan yuran serendah RM55 bagi setiap subjek.

Program SPM di Edufy:

Kelas santai seperti kelas Catur juga disediakan bagi mengasah bakat dan kreativiti anak-anak serta berpeluang untuk memasuki pertandingan hingga ke peringkat antarabangsa. Selain itu, anak-anak seawal 13 tahun berupaya menguasai ilmu Algebra dalam 12 sesi kelas bersama Cikgu Hanisah di Edufy!

Kelas kemahiran bahasa yang ditawarkan pastinya menambahkan kemahiran serta keyakinan berbahasa anda sekeluarga:

Pelbagai program kerohanian secara langganan dan PERCUMA turut disediakan:

Pelbagai servis ditawarkah di Edufy. Anda berpeluang untuk mendapatkan diskaun yang menarik apabila membeli kursus-kursus dengan harga pakej.

Dapatkan khidmat tutor dan servis tuisyen di MyTutor dan Edufy dengan bantuan para pengurus hari ni!

MyTutor ~ Pembelajaran bermakna bermula di sini.