25.9 C
New York
Friday, September 20, 2024
spot_img
Home Blog Page 8

Tips Skor Subjek Sejarah SPM

“Susahnya, Sejarah!”

“Sejarah membosankan!”

“Saya tak dapat skor Sejarah”

Tak kenal, maka tak cinta

Ha, pernah setuju tak dengan kenyataan di atas tu?

Bukan susah, cuma anda belum benar-benar tahu jalan cerita Sejarah tu dari segi wataknya, kronologi, susunan lokasinya dan lain-lain lagi. Lebih penting lagi anda belajar Sejarah dengan teknik yang salah.

Jom cikgu kongsi tips skor Sejarah dengan 3 aspek mudah.

Sebelum Kelas

Dalam Pembelajaran Abad Ke-21, penekanan flip learning ini sesuai sekali jika diterapkan dalam proses pembelajaran Sejarah. Oleh itu, sangatlah penting untuk anda membuat ulang kaji persediaan bagi topik yang bakal dibincangkan di dalam kelas.

  1. Kenal pasti topik yang bakal diajar di dalam kelas
  2. Anda boleh membuat pembacaan buku teks bagi topik tersebut. Baca sahaja subtopik tersebut, sekiranya anda ada soalan bertanyalah dengan guru sewaktu kelas. (Kaedah visual)
  3. Bagi pendekatan yang lebih santai, anda juga boleh menonton dan mendengar video mengenai subtopik tersebut di YouTube. (Visual/Auditori)

Semasa Kelas

  1. Setelah mendapat input pertama sebelum kelas, cikgu yakin, anda kini lebih bersedia untuk mendengar penerangan guru Sejarah atau rakan-rakan yang membuat pembentangan di dalam kelas.
  2. Gunakan highlighter untuk isi-isi penting yang anda fahami. (Pastikan anda membuat contengan atau highlight buku anda sendiri, ya! Jangan gunakan buku pinjaman =) )
  3. Anda boleh membuat AKRONIM untuk mengingati isi-isi penting yang dinyatakan di dalam kelas.

Selepas Kelas

  1. Bagi sesi selepas kelas adalah waktu hafalan. Anda boleh gunakan kreativiti anda untuk membuat AKRONIM bagi isi penting yang perlu dihafal. Sekiranya anda sukakan lagu, anda boleh menggubah lagu menggunakan lirik daripada isi penting Sejarah yang perlu anda hafal. Menarik, bukan?
  2. Konsep seterusnya bagi hafalan adalah ‘When you write, you will remember’. Jadi, buatlah nota ringkas mengikut kreativiti anda. Gunakanlah highligher dan pen berwarna-warni untuk penulisan nota. Sambil menulis anda boleh menghafal. Nota ini adalah untuk anda, bukan Cikgu Sejarah anda. Jadi tulislah sebaik mungkin.
  3. Buat latihan kertas peperiksaan seperti kertas percubaan negeri, kertas sebenar SPM dan juga kertas model yang boleh didapati secara dalam talian serta di kedai buku berdekatan. Anda boleh pilih daripada set soalan tersebut bagi topik-topik yang anda pelajari. Dapat siapkan 3 soalan struktur atau soalan esei dalam masa sebulan pun sudah memadai. Pastikan anda tidak merujuk kepada nota sewaktu menjawab untuk menguji ingatan anda. Lihat pada model jawapan setelah selesai menjawab. Meminta bantuan guru untuk buat semakan adalah lebih baik.
  4. Tahukah anda, soalan KBAT banyak membantu pelajar lemah untuk skor subjek Sejarah? Hal ini kerana untuk menjawab soalan KBAT, anda hanya perlukan teknik. Sekiranya anda lemah, dapatkan bantu daripada yang pakar. MyTutor menyediakan kelas secara bersemuka dan online bagi tunjuk ajar dan skor soalan Sejarah.

Sekian tips dari Cikgu.

Cikgu harap para pelajar dapat memanfaatkan teknik untuk skor subjek Sejarah dalam peperiksaan. Ingat, Sejarah adalah jalan cerita bukan fakta-fakta yang perlu dihafal semata-mata. Fahamkan ceritanya, barulah anda dapat menjiwai jalan cerita sewaktu menghafal. Elakkan daripada mengamalkan sikap bertangguh. Usaha anda pasti membuahkan hasil. In Shaa Allah.

Semoga Bermanfaat dan Selamat Beramal.

Ibu Bapa sebagai Suri Teladan

0

Ayah dan ibu
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari
Ahai…

Lirik lagu karya Allahyarham Sudirman Haji Arshad di atas jelas sekali menggambarkan bahawa peranan ayah dan ibu sangat penting sebagai permulaan anak-anak. Untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, ibu bapalah yang merupakan tonggaknya. Dalam konteks ini, ibu bapa wajar bertindak sebagai suri teladan buat anak-anak.

Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi

Konsep di atas jelas sekali menunjukkan setiap tindak-tanduk ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak. Bagi pemupukan akhlak yang baik dalam diri anak-anak, ibu bapa wajarlah menunjukkan contoh yang baik di samping menyuntik elemen nilai murni seperti keprihatinan, baik hati dan bersopan santun.

Sebagai analoginya para ibu yang bertukar-tukar juadah dengan jiran tetangga memberikan contoh yang baik buat anak mereka dalam mengamalkan nilai baik hati dengan jiran tetangga.

Membantu jiran yang berada dalam keadaan yang memerlukan seperti menjaga rumah sewaktu ketiadaan mereka dan menghantar jiran ke klinik ketika sakit serta memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga sewaktu acara gotong-royong mahupun kenduri kendara berupaya menerapkan elemen keprihatinan dalam diri anak anda.

Bertegur sapa dengan jiran tetangga juga berupaya menjadi elemen yang baik dalam kehidupan seharian.

Pendekatan sebegini pastinya menjadikan anda sebagai ibu bapa yang disegani oleh anak-anak dan juga masyarakat sekeliling. Pastikan anak anda bukan sahaja melihat perbuatan anda ini, berikan dorongan kepada mereka untuk bersama-sama anda melakukan aktiviti-aktiviti sebegini. Benarlah kata pepatah alah bisa, tegal biasa.

Jejak Langkah

Gaya hidup yang sihat juga bermula dari rumah. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa berupaya untuk memprogramkan rutin harian anak-anak sejak mereka bayi lagi.

Gaya hidup di sini membawa kepada konteks yang lebih besar meliputi aspek pemakanan, senaman, penjagaan tahap kesihatan dan lain-lain lagi.

Pemakanan yang sihat adalah masakan dari rumah. Selain dapat menjimatkan belanja dapur, kesihatan seisi rumah juga lebih terjamin. Justeru itu, ibu bapa bolehlah merancang panduan menu yang sihat untuk seisi keluarga. Ajak anak anda untuk masak bersama anda pada hujung minggu juga antara aktiviti yang menyeronokkan. Aktiviti 1 ahli keluarga 1 menu pada musim cuti sekolah juga menarik, tau!

Beriadah dengan berjoging pada setiap petang atau pada hujung minggu juga antara contoh yang baik buat anak-anak. Hal ini menjadi panduan buat anak-anak untuk mengikut jejak langkah ibu dan ayah yang sentiasa menitik beratkan penjagaan kesihatan yang baik melalui senaman.

Sebagaimana yang kita maklumi, kesihatan adalah anugerah yang terindah dan perlu dipelihara sebaik mungkin. Pemeriksaan kesihatan secara berkala oleh ibu bapa juga menunjukkan contoh penjagaan kesihatan yang baik buat anak-anak.

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya

Pembelajaran sepanjang hayat. Motto ini wajar dijadikan sebagai panduan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.

Anak-anak wajar diteladani dengan sifat rajin menelaah bahan-bahan ilmiah oleh ibu bapa. Sediakanlah ruang perpustakaan mini yang boleh menjadi tempat anda dan keluarga berkumpul untuk membaca atau berkongsi bahan bacaan setelah makan malam.

Anak-anak bukan sahaja boleh menyiapkan latihan kerja rumahnya di sini, malah mereka juga boleh meluangkan masa lapang dengan aktiviti membaca. Belilah buku-buku yang memberikan manfaat buat anak anda dan berbincanglah mengenai inti pati buku tersebut sejak mereka kecil lagi. Pepatah mengatakan bahawa ibarat melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

Akhir sekali, berikan dorongan dan panduan buat anak-anak untuk memilih haluan kerjaya mereka. Konsep paksaan buat anak-anak untuk penentuan kerjaya masa depan mereka bukanlah langkah yang bijak. Terapkanlah minat dalam diri anak-anak sejak mereka kecil sekiranya anda merasakan bidang kerjaya tersebut memberikan peluang yang cerah pada masa akan datang. Dalam erti kata lain, lorongkan minat anak anda.

Kesimpulannya, anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah penentu coraknya. Oleh itu, jadilah suri teladan yang terbaik dalam kehidupan anak anda.

Semoga bermanfaat!

Kelebihan Bulan Sya’ban

0

Sedar atau tidak, masa berlalu dengan cepat sekali. Hari ini, bulan Sya’ban menjelma dan menandakan bahawa tinggal sebulan sahaja lagi ramadan. Sya’ban merupakan bulan baik yang mana ramai mengejar untuk melakukan amalan kebaikan.

Banyak kelebihan pada bulan Sya’ban, maka janganlah kita lalai dan melepaskan peluang yang hadir hanya setahun sekali ini. Terdapat hadis yang telah mengatakan tentang kelebihan bulan Sya’ban seperti di bawah:

ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
Maksudnya: “Itulah bulan (Syaaban) yang mana ramai manusia melalaikannya, iaitu bulan yang berada di antara bulan Rejab dan Ramadan. Saat itu amal manusia diangkat kepada Tuhan semesta alam. Maka aku suka jika amalku diangkat ketika aku sedang puasa.”
(HR an-Nasaie, hadis hasan)

Masih adakah yang belum mengetahui kelebihan bulan Sya’ban? Hari ini, ingin saya kongsikan manfaat serta kelebihan bulan Sya’ban yang mulia ini. Antara kelebihan bulan Sya’ban ialah:

1. Antara Masa yang Mustajab untuk Berdoa

Menurut Imam Syafi’e bulan Sya’ban adalah antara bulan atau waktu yang mustajab berdoa. Maka, perbanyakanlah doa anda. Doalah, mintalah pada Allah S.W.T perkara baik-baik yang dihajati.

Ambillah peluang yang ada untuk berdoa kerana seperti yang kita tahu, bulan Sya’ban hanya hadir satu kali sahaja. Janganlah kita tergolong dalam golongan yang lalai.

2. Persediaan Menuju Ramadan

Selain itu, kita boleh mengambil peluang bersiap sedia menuju Ramadan ketika bulan Sya’ban. Kita boleh mula melatih diri untuk berpuasa sebagai siap saga menuju ke bulan Ramadan nanti. Bukan itu sahaja, perbanyakkanlah solat-solat sunat agar kita juga bersedia untuk solat tarawikh nanti.

Selain itu, amalan seperti bersedekah, membaca Al-quran dan sebagainya juga turut boleh diamalkan. Pastinya kita akan lebih bersedia ketika Ramadan datang menjenguk kita nanti. Lagipun, tidak rugi lakukan semua ini kerana pahalanya tetap kepada kita.

3.  Amalan Tahunan Diangkat oleh Malaikat kepada Allah SWT

Antara hadith-hadith yang menceritakan akan kelebihan bulan Sya’ban berdasarkan hadith yang sahih adalah:

Daripada Usamah bin Zaid RA, beliau berkata: Wahai Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan sebagaimana engkau berpuasa di dalam bulan Sya’ban?. Nabi SAW bersabda:

قَالَ : “ذلِكَ شَهْرٌ يَغفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرفَعُ فِيْهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ العَالَمِيْنَ ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عمَلِيْ وأَنَا صَائِمٌ”.

Maksudnya: “Itu adalah bulan yang mana manusia sering lalai akannya iaitu bulan yang berada di antara Rejab dan Ramadhan. Bulan tersebut adalah bulan bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Rabb al-‘Alamin (Allah SWT), maka aku suka ketika amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa”. [Riwayat al-Nasa’ie, Kitab Puasa, Bab Puasa Nabi SAW, no. Hadith 2317]

Makna Hadith

Di dalam hadith di atas yang diriwayatkan oleh Usamah bin Zaid menunjukkan bahawa Nabi SAW lebih gemar amalannya diangkat ketika baginda SAW dalam keadaan berpuasa. Tambahan pula, bulan Sya’ban adalah bulan yang sering manusia lalai disebabkan bulan ini terletak antara dua bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan dan juga salah satu daripada bulan Haram (Rejab). Telah berkata Ibn al-Qayyim RA:

“Amalan diangkat dan dibentangkan kepada Allah SWT: Amalan tahunan diangkat pada bulan Sya’ban sebagaimana dikhabarkan oleh Baginda SAW dan amalan mingguan pula diangkat pada hari Isnin dan Khamis”. [Lihat: Hasyiah Ibn al-Qayyim bagi Sunan Abu Daud, 12:313]

Selain itu, hadith ini juga menunjukkan bahawa kita digalakkan untuk beramal dan melakukan ketaatan pada waktu manusia sedang lalai. Ini kerana, perbuatan ini amat disukai dan dikasihi oleh Allah SWT.

3 Pelajar Aspirasi Malaysia

0

Kejayaan dalam pendidikan tidak kiralah pada peringkat rendah, mahupun tinggi sememangnya menjadi dambaan buat para pelajar.

Pelajar-pelajar cemerlang merupakan harapan ibu bapa, keluarga, masyarakat dan juga negara yang disasarkan untuk menjadi suri teladan serta generasi pelapis pemimpin masa depan negara.

Kejayaan para wanita ini dikongsikan sebagai inspirasi buat anak-anak di Malaysia untuk terus berjuang mendapatkan pendidikan yang tertinggi sekali gus menempa nama di mata dunia.

Janusha a/p Bala Krishnan Muthiah

Anak kelahiran Kuala Lipis ini telah mencipta sejarah di bumi Amerika Syarikat apabila menjadi pegawai wanita pertama dari Angkatan Tentera Malaysia yang berjaya menamatkan Pengajian dan Latihan Ketenteraan di United States Naval Academy (USNA).

Kejayaan Pegawai Kadet Kanan (PKK) ini perlu dijadikan inspirasi dan motivasi kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai keazaman serta kegigihan untuk berjaya.

PKK Janusha dari Class of 2022 telah mula menjalani pengajian dan latihan ketenteraan di USNA pada tahun 2018. Turut bersama beliau menjalani latihan selama empat tahun ini adalah 1085 pelatih dari Amerika Syarikat dan 14 pelatih dari luar negara. Kejayaan PKK Janusha menamatkan pengajian dan latihan ketenteraan di salah sebuah pusat latihan tentera terbaik di dunia ini membuktikan kewibawaan dan kemampuan wanita muda Malaysia untuk bersama bersaing di dalam bidang yang lebih dipelopori oleh kaum lelaki.

Irdina Shahriman

Wanita yang berusia 24 tahun ini mencipta sejarah yang membanggakan negara apabila berjaya memperoleh keputusan cemerlang sekaligus menduduki tempat pertama dalam kalangan hampir 10,000 pelajar di Virginia Tech (VT), Amerika Syarikat.

Irdina Shahriman yang mengikuti Program Pertukaran Sarjana Muda Amerika (ADTP) Yayasan Tenaga Nasional, mencapai purata mata gred kumulatif (CGPA) 4.0 secara konsisten di dalam Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Elektrik dari 2018 hingga 2021.

Malah lebih membanggakan, Irdina yang mendapat tajaan biasiswa Tenaga Nasional Berhad ini telah dianugerahkan pingat Phi Kappa Phi untuk Kolej Kejuruteraan, anugerah yang diberikan kepada graduan senior dengan pencapaian akademik tertinggi.

Dalam suatu kenyataan akhbar, Irdina menyatakan bahawa beliau bekerja keras untuk mengecapi kejayaan yang diperoleh selain sikap tabah dan percaya pada diri telah membantunya mengatasi rasa takut mencuba dan melakukan kesilapan.

Fakhirah Khairuddin

Anak muda berusia 25 tahun ini merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Putra, Besut Terengganu. Fakhirah pernah melanjutkan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa di Universiti California, San Diego dengan tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Tamat saja pengajian pada 2019, beliau kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang kejuruteraan mekanikal di tempat yang sama dengan tajaan sepenuhnya daripada University California.

Pada usianya yang muda, anak kelahiran Alor Setar ini sudah menggalas tanggungjawab yang besar sebagai Pengajar Jurutera Teknik Latihan Robotik di syarikat tersebut selain mengajar robotik FANUC dan KUKA kepada jurutera dan juruteknik di TESLA.

Di Amerika Syarikat, wanita ini menimba pengalaman untuk bekerja sebagai jurutera pembangunan populasi di Universiti California. Beliau telah ditugaskan untuk menulis kod matlab bagi mengkaji keadaan haba enjin roket.

Selain itu, beliau juga pernah memenangi tempat pertama di Northrop Grumman System Engineering Challenge pada 2019 hasil penampilan projek lengan robotik yang direka olehnya. Pengalaman yang lebih mengagumkan, dia turut bersaing dengan 50 pasukan yang lain ketika pertandingan tersebut.

Bukan itu saja, beliau juga mereka cipta quadcopter, casing sensor dan gear pendaratan di Solidworks dan menunjukkan konsep terbaharu itu melalui ujian cetakan 3D.

Sikap kepimpinan beliau juga turut menjadi perhatian apabila dia menjadi ketua pasukan dan menerajui penyelidikan dan pengembangan Projek Hexacopter dengan University of California, San Diego.

Jadi, tidak hairanlah jika TESLA mengambil Fakhirah untuk bekerja di syarikat gergasi itu dalam bidang automotif.

Hebat, bukan?

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Oleh itu, para pelajar khususnya masih di bangku sekolah boleh jadikan kejayaan wanita-wanita ini sebagai inspirasi dalam mengejar cita-cita anda. Walau apa-apa jua halangan dan cabaran, janganlah putus asa. Teguhkan keazaman anda dan teruskan usaha!

Semoga bermanfaat!

Remaja hebat kuasai pelbagai kemahiran

0

Dalam menempuh arus eraglobalisasi, pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh generasi kini. Dalam konteks ini, generasi muda khususnya para remaja yang merupakan bakal pemimpin negara wajarlah mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran.

Terdapat 3 kemahiran penting yang perlu ada pada setiap individu hari ini:

i) Kemahiran komunikasi

ii) Sifat kepimpinan

iii) Penguasaan teknologi

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Remaja yang hebat ialah remaja yang mampu menggunakan medium komunikasi dalam sebarang penyelesaian masalah. Sebagaimana yang kita maklumi, dalam menempuhi alam kerjaya masa kini, kemahiran komunikasi menjadi aspek penting dari segi interaksi dan komunikasi dengan masyarakat selain mutu kerja yang berkualiti. Oleh itu, wajarlah sekiranya kemahiran ini dikuasai oleh semua remaja.

Selain lancar dalam komunikasi, remaja juga digalakkan untuk memahirkan diri dengan pelbagai bahasa. Jadi, buat remaja di luar sana, anda digalakkan untuk menguasai bahasa asing seperti bahasa Mandarin, Jepun, Korea selain bahasa Inggeris yang merupakan bahasa utama dunia.

Anda bukan sahaja dapat memahami lebih banyak budaya, malah peluang kerjaya yang menjanjikan pendapatan yang lumayan sudah pasti dalam genggaman anda sekiranya anda melengkapkan diri dengan kemahiran komunikasi ini.

SIFAT KEPIMPINAN

Mungkin ada antara anda yang memandang enteng akan perkara ini walhal sifat kepimpinan ini diperlukan oleh insan di atas muka bumi. Siapa sahaja yang terlepas daripada menjadi pemimpin?

Jelas sekali dalam kehidupan, seorang lelaki akan menjadi pemimpin kepada keluarganya sama ada sebagai seorang suami, ayah, abang dan juga pemimpin masyarakat. Begitu juga wanita, anda akan menjadi seorang ibu, mungkin juga seorang kakak, setidak-tidaknya anda mungkin diperlukan sebagai seorang teman.

Apatah lagi apabila melibatkan dunia kerjaya, untuk anda naik pangkat dengan mudah dalam sesuatu organisasi mahupun membuka perniagaan sendiri, sifat kepimpinan amatlah diperlukan.

Oleh itu, ambillah peluang untuk memupuk sifat kepimpinan dalam diri anda sejak anda di bangku sekolah lagi. Anda boleh membina sifat kepimpinan dalam diri apabila menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah terutamanya aktiviti berunsurkan persatuan dan pasukan beruniform itu. Remaja akan dididik dengan cara untuk menguruskan sesuatu projek dengan lancar dan efektif sambil memahami ciri-ciri manusia secara umumnya.

Mudah, bukan?

PENGUASAAN TEKNOLOGI

Kemajuan dalam teknologi komunikasi begitu pesat membangun saban hari. Oleh itu dunia teknologi yang berunsurkan komputer, telefon bimbit, dan satelit yang harus difahami oleh remaja.

Remaja hendaklah membiasakan diri menggunakan peralatan komputer dan sebagainya untuk memastikan pengetahuan mereka terhadap teknologi komunikasi moden begitu mendalam. Hal ini penting kerana teknologi maklumat ini dapat mempercepatkan proses penyebaran dan pemerolehan maklumat melalui rangkaian intenet dan laman web.

Untuk menguasai bidang ini ,para pelajar digalakkan menyertai kelab teknologi maklumat di sekolah. Remaja juga digalakkan untuk meneroka dunia teknologi dengan pemantauan ibu bapa.

Fasa remaja merupakan fasa penerokaan. Hargai zaman remaja anda dan pilih sisi yang terbaik dalam melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan pada masa hadapan.

Semoga bermanfaat!

STEAM pendekatan pendidikan terhebat!

STEAM adalah akronim untuk Science (Sains), Technology (Teknologi), Engineering (Kejuruteraan), Art (Seni)dan Mathematic (Matematik) yang merupakan satu pendekatan bagi pembelajaran secara menyeluruh agar pelajar dapat menghargai menghayati suatu subjek yang dibincangkan. Ianya direka agar pelajar didorong untuk bertanya, berbincang dan berfikir secara kritikal.

Dunia berubah, begitu juga pendidikan.

STEAM adalah produk teori dan amalan mutlak yang berasal dari Amerika. Para pendidik percaya bahawa semua mata pelajaran ini memainkan peranan utama dalam kerjaya pelajar masa depan. Oleh itu, pelajar digalakkan untuk belajar dan menyatukan pelbagai jenis pengetahuan ini.

Tujuan utama pendidikan tradisional adalah menggunakan pengetahuan untuk berfikir dan mencipta. STEAM menghubungkan pengetahuan dan kemahiran, dan mengajar pelajar bukan sahaja untuk mencipta idea-idea baharu, tetapi juga untuk merealisasikan idea-idea ini di dunia nyata. Hanya pengetahuan yang boleh diterjemahkan ke dalam realiti dianggap bermakna.

Matlamat STEAM

  • untuk melahirkan insan yang berani mengambil risiko,
  • terlibat secara terus dengan pembelajaran melalui pengalaman,
  • berupaya berfikir untuk menyelesaikan masalah,
  • mampu berkerjasama dengan rakan-rakan dalam proses yang kreatif.

Ciri-ciri STEAM

  • kaedah pengajaran baru berdasarkan teknologi abad ke-21
  • gabungan teknologi pengajaran baru
  • ruang pembelajaran yang fleksibel
  • rasa ingin tahu yang menarik
  • kandungan pengajaran yang menarik.

Kaedah pembelajaran menggunakan pendekatan STEAM:

  • pelajar menonton dokumentari, bermain permainan atau melakukan aktiviti dengan guru
  • Pelajar mendapat gambaran umum sesuatu topik atau subtopik.
  • Pelajar melukis atau melakukan kraf sebagai satu bentuk percubaan.
  • Pelajar kemudian meneroka topik ini secara individu: menonton video, mendengar penjelasan audio, melihat halaman web dan sembang dalam talian. Ini adalah masa untuk belajar bebas dan menerokai konsep.
  • Pelajar menduduki ujian untuk menguji tahap penguasaan melalui
    • rakaman audio video
    • menulis blog
  • Guru meminta seluruh kelas membuat video 10 minit untukmenunjukkan kemampuan pemahaman dan ekspresi pelajar (melalui demonstrasi dan aplikasi).

Perkara ini menunjukkan kaedah pembelajaran STEAM berbeza daripada kelas biasa secara umum.

Melalui pendekatan STEAM, pelajar

  • boleh belajar secara lebih baik
  • mencari sumber masalah
  • menyelesaikan masalah secara bebas
  • berkongsi pengalaman tentang kejayaan dan kegagalan mereka
  • bekerjasama untuk mengatasi projek atau masalah.

Kesan STEAM:

  • menyambungkan pelbagai kandungan pengetahuan
  • mengajarkan cara menggunakan pelbagai kandungan bersama
  • amalan adalah sama pentingnya dengan teori.

Kesimpulannya, apabila dibandingkan dengan kaedah pengajaran tradisional, pengajaran STEAM menggalakkan pelajar untuk mencuba, membuat model, muzik dan filem dengan tangan mereka sendiri.

Pelajar juga berupaya mengubah idea menjadi tindakan, dan membuat produk akhir. Kemajuan ini menjadikan kanak-kanak dapat menyambung teori dan mengamalkan dengan cekap, dan membantu proses peralihan mereka dari sekolah menengah ke universiti dengan cemerlang.

Aktiviti Musim Cuti Sekolah

0

Cuti sekolah telahpun bermula. Apakah perancangan ibu bapa buat anak-anak sepanjang cuti sekolah ini selain daripada melancong? Anak-anak pasti teruja menyusun jadual dengan pelbagai aktiviti menarik yang bakal dilakukan ketika cuti sekolah.

Banyak aktiviti yang sama sahaja? Anda pun sudah tidak mempunyai idea berkenaan aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak pada musim cuti sekolah ini? Ha, jom cikgu kongsikan satu kelas yang sangat menarik untuk anak anda sertai.

Siapa yang tidak kenal dengan karakter Didi dan rakan-rakannya betul? Satu Malaysia sudah kenal. Kerjasama antara MyTutor dan juga Cool Code Academy telah membawakan satu kelas untuk anak anda belajar buat game bersama dengan Didi & Friends Game Developers!

Menarik bukan? Dalam kelas ini, anak anda akan belajar dari awal bagaimana untuk mencipta permainan atas talian. Wah, dah macam profesional. Saya pasti anak mesti teruja! Mana tidaknya, anak anda dapat belajar buat permainan atas talian tau.

Pastikan anak anda sertai kelas yang bermanfaat ini.

Apakah yang anak anda akan dapat dan belajar?

  • Belajar cara-cara membuat ‘Game’ seperti SUPER MARIO.
  • Menerapkan kemahiran menyelesaikan masalah daripada peringkat awal.
  • Memupuk daya fikir yang kreatif dalam diri kanak-kanak.
    Mendapat SIJIL PENYERTAAN sebagai nilai tambahan kokurikulum anak.
  • Dibimbing oleh pelatih yang bertauliah dan berpengalaman.
  • Berpeluang menyertai Komuniti MyTalent yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang dapat mencungkil bakat dan minat anak-anak.
  • ‘Workshop Hands-On’, menawarkan pengalaman yang lebih praktikal buat si cilik!

Untuk info lanjut boleh klik pautan di bawah:

https://t.me/MyTalentMY

Sejarah Di Sebalik Israk Mikraj

0

Israk Mikraj bakal tiba esok. Malam yang penuh dengan peristiwa penting. Jom kita dalami sejarah di sebalik israk mikraj dan apa yang berlaku sebenarnya pada malam tersebut.

Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah ﷺ hanya berlangsung pada satu malam sahaja. Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda ﷺ sedar.

Sebelum Israk dan Mikraj

Sebelum melalui kejadian Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad ﷺ mengalami pembedahan dada yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda ﷺ telah dicuci dengan air zam-zam serta dibuang ketulan hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was²nya. Kemudian dituangkan hikmah, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah ﷺ. Setelah itu, dada Baginda ﷺ dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”.

Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama “Buraq” untuk ditunggangi oleh Rasulullah ﷺ dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

Semasa Israk

(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (Israk), Nabi Muhammad ﷺ ditemani oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat yang mulia dan bersejarah, Rasulullah ﷺ telah diarahkan oleh Jibrail supaya berhenti dan bersolat sebanyak dua rakaat.

Tempat tersebut adalah:

  1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah ﷺ akan melakukan hijrah.
  2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah S.W.T.
  3. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa A.S. dilahirkan)

Dalam perjalanan itu juga Nabi Muhammad ﷺ menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa² simbolik yang amat ajaib.

Di antara peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :

  1. Kaum yang sedang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila hasil itu dituai, hasil yang baharu keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah ﷺ diberitahu oleh Jibrail : “Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”
  2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah ﷺ diberitahu oleh Jibrail : “Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah S.W.T).”
  3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka sendiri. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan semula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah ﷺ: “Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).”
  4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : “Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”
  5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: “Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing sudah mempunyai isteri / suami.”
  6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang makan riba.”
  7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tidak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: “Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.”
  8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.”
  9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: “Itulah orang yang suka mengumpat dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.”
  10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tidak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: “Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.”
  11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah ﷺ tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. “Jika Rasulullah ﷺ memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.”
  12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah ﷺ berhenti. Rasulullah ﷺtidak menghiraukannya. Kata Jibrail: “Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sehingga tua.”
  13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah ﷺ untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Nabi Muhammad ﷺ turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Nabi Muhammad ﷺ berasa dahaga, lalu Jibrail membawa dua bekas yang berisi arak dan susu. Rasulullah ﷺ memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: “Baginda ﷺ membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.”

Semasa Mikraj

(Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Nabi Muhammad h ﷺ dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Di Tangga Pertama:
Nabi Muhammad ﷺ dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Di Tangga Kedua:
Nabi Muhammad ﷺ. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Di Tangga Ketiga:
Naik langit ketiga. Rasulullah ﷺ bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Di Tangga Keempat:
Naik tangga langit keempat. Rasulullah ﷺ bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Di Tangga Kelima:
Naik tangga langit kelima. Rasulullah ﷺ bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Di Tangga Keenam:
Naik tangga langit keenam. Nabi Muhammad ﷺ bertemu dengan Nabi-nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah ﷺ mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Di Tangga Ketujuh:
Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah ﷺ.

Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Dikau akan berjumpa dengan Allah S.W.T pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu:

“LAH HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.”

Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:

“SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-‘AZHIM.”

Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.”

Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah ﷺ dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersolat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Di Tangga Kelapan:
Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ﷺ menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tidak terperi oleh manusia. Baginda ﷺ dapat menyaksikan juga sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Di Tangga Kesembilan:
Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah ﷺ masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Di Tangga Kesepuluh:

Rasulullah ﷺ sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah سبحانه وتعالى dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah سبحانه وتعالى dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T: “Ya Muhammad!”

Nabi Muhammad ﷺ: “Labbaika.”

Allah S.W.T: “Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.”

Nabi Muhammad ﷺ : “Wahai Tuhanku! Dikau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Dikau berikan dia kerajaan yang besar. Dikau berkata-kata dengan Musa. Dikau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Dikau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Dikau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Dikau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Dikau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.”

Allah S.W.T: “Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (Surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) solat.”

Selesai Munajat

Selesai munajat, Nabi Muhammad ﷺ di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah ﷺ merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah S.W.T perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Nabi Muhammad ﷺ turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)

Penutup

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Rakan Pintar Pendidikan anak-anak

Dalam menerajui arus modenisasi, sistem pendidikan telah mengalami anjakan paradigma yang begitu pesat. Peranan ibu bapa amat diperlukan dalam penguasaan pendidikan anak-anak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ibu bapa digelar sebagai rakan pintar pendidikan anak-anak hari ini.

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya

Peribahasa ini jelas sekali menyatakan bahawa setiap tingkah laku ibu bapa memainkan peranan yang penting bagi pembentukan jati diri anak-anak. Dalam hal ini, ibu bapa wajar menjadi suri teladan dalam membentuk keperibadian yang baik dalam diri anak-anak.

Jika diteliti dengan lebih mendalam lagi, ibu bapa seharusnya

  • memastikan anak-anak mendapat pendidikan awal yang sempurna sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan. Dalam hal ini, amatlah penting untuk ibu bapa memastikan anak-anak menguasai kemahiran 3M (Membaca, Mengira dan Menulis) seawal 5 hingga 6 tahun.
  • memantau gerak geri anak-anak selepas waktu persekolahan serta pergaulan anak mereka.
  • cakna mengenai tugasan kerja rumah yang diberikan oleh guru.
  • cakna dan memberikan sokongan mengenai kebolehan dan bakat terpendam anak-anak dalam bidang kemahiran, sukan dan lain-lain lagi.

Bukan itu sahaja, sokongan ibu bapa ini lebih kepada tanggungjawab mereka di rumah bagi memastikan kesinambungan pembelajaran yang berlaku di sekolah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian pelajar sewaktu mereka berada di rumah lebih-lebih lagi sewaktu cuti sekolah mahupun pada hujung minggu.

Kehadiran ibu bapa ke sekolah melalui perjumpaan ibu bapa-guru, bantuan mengajar tugasan sekolah, pembelajaran di rumah, penyertaan ibu bapa dalam membuat keputusan dan perancangan aktiviti sekolah juga diperlukan sebagai rakan pintar pendidikan anak-anak.

Langkah sebegini secara tidak langsung memberikan impak yang positif kepada pencapaian akademik anak-anak. Ibu bapa juga diingatkan supaya memberikan tumpuan kepada anak-anak pada peringkat sekolah menengah.

Alasan seperti ini merupakan alasan tidak relevan :

  • anak-anak pada peringkat menengah ini sudah pandai berdikari
  • tumpuan wajarnya diberikan kepada anak-anak yang masih kecil

Dalam konteks ini, tanggungjawab ibu dan bapa tidak boleh dilepaskan seratus peratus kepada orang lain atau kepada pihak sekolah sahaja. Bebanan mengasuh dan mendidik adalah tugasan ibu bapa dan disokong serta dibantu oleh guru-guru di sekolah. Ia merupakan amanah dan ia bukan satu bebanan.

Modal insan yang berkualiti pastinya dapat dilahirkan sekiranya ibu bapa memberikan sokongan yang padu sebagai rakan pintar pendidikan anak-anak bagi menghadapi dunia baharu yang serba pantas lagi kompleks ini.

MyTutor kini menyediakan platform khas yang menghubungkan ibu bapa dan tutor-tutor berpengalaman di seluruh Malaysia dalam memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anak. Dapatkan kelas di rumah secara fizikal mahupun online bersama tutor terbaik mengikut keperluan anak-anak anda dan sesuai dengan bajet anda. Pelbagai jenis tutoring berkenaan kemahiran tambahan seperti masakan dan pastri, kemahiran coding dan lain-lain lagi. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai komuniti MyTalents yang menawarkan pelbagai program kemahiran buat anak-anak cilik anda.

Semoga bermanfaat!

Pengurusan Masa Efektif – Bagaimana?

0

Berapa ramai yang masih gagal untuk menguruskan masa dengan baik? Masih terbabas dan terleka dalam melakukan tugasan yang sepatutnya dilakukan? Saya yakin masih ramai. Pengurusan masa melibatkan disiplin yang tinggi. Jika disiplin tidak ada, saya pasti pengurusan masa anda juga berterabur dan tidak di uruskan dengan baik.

Kali ini kita menyelusuri rahsia Surah al-Asr. ALLAH SWT berfirman:

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Surah al-Asr 103:1-3).

Surah al-Asr adalah antara surah yang terpendek di dalam al-Quran. Surah ini mengandungi tiga ayat yang membentangkan kepada kita tentang cara-cara untuk berjaya dalam kehidupan dan selamat di dunia dan akhirat. Imam al-Shafie berkata tentang surah ini, “Seandainya manusia merenungi surah ini, nescaya surah ini telah mencukupkan mereka.”

Surah ini juga menerangkan tentang masa. Banyak yang kita boleh ambil iktibar daripada surah ini. Masa tidak dapat diulang kembali. Maka sebaiknya kita haruslah memanfaatkan masa yang ada dalam melakukan perkara-perkara yang baik dan berfaedah.

1. Sediakan Jadual Harian

Menyediakan jadual harian dapat membantu anda untuk lebih kekal fokus dalam melakukan tugasan harian anda. Sediakan satu jadual ringkas dan tampal pada bahagian yang mudah untuk di lihat. Jadual yang mudah dilihat dapat mengingatkan anda untuk kekal fokus terhadap tugasan yang perlu diselesaikan. Jadual tidak perlu terlampau padat, cukup sekadar memasukan tugasan-tugasan penting yang perlu dilakukan setiap hari.

2. Senaraikan Perkara yang Ingin Dilakukan

Selain mempunyai jadual harian, hasilkan senarai tugasan yang ingin dilakukan bagi hari atau minggu tersebut. Jangan sekadar hanya ingat di dalam kepala kerana lumrah setiap manusia, kita akan terlupa. Seeloknya, tulis di atas sehelai kertas, kemudian tampalkan di sebelah jadual anda. Anda boleh pangkah setiap tugasan yang telah selesai bagi memudahkan lagi pihak anda untuk memantau setiap tugasan anda. Lebih baik jika anda boleh tuliskan sekali garis masa bagi setiap tugasan tersebut.

3. Tetapkan Matlamat yang Ingin Dicapai

Bekerja tanpa matlamat adalah kerja yang agak sia-sia. Sebaiknya, tetapkanlah matlamat yang ingin dicapai bagi setiap tugasan. Apabila kita mempunyai matlamat, sepastinya kita akan lebih fokus dalam menyiapkan tugasan tersebut. Tulis matlamat pada setiap tugasan dan pastikan matlamat anda jelas. Saya juga percaya jika kita menetapkan matlamat, kita akan rasa lebih bersemangat.

4. Bahagikan Aktiviti Harian Mengikut Keutamaan

Bila anda sudah ada jadual, ianya satu langkah yang bagus namun jangan lupa untuk susun aktiviti harian anda mengikut keutamaan. Lakukan perkara yang penting terlebih dahulu. Jangan bazirkan masa anda untuk melakukan perkara yang kecil dan tidak utama. Pastikan anda sudah selesai tugasan yang besar barulah anda selesaikan tugasan-tugasan kecil.

5. Tetapkan Had Masa Bagi Setiap Tugasan

Hal ini mungkin nampak remeh namun ianya sering terlepas pandang oleh ramai pihak. Perasan atau tidak? Kita sering meluangkan masa yang berlebihan terhadap sesuatu tugasan sedangkan tugasan tersebut sebenarnya boleh diselesaikan dalam masa yang lebih singkat. Maka, anda disarankan untuk menetapkan masa bagi setiap tugasan yang ingin diselesaikan agar pengurusan masa lebih efisen.

Pasti lebih banyak tugasan yang dapat diselesaikan apabila kita menetapkan had masa bagi setiap tugasan yang ada. Jangan sekadar tetapkan masa sahaja. Pastikan anda mengikut masa yang telah dihadkan dan memantau masa dari masa ke semasa ketika melakukan tugasan tersebut.

6. Jangan Suka Bertangguh

Sikap suka bertangguh inilah yang sering memakan diri kita. Tanpa kita sedar, kerja yang perlu diselesaikan tidak dapat diselesaikan. Ada juga yang berjaya menyelesaikan tugasan tersebut namun bagaimana pula dengan kualiti kerja tersebut? Saya pasti ianya hanyalah berkonsepkan ala kadar dan sekadar melepaskan batuk di tangga. Akhirnya, kita sendiri akan menyesal dengan tindakan diri sendiri.

Ubah diri anda untuk tidak menangguh kerja. Berikan komitmen serta fokus yang baik dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. dengan disiplin yang tinggi, saya pasti kita semua boleh buang sikap suka menangguh kerja ini. Tiada apa yang mustahil dan yakinlah dengan diri anda.