21.4 C
New York
Thursday, September 19, 2024
spot_img
Home Blog Page 9

Kepentingan Transformasi Digital di Dalam Bidang Pendidikan

Sedar atau tidak, di kala pandemik yang melanda negara selama lebih daripada dua tahun ini memberikan banyak impak negatif, masih lagi terselit impak positif yang boleh kita ambil. Antara impak positif adalah berkaitan pendigitalan pendidikan. Akibat kekangan untuk keluar, pihak kerajaan dan yang terbabit telah mengambil inisiatif untuk menggunakan digital sebagai salah satu cara orang ramai bekerja serta ke sekolah.

Masihkah kita ingat dengan terma bekerja di rumah, bekerja secara dalam talian dan kelas secara dalam talian? Tidak dilupakan juga kebanyakan latihan di sekolah turut diberikan dalam bentuk digital menggunakan tema gamifikasi. Budaya ini masih diteruskan sehingga hari ini dan ya, sekarang ianya juga tidak asing dan telah menjadi sebahagian daripada norma masyarakat kerana ianya turut membawa kesan positif pada sesetengah pihak.

Transformasi digital dalam dunia pendidikan banyak memberikan impak positif dan manfaat terhadap masyarakat. Walaupun pada mulanya ia menjadi dilema serta cabaran hebat, namun akhirnya, hari ini ia memberikan pelbagai impak positif terhadap guru serta pelajar. Yang seronoknya, transformasi ini membuatkan ramai pihak mempunyai akses terhadap kelas, latihan dan maklumat berkaitan pendidikan.

Kepentingan pendidikan digital dalam pendidikan telah menjadi bualan hangat oleh pelbagai pihak dek kerana ramai yang semakin cakna akan kesan positif penglibatan digital di dalam dunia pendidikan. Pembelajaran dalam talian didefinasikan sebagai pengajaran menggunakan internet dan teknologi berkaitan untuk pembangunan dan penyediaan bahan pengajaran, penyampaian dan juga pengurusan kursus menggunakan platform bersesuaian.

Di Malaysia, pembelajaran dalam talian melalui Massive Open Online Course (MOOC) adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 bagi menyokong agenda Lonjakan 9: Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global. Usaha ini juga boleh dilihat sebagai salah satu inisiatif pihak kerajaan dalam menjayakan transformasi digital yang diusahakan sejak 2017 dan mula mendapat perhatian serius dan meluas dengan pengambilalihan stesen tv NTV7 dengan penjenamaan semula sebagai Didik TV untuk menjadikannya saluran pendidikan perdana dalam talian.

Semasa pandemik saluran tv ini lebih banyak menyiarkan topik-topik pendidikan melibatkan pendigitalan berbentuk gamifikasi. Guru-guru turut mengambil inisiatif tambahan dalam menghasilkan bahan-bahan mengajar berbentuk digital yang boleh di akses dan digunakan oleh semua pelajar. Ramai pelajar yang teruja melihat bahan belajar yang berwarna-warni serta bergerak-gerak melibatkan animasi yang digunakan di dalam nota mahupun latihan yang telah disediakan.

Penggunaan digital juga membolehkan pelajar untuk menjadi lebih berdikari terutamanya pelajar sekolah menengah dan ke atas. Hal ini kerana mereka boleh mengakses bahan pembelajaran di mana sahaja pada bila-bila masa tanpa had. Belajar sendiri sudah mula menjadi norma apabila pelajar-pelajar ini ingin mencari maklumat tambahan berkenaan dengan topik atau tajuk yang ingin dipelajari hanya dengan kemudahan di hujung jari.

Latihan yang berbentuk gamifikasi serta interaktif membuatkan lebih ramai yang suka dan minat untuk melakukan latihan dengan lebih kerap tanpa rasa jemu dan bosan. Hal ini secara tidak langsung dapat memupuk sikap yang lebih positif dalam kalangan pelajar. Pelajar akan berasa lebih seronok untuk belajar. Proses pembelajaran akan lebih kerap berlaku dan menyumbang kepada peningkatan prestasi akademik pelajar tersebut. Maka, gunakanlah kemudahan digital ini sebaiknya.

4 Teknologi Pendidikan di Sekolah & Kampus

Teknologi bukanlah sesuatu yang asing lagi buat kita semua. Tambahan lagi ketika pandemik, lebih ramai yang semakin cakna dengan Teknologi yang berkembang di dalam dunia pendidikan. 6 Teknologi ini sering kali digunakan di sekolah dan juga kampus. Yang mana yang anda sudah gunakan?

1. Mobile Learning

Pembelajaran menggunakan peranti seperti telefon bimbit ataupun tablet tidaklah asing lagi kerana ianya digunakan secara meluas terutamanya di kampus. Hampir ke semua pelajar kampus mempunyai telefon bimbit ataupun tablet. Ianya mudah di bawa kerana saiznya yang kecil berbanding peranti yang lain.

Pelajar juga boleh memuat turun pelbagai aplikasi berbentuk pendidikan melalui Google Play dan juga App Store bila-bila masa dan di mana sahaja. Maka, proses pembelajaran lebih mudah berlaku.

2. Blended Learning

Blended Learning adalah di mana pelajar akan melakukan sesi pembelajaran menggunakan bahan-bahan interaktif sebelum mulanya kelas bersama guru. Kebiasaannya, pelajar akan melihat bahan seperti video, slaid mahupun artikel di sesebuah laman sesawang.

Kaedah ini juga sudah digunapakai di beberapa sekolah di Malaysia. Manakala di universiti, hampir ke semua menggunakan kaedah ini. Kaedah ini didapati lebih efektif dalam membantu pelajar untuk memahami sesuatu topik dengan lebih baik dan efisen.

3. Gamifikasi

Teknologi Pendidikan yang digunakan di dalam bentuk gamifikasi sangat memberikan keterujaan kepada ramai pelajar. Pembelajaran berbentuk gamifikasi kebiasaannya akan membolehkan pelajar untuk mengumpul mata, lencana dan banyak lagi. Jika ianya di dalam kelas, pelajar-pelajar akan melakukannya bersungguh-sungguh untuk mendapatkan tempat yang tertinggi.

Kaedah ini juga diminati ramai dek kerana ianya lebih menarik kerana paparan gamifikasi kebiasaannya berwarna-warni dan mempunyai pelbagai animasi. Latihan di dalam bentuk gamifikasi seperti Kahoot, Quizizz dan banyak lagi sering digunakan di dalam kelas kerana banyak memberikan impak positif kepada pelajar dan juga guru.

4. Open Educational Resources (OER)

Pernah dengar tentang Open Educational Resources (OER)? Apa itu Open Educational Resources (OER). Sebenarnya kita selalu sahaja guna mungkin kita sahaja yang tidak biasa mendengar terma perkataan yang sebetulnya. Jadi apa sebenarnya Open Educational Resources ini?

Open Educational Resources (OER) ialah bahan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di dalam bentuk pelbagai format. Bahan-bahan ini berada dalam domain awam atau berada di bawah hak cipta yang telah dikeluarkan di bawah lesen terbuka, yang membenarkan akses tanpa kos, penggunaan semula, penyesuaian dan pengagihan semula oleh orang lain. Ianya bermakna bahan ini boleh di akses secara percuma oleh siapa-siapa pun.

Jika teknologi dapat dimanfaatkan semaksimum mungkin, yakin dan pasti ianya dapat memberikan kebaikan kepada ramai pihak dan juga dapat menaiktaraf pendidikan kepada yang lebih baik. Antara empa ini, yang mana satu paling anda suka dan kerap guna?

Pandangan: Sesi Sekolah Pada Jam 8 Pagi

0

Baru-baru ini, cadangan untuk memulakan sesi sekolah pada jam 8 pagi mengundang perdebatan hebat dikalangan ramai pihak. Jadual yang dicadangkan adalah 30 minit lewat berbanding jadual sedia ada di mana sesi persekolahan bermula pada jam 7.30 pagi. Pelbagai pandangan serta cadangan yang telah dikemukan serta dikongsikan daripada ahli akademik serta aktivis perguruan.

sumber gambar awani

Sebilangan berpandangan bahawa sesi persekolahan pada pukul 7.30 pagi haruslah dikekalkan dek kerana ada sekolah yang mempunyai atau menjalankan dua sesi persekolahan. Jika cadangan ini diimplimentasikan, maka ianya akan menganggu jadual sesi yang kedua (sesi petang). Hal ini bakal menimbulkan kekalutan kepada pihak guru serta sekolah.

Ada juga yang bersetuju dengan cadangan ini kerana ianya dapat memudahkan ibu bapa untuk mengatur jadual perjalanan harian masing-masing dengan lebih teratur. Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad, ketika melontarkan semula cadangan itu, berkata syor anjakan jadual sesi persekolahan ke jam 8 pagi itu dibuat selepas mengambil kira faktor keselamatan, kesejahteraan dan kesihatan rakyat.

Menurut beliau, kerajaan seharusnya menitikberatkan rasa belas kasihan dan empati kepada guru, ibu bapa dan murid di kawasan bandar kerana ada yang terpaksa bangun seawal jam 4.30 pagi untuk ke sekolah. Tambahannya lagi, syor berkenaan diperkuatkan dengan hujah membabitkan guru, ibu bapa dan murid yang mendiami kawasan bandar terpaksa meredah kesesakan lalu lintas untuk ke sekolah, seawal jam 6 pagi.

sumber gambar awani

Bagaimana pula dengan ibu bapa di luar sana? Apakah pandangan anda berkenaan isu yang hangat ini?

Punca Negara Kekurangan Guru

0

Walaupun sudah melangkau memasuki tahun 2023, namun isu kekurangan guru masih terjadi dan belum dapat ditangani dengan efektif. Apakah sebenarnya punca utama isu kekurangan guru di Malaysia ini? Menurut Dr Anwar yang merupakan Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad, punca negara kekurangan guru adalah disebabkan terlalu banyak mata pelajaran, ramai guru bersara awal disebabkan lambakan kerja melibatkan pentadbiran.

Isu ini bukanlah isu baharu di dalam negara. Ianya telah lama berlaku namun masih tindakan yang di ambil belum mencukupi dalam menyelesaikan isu ini secara terus. Isu ini dikatakan agak kritikal terutamanya di Sabah dan Sarawak. Ramai yang mengharapkan agar isu ini dapat ditangani dengan kadar segera. Menurut KPM, mereka menyasarkan untuk menyelesaikan kemelut ini bermula daripada Mac 2023 secara berperingkat.

Terlalu banyak mata pelajaran menyebabkan kekurangan guru. Pada dasarnya, bagaimana isu ini menyumbangkan kepada kekurangan guru? Apabila terlalu banyak mata pelajaran, guru-guru terpaksa mengambil serta mengajar subjek tersebut dan menyebabkan mereka berasa tertekan dek kerana jadual yang padat. Bukan itu sahaja, ada subjek yang bukanlah kepakaran mereka dan mereka terpaksa melakukan ulangkaji semula apabila diminta untuk mengajar subjek tersebut. Akhirnya, guru-guru ini bertindak untuk meletakkan jawatan. Pelantikan guru mengikut bidang yang diingini pula mengambil masa.

KPM ketika ini mengatakan bahawa mereka sedangn berdepan cabaran kekurangan calon guru dari Institut Pendidikan Guru (IPG) selain ketidaksepadanan opsyen mata pelajaran. Antara mata pelajaran dikesan mengalami kekurangan guru adalah Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi di peringkat sekolah rendah. Manakala di sekolah menengah, antara mata pelajaran yang menunjukkan kekurangan guru adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam serta Reka Bentuk dan Teknologi.

Seterusnya, ramai guru yang membuat keputusan untuk bersara awal kerana mereka terlalu penat dengan lambakan tugasan yang diberikan. Hal ini berlaku apabila kes seperti lebihan pengambilan subjek menyebabkan mereka perlu menyediakan lebih banyak bahan mengajar dan juga pembelajaran. Kekangan masa menyebabkan mereka ini mendapat rehat yang tidak mencukupi. Bayangkanlah, pada 9 November tahun lalu sebanyak 4,360 permohonan persaraan pilihan dibuat oleh guru bermula Januari tahun sama.

Keluhan demi keluhan dapat dilihat melalui perkongsian beberapa guru melalui media sosial mereka. Antara keluhan yang dikongsikan adalah berkenaan persoalan sistem pendidikan negara ditambah lagi tekanan kerja menyebabkan golongan pendidik lesu dan mendorong mereka untuk ‘menarik diri’ setelah berpuluh tahun berkhidmat sebagai guru.

Lebih menyedihkan, ada juga mendakwa terpaksa menipu dalam mengisi data seperti sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan pemansuhan peperiksaan. Ada yang mendakwa terpaksa ‘menipu’ dalam memberi markah tahap penguasaan murid walaupun murid tidak tahu membaca selain menjadi mangsa pertindihan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) akibatnya terpaksa menanggung kesalahan yang bukan daripada mereka sendiri.

Isu ini secara tidak langsung telah mengakibatkan semakin banyak kekosongan jawatan guru yang perlu diisi. Proses pencarian guru yang berpotensi untuk menggantikan guru veteran merupakan antara cabaran yang paling besar. Sesungguhnya, pengalaman serta kefahaman mereka terhadap subjek diajar amatlah penting, lebih-lebih lagi dalam merangka modul pemulihan pasca pandemik. 

Bagi sesetengah pihak, perkara ini mungkin dilihat sebagai peluang yang baik untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada graduan pendidikan. Tetapi, dalam tempoh menunggu kemasukan guru-guru baharu, vakum kekosongan tetap perlu diisi, sekaligus menambah tugasan guru-guru semasa untuk mengajar kelas-kelas yang tiada guru. Perkara ini mungkin akan mengakibatkan guru-guru merasa lebih terbeban dengan penambahan gerak kerja, hatta, ianya juga akan mengganggu kelancaran pembelajaran para pelajar.

Kami percaya, ramai yang mengharapkan solusi yang lebih efektif dapat diimplimenkan dan akhirnya isu ini segera ditangani. Isu ini memberikan terlalu banyak impak negatif terutamanya terhadap pelajar. Ianya juga menganggu kualiti pembelajaran serta pengajaran seterusnya menjejaskan prestasi akademik pelajar tersebut.

Tangani stres dan bermotivasi sebagai pelajar

0

Apakah stres?

Normalkah para pelajar menghadapi stres?

Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan stres sebagai keadaan resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal.

Justeru itu, para pelajar boleh menggunakan konsep JERI

Apakah JERI?

  • J=Jasmani
  • E=Emosi
  • R=Rohani
  • I=Intelek)

Jom kita memahami konsep JERI dalam menangani stres.

Jasmani

Dalam hal ini, para pelajar perlu mengamalkan gaya hidup sihat secara fizikal bagi membendung stres. Jangan hairan jika saya katakan para pelajar juga perlu menetapkan masa harian untuk bersenam.

Gunakanlah masa senggang pada setiap petang untuk bersenam. Anda tidak perlukan senaman yang berat. Memadai dengan berjalan pantas atau berjoging di sekeliling rumah. Selain itu, bermain badminton dan futsal bersama-sama kawan juga sangat membantu. Ambil masa 1 hingga 2 jam sahaja ya.

Aktiviti sebegini menggalakkan otot jantung anda “bekerja”. Hal ini membolehkan aliran darah di dalam badan menjadi lancar sekaligus merendahkan risiko serangan jantung, darah tinggi dan angin ahmar atau strok selain berupaya memberikan kualiti tidur yang baik pada waktu malam. Selain dapat menstabilkan emosi, masa anda juga terisi dengan perkara yang berfaedah.

Hebat, bukan? 1 aktiviti berupaya memberikan pelbagai impak dalam kehidupan.

Emosi

Pelajar yang hebat ialah pelajar yang berupaya mengawal emosi. Sebagai manusia, kita tidak terlepas daripada menghadapi masalah. Sekiranya anda mempunyai masalah dengan penyelesaian yang buntu, anda digalakkan untuk mendapatkan bantuan.

Carilah guru bimbingan untuk meluahkan masalah anda. Berjumpa dengan guru kaunseling juga merupakan jalan keluar yang baik. Selain ibu bapa, saudara-mara yang terdekat juga antara insan-insan yang dapat membantu anda untuk mencari jalan penyelesaian.

Perkara yang penting ialah anda perlu berkomunikasi. Luahkan masalah anda.

Pengurusan masa yang baik juga akan mempengaruhi emosi anda. Nak dapatkan tips perancangan masa buat pelajar cemerlang secara PERCUMA? Klik pautan ini: E-BOOK PERCUMA! – Pengurusan Masa Pelajar Cemerlang!

Kualiti tidur dan pemakanan yang seimbang juga memainkan peranan. Oleh itu, dapatkan tidur yang mencukupi. (6 hingga 8 jam sehari)

Ambil pemakanan yang berkhasiat untuk mengelakkan masalah kesihatan yang bakal memberikan kesan negatif buat proses pembelajaran anda.

Elakkan pemakanan seperti air berkarbonat, gula yang berlebihan, makanan segera dan makanan ringan yang boleh memudaratkan kesihatan. Ingat, badan sihat, minda cerdas!

Emosi yang stabil pastinya menjamin kehidupan yang unggul.

Rohani

Lakukan kepercayaan ritual mengikut ketetapan waktu bagi kepercayaan dan agama masing-masing.

Berdoalah agar urusan anda dan keluarga sentiasa dipermudahkan. Bukan itu sahaja, anda juga perlu berdoa supaya diberikan kelapangan hati agar urusan menyerap proses pembelajaran berjalan lancar.

Bagi pelajar muslim, solatlah 5 waktu sehari. Solat tahajud dan solat-solat sunat yang lain seperti solat sunat Dhuha, solat hajat dan sebagainya sebagai amalan.

Intelek

Ada juga situasi dimana para pelajar begitu komited dalam mengejar kecemerlangan bagi setiap mata pelajaran sehingga mengundang stres. Kerja sekolah dan kerja kursus yang tidak dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan akan menyebabkan para pelajar berasa gugup dan gementar untuk ke sekolah. Ini juga akan mendorong kepada stres yang berpanjangan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kecemerlangan dalam mata pelajaran di sekolah adalah dambaan para pelajar. Sebenarnya, tiada pelajar yang dilahirkan tidak pandai dan tidak kompeten. Isu utamanya adalah pengurusan masa sebagai seorang pelajar.

Justeru itu, pengurusan masa adalah sangat penting dalam menangani stres. Anda perlu ketahui cara penyusunan masa dengan menggunakan konsep dahulukan keperluan tugasan mengikut tarikh penghantaran tugas tersebut. Elakkan sifat bertangguh sekiranya anda memiliki masa senggang.

Buatlah jadual harian agar sesi pembelajaran berjalan dengan lancar. Pastikan anda mengulang kaji pelajaran yang telah dipelajari dalam masa 24 jam

Salah satu pembelajaran yang efektif adalah dengan melakukan self-study sebelum guru-guru di sekolah mengajar. Pelbagai bahan pembelajaran terdapat dalam talian, youtube dan juga dijual dengan harga yang berpatutan di Edufy.

“Cikgu, saya lemah dalam topik ni. Bagaimana?”

Ha, selalukan situasi ni terjadi. Jangan stres. Anda hanya perlukan bantuan.

Dapatkanlah bantuan daripada guru-guru sekolah. Luangkan masa lepas tamat waktu persekolahan untuk ke bilik guru dan bertanyakan soalan. Jangan lupa buat janji temu dengan cikgu anda ya.

Anda juga boleh mendapatkan khidmat tuisyen secara bersemuka mahupun dalam talian secara individu ataupun dalam kumpulan yang kecil bersama MyTutor. Sekiranya anda merupakan pelajar yang boleh self-study atau jauh daripada kemudahan tuisyen, lebih baik anda melanggan kelas-kelas akademik yang dijalankan secara langsung (live) dan menyediakan rakaman kelas untuk sesi ulang kaji seperti di Edufy. Bahan-bahan kelas yang disediakan ini sangat bermanfaat buat para pelajar. Tiada alasan untuk tidak cemerlang. Sesuaikan sesi pembelajaran dengan keperluan anda pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Dunia pendidikan hari ini di hujung jari anda sahaja.

Pokok pangkalnya, pengurusan masa dan usaha dalam mendapatkan bantuan mengikut keperluan individu merupakan dua gabungan yang efektif dalam menangani stres buat pelajar.

Sebagai generasi pemangkin negara, anda merupakan harapan bangsa. Justeru itu, pengurusan stres yang baik perlu dijadikan panduan. Yang bulat tidak bergolek, yang pipih tidak melayang. Justeru itu, usahalah untuk menjadi pelajar yang terbaik kerana masa sebagai pelajar ini adalah masa emas yang tidak akan berulang lagi. Anda pasti merindukan masa sebagai pelajar apabila sudah memasuki alam pekerjaan kelak.

Semoga bermanfaat dan Selamat berjuang!

5 Tips Memilih Bidang Pengajian

Baru selesai baca berkenaan tulisan saya Seawal 24 Tahun Sudah Ada Master? – Betulkah? Kemudian tertanya-tanya, saya sudah tahu perjalanan pendidikan saya. Bagaimana pula untuk saya memilih bidang pengajian yang bersesuaian dengan saya? Bagaimana kalau saya tersalah pilih nanti? Jom baca 5 Tips Memilih Bidang Pengajian. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu dalam membuat keputusan nanti.

1. Mengenalpasti Kebolehan Diri

Penting untuk kita mengetahui kebolehan diri kita agar ianya memudahkan kita sewaktu pengajian nanti. Lakukan kajian berkenaan kebolehan diri. Apa kebolehan diri anda? Sebagai contoh, anda mempunyai kebolehan memasak atau memang handal dalam subjek sains, maka anda boleh memilih kursus berkaitan memasak dan juga melakukan dan mencari kursus berkaitan bidang sains. Bagi kemahiran, anda boleh memilih aliran TVET.

Anda tidak disarankan untuk mengambil kursus yang tidak diminati atau yang bukan kemahiran anda kerana sepastinya anda akan mudah berasa bosan dan putus asa di pertengahan jalan. Kita tidak mahu perkara sebegini berlaku kerana ianya akan merugikan masa anda sendiri.

2. Keputusan Peperiksaan

Seiring dengan kebolehan diri, sepastinya anda perlu mempunyai keputusan peperiksaan yang menepati kehendak kriteria kursus tersebut. Jika minat sahaja atau kebolehan tanpa keputusan peperiksaan yang memberangsangkan, sudah pasti ianya bukan mudah untuk anda mendapatkan atau memasuki kursus tersebut semasa di universiti nanti. Kebanyakan universiti meletakan kriteria keputusan peperiksaan bersesuaian dengan bidang yang bakal di pohon. Ke semua maklumat ini boleh didapati di hujung jari.

Maka, saya amat menyarankan untuk anda membuat semakan kriteria bagi bidang yang anda minati seawal mungkin. Sebagai contoh, jika anda seorang yang suka berhujah, suka berdebat dan meminati pembacaan fakta serta bercita-cita untuk menjadi seorang peguam, anda seharusnya cakna bahawa anda perlu hebat di dalam tiga subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Sejarah. Jika ketiga-tiga ini tidak memberangsangkan, bagaimana untuk anda mengambil kursus yang diminati itu nanti?

3. Bertanyakan Pendapat Orang Lain

Bertanyakan pendapat tidak semestinya anda perlu ambil dan gunakan pandangan tersebut. Anda boleh menilai pandangan tersebut sama ada ianya relevan ataupun tidak. kebaikannya bertanya ini ialah kadangkala kita dapat pandangan daripada perspektif yang kita tidak jangkakan dan kadangkala kita terlepas pandang perkara tersebut. Maka tidak rugi bertanya sebenyarnya.

Lebih baik lagi jika anda bertanyakan kepada orang yang memang mempunyai pengalaman di dalam bidang tersebut. Sebagai contoh anda mempunyai keinginan untuk menjadi seorang Web Developer dan mempunyai saudara atau kenalan yang menjadi seorang Web Developer anda boleh bertanyakan tentang pengalaman mereka belajar. Lebih mudah kerana mereka sudah pun mempunyai pengalaman di dalam bidang tersebut. Tanya pada yang arif.

Selain daripada bertanyakan orang sekeliling, anda juga boleh hadir ke mana-mana pameran universiti atau karnival pendidikan yang sering dianjurkan. Kebiasaannya, ada golongan yang arif akan berada di situ untuk membantu anda menerangkan segala persoalan yang berlegar-legar di ruangan minda anda. Di sini juga anda bakal memperolehi maklumat penuh berkenaan bidang yang anda ingin ceburi.

Karnival Pendidikan MARA

4. Senaraikan Kelebihan dan Kekurangan Dalam Setiap Bidang

Bagaimana pula jika anda mempunyai lebih daripada satu pilihan? Apa yang perlu anda buat? Mudah sahaja, senaraikan kelebihan serta kekurangan dalam setiap bidang. Kemudian, lakukan perbandingan antara pilihan tersebut. Tidaklah nanti anda menyesal di kemudian hari. Ada pelajar yang berhenti di tengah jalan dan mula mengambil bidang yang lain. Tindakan ini amatlah merugikan masa, tenaga dan wang anda. Maka, bersedialah lebih awal dan buatlah keputusan yang baik. Ini merupakan masa depan anda.

Jangan semberono atau terlampau gian untuk mengikut rakan dek kerana risau tiada rakan semasa melanjutkan pelajaran nanti. Ramai yang saya perhatikan mereka memilih kursus tersebut kerana ingin bersama rakan-rakan mereka di tempat pengajian nanti kerana risau akan ketiadaan rakan mereka. Percayalah, keputusan ini kemudiannya boleh memakan diri sendiri. Menyesal tidak sudah nanti.

5. Melihat Kepada Peluang Pekerjaan

Selain daripada tips di atas, tips yang paling penting, lihatlah kepada peluang pekerjaan sesuatu bidang tersebut. Pastikan bidang tersebut mempunyai peluang pekerjaan yang banyak bagi memudahkan anda untuk memohon kerja seusai tamat pengajian nanti. Ini amat penting untuk memastikan anda tidak mengalami masalah pengangguran mahupun persaingan yang kuat selepas tamat pengajian.

Lebih bagus adalah pastikan pekerjaan tersebut diperlukan walaupun ekonomi merudum, negara dilanda masalah dan sebagainya. Lihat sahaja semasa pandemik yang berlaku, berapa ramai yang telah hilang pekerjaan? Namun masih ada sektor yang dikekalkan kerana keperluan dan kehendak bagi setiap pekerjaan itu adalah perlu.

Semasa pandemik, apa yang dapat kita lihat adalah, sektor kesihatan dan juga pendidikan tidak terjejas. Dua sektor ini merupakan antara sektor yang paling penting kerana ianya merupakan keperluaan masyarakat serta bukan semua orang mempunyai kemahiran di dalam dua sektor yang telah dinyatakan. Maka, boleh dikatakan semua pekerja di dalam dua sektor ini dikekalkan pekerjaannya sewaktu pandemik melanda Malaysia.


Kesimpulannya

Semuanya terletak di tangan anda, lakukanlah dan buatlah keputusan yang bijak kerana ianya melibatkan masa depan anda. Jika ke semua tips di atas sudah pun diikuti, insyaAllah pasti semuanya baik-baik sahaja. Semoga tips di atas dapat membantu dan semoga urusan anda dipermudahkan. Selamat Maju Jaya.

https://www.oystermill.com/wp-content/uploads/2023/01/
https://domivki.com.ua/wp-includes/css/
https://thepressagge.com/wp-content/uploads/2023/01/
http://www.peterboydsculpture.co.uk/wp-content/uploads/2023/01/
http://www.philippalmer.net/wp-content/uploads/
http://www.rawdo.org/wp-content/uploads/2023/01/
https://rotadasveendasonline.com.br/wp-content/uploads/2023/01/
http://www.platinumpolish.co.uk/wp-content/uploads/2023/01/gacor.html
http://www.selbyframe.com/wp-content/uploads/2023/01/
http://www.sudou-f.co.jp/wp/images/
http://sageworldwide.com/wp-content/uploads/2023/01/
https://www.prestotr.com/wp-content/uploads/2023/01/
https://www.pocketbelles.com/wordpress/wp-content/uploads/2023/01/
https://www.pouyagostargene.com/wp-content/uploads/2023/01/
http://www.preferredresumesblog.com/wp-content/uploads/2023/01/
http://www.popintertrade.com/wp-content/uploads/2023/01/
http://www.poeda.org/wp-content/uploads/2023/01/
http://www.tlmthorp.com/wp-content/uploads/2023/01/
https://www.studiolegalemanzo.com/wp-content/uploads/2023/01/
http://www.seodigest.com/wp-content/uploads/2023/01/
https://webradiopulsar.com/wp-content/uploads/2023/01/
http://tanieschody.com/wp-content/uploads/2023/01/
https://www.reintriumf.no/wp-content/uploads/2023/01/
http://www.tarotgratis.nl/wp-content/uploads/2023/01/
http://www.topbistro.ca/wp-content/uploads/2023/01/
http://www.pervane.de/wp-content/uploads/2023/01/
http://www.siouxcenter.com/wp-content/uploads/2023/01/
http://www.webtastixtest.co.nz/wp-content/uploads/2023/01/
http://www.spiceup.rs/wp-content/uploads/2023/01/
http://www.sc-pechgraben.at/wp-content/uploads/2023/01/
http://uslugi-slusarskie.com.pl/wp-content/uploads/2023/01/
https://www.priknum.com/wp-content/uploads/2023/01/
http://www.taichigong.fr/wp-content/uploads/2023/01/
https://www.magiskamöjligheter.com/wp-content/uploads/2023/01/
https://www.uie-solutions.com/wp-content/uploads/2023/01/
http://www.wodkat.nl/wp-content/uploads/2023/01/
http://www.szkowa.com/wp-includes/css/
https://www.xxlclassificados.com/wp-content/uploads/2023/01/
https://www.stillnes.es/wp-content/uploads/2023/01/
http://www.tjldkt.com/wp-content/uploads/2023/01/
http://www.sde-tremblay.com/wp-content/uploads/2023/01/
http://www.yjhbdj.com/wp-content/uploads/2023/01/
http://www.tsurukiya-k.com/wordpress/wp-content/uploads/2023/01/
http://www.vvs92.nl/wp-content/uploads/2023/01/
https://zakharov-developer.ru/wp-content/uploads/2023/01/
http://zadvo.com/wp-content/uploads/2023/01/
https://www.smiletolifemag.com/wp-content/uploads/2023/01/
http://www.quicksms.es/wp-content/uploads/2023/01/
http://www.smallstepsinspeech.org/wordpress/wp-content/uploads/
http://www.victoriabooks.com.br/wp-content/uploads/2023/01/
https://www.tegrys.de/wp-content/uploads/2023/02/
http://www.winetzwerk.de/wp-content/uploads/2023/02/
http://www.skirtshack.com/wp-content/uploads/2023/02/
https://studiolaguardia.it/wp-content/uploads/2023/02/
http://www.youdb.com.br/content/uploads/2023/02/pragmatic.html
http://www.voosn.com/wp-content/uploads/2023/02/
https://yasdl.org/wp-content/uploads/2023/02/
http://www.universodasmassagens.com.br/wp-content/uploads/2023/02/pragmatic.html
https://www.livesectional.com/community/profile/situs-slot-pragmatic-mudah-jackpot-cmd398/
https://familiavance.com/community/profile/situs-slot-pragmatic-mudah-jackpot/
https://lctraumacoalition.org/community/profile/situs-slot-pragmatic-mudah-jackpot/
https://www.tchsrl.it/wp-content/uploads/2023/02/
http://www.vegavinos.es/wp-content/uploads/2023/02/
http://www.reference-ring.pt/wp-content/uploads/2023/02/
http://xixi.aikaitao.com/wp-content/uploads/2023/02/
http://www.sebycon.cn/app/uploads/2023/02/
http://www.xabqzsgs.com/wp-content/uploads/2023/02/
https://www.tdpt.ca/wp-content/uploads/2023/02/
https://zfmbc.com/wp-content/uploads/2023/02/
http://www.specializedstainless.co.uk/wp-content/uploads/2023/02/
https://campusvirtual.areandina.edu.co/wp-includes/css/
https://universalcars.ca/community/profile/situs-slot-pragmatic-mudah-jackpot/
https://www.laundrynation.com/community/profile/situs-slot-pragmatic-mudah-jackpot/
https://noibo.typhugroup.com/wp-content/uploads/2023/02/
https://benjaminherold.ch/wp-content/uploads/2023/02/
https://betasolucoesfinanceiras.com.br/wp-content/uploads/2023/02/
https://careerlamps.com/wp-content/uploads/2023/02/
https://chintanvasani.com/wp-content/uploads/2023/02/
https://www.ycyy.vip/wp-content/uploads/2023/02/
https://blog.aissya.ro/wp-content/uploads/
https://boanovafinanceira.com.br/wp-content/uploads/2023/02/
https://demire.vn/wp-content/uploads/2023/02/
https://chammasuprimentos.com.br/wp-content/uploads/2023/02/
https://inpolyamory.com/community/account/slot-deposit-pulsa-smartfren/
https://avkglobaltrainers.com/wp-content/uploads/2023/02/
https://ateliercinematurc.com/wp-content/uploads/2023/02/
https://cltdoct.com/wp-content/uploads/2023/02/
https://crystals999.com/wp-content/uploads/2023/02/
https://cowcare.org/wp-content/uploads/2023/02/
https://cleverdesignsqatar.com/wp-content/uploads/2023/02/
http://www.redovisningskallan.se/wp-content/uploads/2023/02/
http://www.zylostudio.com/wp-content/uploads/2023/02/
https://www.sparrowandrose.com/wp-content/uploads/2023/02/
http://www.zuiniu5.com/wp-content/uploads/2023/02/
https://go-to-guys.de/community/profile/slot-deposit-pulsa-smartfren/
http://hzskjd.com/wp-content/uploads/2023/02/
https://zamurdsultanafoundation.com/wp-content/uploads/2023/02/
http://xiaowu.wiki/wp-content/uploads/2023/02/
https://zmarli.info/wp-content/uploads/2023/02/
https://detectarfugasdeaguasinromper.es/wp-content/uploads/2023/02/
http://www.play65.co.il/wp-content/uploads/2023/02/
http://zakroczym.nowy.adhdev.pl/wp-content/uploads/2023/02/
https://42petsshop.com/wp-content/uploads/2023/02/
http://zespol-doc.pl/wp-content/uploads/2023/02/
https://77startups.com/wp-content/uploads/2023/02/
https://www.rr82.de/wp-content/uploads/2023/02/
https://abcevaluations.com/wp-content/uploads/2023/02/
https://youngmogulenterprises.org/wp-content/uploads/2023/02/
https://2021kanegosyocongress.nccc.com.ph/wp-includes/css/
http://www.vibsisvibrasyon.com.tr/wp-content/uploads/2023/02/
http://yctai.com/wp-content/uploads/2023/02/
https://13melbourne-taxi.com.au/wp-content/uploads/2023/02/
http://yawuyu.com/wp-content/uploads/2023/02/
https://academiazilla.net/wp-content/uploads/2023/02/
http://zotto.cc/wp-content/uploads/2023/02/
http://www.xylptj.com/wp-content/uploads/2023/02/
http://zaminsaze.ir/wp-content/uploads/2023/02/
https://abcmd.ca/wp-content/uploads/2023/02/
http://praca.2befair.pl/wp-content/uploads/2023/02/
http://zlibrary.icu/wp-content/uploads/2023/02/
https://zonnestudio-sunangel.nl/wp-content/uploads/2023/02/
https://8sosen.pl/wp-content/uploads/2023/02/
https://www.shejizhoukan.com/wp-content/uploads/2023/02/
https://4mdas.org/wp-content/uploads/2023/02/
http://www.zirillisice.com/wp-content/uploads/2023/02/pragmatic.html
https://admin.tidewatercap.com/wp-content/uploads/2023/02/
https://airborneconsulting.co/wp-includes/css/
https://airone.su/wp-includes/css/
https://aftblinds.ie/wp-includes/css/
https://896777758.xyz/wp-content/uploads/2023/02/
https://aaa.kids/wp-content/uploads/2023/02/
https://abushreeek.com/wp-includes/css/
https://accessful.io/wp-includes/css/
https://ahebacorredordeseguros.es/wp-includes/css/
https://alexispifou.com/wp-includes/css/
https://adinacoffee.com/wp-content/slot_bet_kecil.html
https://adonait.com/wp-content/uploads/2023/02/
https://360hospitalityservices.com/wp-content/uploads/2023/02/
https://aciktekelimbuca.com/wp-content/uploads/2023/02/
https://abpracownia.pl/wp-content/uploads/2023/02/
https://228views.com/wp-content/uploads/2023/02/Microgaming.html
https://279land.com/wp-content/uploads/2023/02/
https://abhedasramam.org/wp-content/uploads/2023/02/
https://4funviaggi.com/wp-content/uploads/2023/02/
https://adw-inc.co.jp/wp-content/uploads/2023/02/
https://akhavanjam.com/wp-includes/css/
https://algassist.com/wp-includes/css/
https://alfirdausy.com/wp-content/uploads/2023/02/
https://alltimeinsurance.gr/wp-content/uploads/2023/02/
https://alphadealsmarketing.com/wp-includes/css/
https://adirect-autoparts.nl/wp-includes/css/
https://adjetivocetep.com.br/wp-includes/css/
https://aliakbarjondi.com/wp-includes/css/
https://allthingspilates.co.uk/wp-includes/css/
https://agencyventuresaggregator.com/wp-includes/css/

Tips melangkah ke dewan peperiksaan dengan yakin!

Sebagai pelajar, kita tak lari dari perasaan berdebar, gugup dan gementar untuk menduduki peperiksaan-peperiksaan penting seperti Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Tambahan pula, sekiranya kita membuat persediaan pada saat akhir atau tidak sempat untuk melakukan persediaan yang rapi, berganda-gandalah perasaan gementar ini menghantui kita.

Jom, kita selami konsep Usaha, Doa dan Tawakal sebagai panduan melangkah ke dewan peperiksaan dengan yakin!

USAHA

“Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”

Peribahasa ini sesuai sekali menggambarkan usaha perlu mendahului segala-galanya untuk mendapatkan hasil bagi setiap perkara yang kita rancang.

Dalam hal ini pelajar hendaklah:

  1. Membuat jadual pembelajaran secara terancang
    • Hal ini penting supaya pelajar dapat mengenal pasti kelemahan mereka agar tumpuan boleh diletakkan pada kelemahan tersebut.
    • Anda lemah dalam topik tertentu??
      • Dapatkanlah bantuan daripada guru-guru sekolah. Luangkan masa lepas tamat waktu persekolahan untuk ke bilik guru dan bertanyakan soalan. Jangan lupa buat janji temu dengan cikgu anda ya.
      • Anda juga boleh mendapatkan khidmat tuisyen secara bersemuka mahupun dalam talian secara individu ataupun dalam kumpulan yang kecil bersama MyTutor. Sekiranya anda merupakan pelajar yang boleh self-study, lebih baik anda melanggan kelas-kelas akademik yang dijalankan secara langsung (live) dan menyediakan rakaman kelas untuk sesi ulang kaji seperti di Edufy. Bahan-bahan kelas yang disediakan ini sangat bermanfaat buat para pelajar. Tiada alasan untuk tidak cemerlang. Sesuaikan sesi pembelajaran dengan keperluan anda pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Dunia pendidikan hari ini di hujung jari anda sahaja.
  2. Jaga pemakanan anda
    • Ambil pemakanan yang berkhasiat untuk mengelakkan masalah kesihatan yang bakal memberikan kesan negatif buat proses pembelajaran anda.
    • Elakkan pemakanan yang berikut:
      • Air berkarbonat
      • Gula yang berlebihan
      • Makanan segera
      • Makanan ringan
    • Badan sihat, minda cerdas!
  3. Masa bermain dan beriadah juga penting
    • Lumrah sebagai manusia kita perlukan masa untuk bergembira. Oleh itu seimbangkanlah masa bermain dan belajar
    • Luangkanlah masa dalam 1-2 jam sehari untuk keluar bersiar-siar, main bola di padang, berbasikal, menonton televisyen dan sebagainya.
    • Masa bersama keluarga pada hujung minggu jangan pula dilupakan!
  4. Tidur dan rehat secukupnya
    • Pelajar memerlukan sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam masa tidur sehari.
    • Pastikan anda:
      • makan 2 jam sebelum tidur
      • mengehadkan screen time (menonton televisyen atau menggunakan telefon) 2 jam sebelum tidur
      • Hal ini penting untuk mendapatkan kualiti tidur yang optimum.
      • Elakkan screen time pada waktu rehat. Berikan ruang untuk mental anda berehat sepenuhnya.

Setelah anda mengamalkan gaya hidup yang teratur, barulah anda akan merasai perubahan kepada proses pembelajaran anda.

Tips pengurusan topik pembelajaran sebagai pelajar sekolah:

  • Dalam masa 8 hingga 9 bulan, anda sepatutnya sudah menghabiskan semua topik pembelajaran di sekolah.
  • Anda memerlukan 2 hingga 3 bulan untuk sesi ulang kaji. Beli pelbagai buku latihan di pasaran. Sekiranya anda lemah, dapatkan khidmat tutor bagi topik tertentu.
  • Masa yang berbaki 1 hingga 2 bulan sebelum peperiksaan ini perlu anda isi dengan pembelajaran santai dan latih tubi soalan berorientasikan peperiksaan. Anda juga boleh mengikuti seminar-seminar yang dianjurkan oleh guru-guru berpengalaman.

Tips pada musim peperiksaan:

  • Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi
  • Jaga kebersihan dan kesihatan anda
  • Fokus! Fokus! Fokus!
    • Abaikan perkara-perkara yang tidak penting seperti mengikuti perkhemahan, mengikut ajakan rakan-rakan untuk menonton wayang dan lain-lain lagi.
  • Jawab latih tubi soalan peperiksaan, soalan percubaan negeri dan kertas model.
  • Ikuti seminar dan teknik menjawab soalan.
    • Untuk pelajar SPM, elakkan daripada bergantung dengan soalan-soalan spot SPM.
  • Amalkan konsep pembelajaran belajar di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.
  • Jangan lupa minta restu daripada ibu ayah dan guru-guru anda.

DOA

  1. Lakukan kepercayaan ritual mengikut ketetapan waktu bagi kepercayaan dan agama masing-masing.
  2. Berdoalah agar
    • urusan anda dan keluarga sentiasa dipermudahkan
    • anda diberikan kelapangan hati supaya urusan menyerap proses pembelajaran berjalan lancar.
  3. Bagi pelajar muslim,
    • Solatlah 5 waktu sehari
    • Amalkan solat tahajud dan solat-solat sunat yang lain seperti solat sunat Dhuha, solat Hajat dan sebagainya.

Perbuatan ini secara tidak langsung dapat mendisiplinkan diri di samping menjaga kepentingan rohani.

Cuba dahulu, barulah tau!

TAWAKAL

Setelah anda berusaha dengan bersungguh-sungguh dan berdoa, serahkanlah bulat-bulat kepada maha pencipta.

Percayalah pada diri anda, anda telah buat yang terbaik. Anda seorang yang hebat!

Melangkahlah ke dewan peperiksaan dengan hati yang tenang.

Semoga bermanfaat!

Admin doakan semoga dipermudahkan segala urusan anak-anak murid di seluruh dunia yang sedang berjihad untuk masa depan kalian. Semoga kecemerlangan milik kalian. Aamiin.

Belajar dengan Efektif: 12 Tip Kejayaan

1. Tempat belajar yang sesuai.

Tempat belajar sangat memainkan peranan, namun ramai yang terlepas pandang akan hal ini. Pastikan ruangan belajar anda selesa, mendapat pengudaraan serta pencahayaan yang baik. Buka tingkap bagi udara segar dapat memasuki ruangan belajar. Suhu bilik juga memainkan peranan. Bayangkan jika anda belajar dalam keadaan yang terlalu panas atau sejuk, sepastinya anda tidak dapat memberikan tumpuan yang baik ketika belajar.

Selain daripada itu, pastikan kerusi anda selesa dan meja anda juga kemas. Tempat belajar yang tidak tersusun serta serabut juga akan menyukarkan anda untuk berfikir ketika belajar. Hal ini akan menyebabkan anda mudah berasa bosan serta terganggu untuk melakukan perkara lain yang tidak penting.

Tidak dilupakan juga, jauhkan tempat belajar anda daripada gajet seperti televisyen, komputer dan juga telefon bimbit. Ke semua yang dinyatakan merupakan elemen paling kuat dalam membuat anda leka dan terganggu ketika sesi ulangkaji sedang berlangsung.

2. Merangsang ke semua deria dalam pembelajaran.

Penggunaan semua deria anda ketika belajar sangat efektif jika anda cakna tentang kepentingan deria ini ketika belajar. Kajian menunjukkan bahawa:

  • anda ingat 10% apa yang dibaca
  • anda ingat 20% apa yang didengar
  • anda ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
  • anda ingat 70% apa yang dicakapkan
  • anda ingat 90% setelah dipraktikkan

Maka secara tidak langsung, seharusnya anda suda pun sedar ketika ini bahawasanya membaca sahaja tidak cukup kerana ianya hanya merangsang 10-20% sahaja kepada ingatan anda. Sebaliknya peratusan yang paling tinggi adalah anda akan ingat apa yang anda lakukan dan cakapkan/bualkan.

Di sini apa yang anda boleh lakukan ialah, untuk mengadakan aktiviti belajar berkumpulan dan bercakap bergilir-gilir bersama rakan anda mengenai apa yang telah dibaca, didengar dan dilihat. Seterusnya mempraktikkan ilmu tersebut melalui latihan untuk melihat tahap kefahaman anda terhadap apa yang telah dipelajari.

Bagaimana pula jika saya tidak suka belajar secara berkumpulan? Jangan risau kerana ianya bukanlah satu isu yang besar dan tidak diselesaikan. Apa yang anda boleh buat adalah bercakap dan bayangkan seolah-olah anda membentangkannya kepada seseorang. Mudah bukan?

Seterusnya, buat banyak latihan yang mengaitkan sesuatu formula hingga terbiasa dan mahir walau soalan itu dipusing-pusing. Lakukan latih tubi supaya lama-kelamaan anda mudah untuk mengingati formula atau cara penyelesaian soalan tersebut. Lakukan ulang kaji di rumah secara berterusan. Ketiga-tiga aktiviti ini membantu anda dalam mengingati hampir 90% daripada apa yang telah anda pelajari.

3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri.

Selalu anda akan dengar pendapat dan saranan berkenaan masa yang baik untuk belajar. Tiada masalah jika anda boleh mengikut masa yang disarankan kerana ianya lebih bagus dam baik. Antara masa yang disarankan untuk belajar ialah ketika sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas membaca Al-Quran/zikir, selepas beriadah dan juga selepas berdoa.

Ada juga yang menyarankan untuk belajar sewaktu 3-4 pagi namun ada pelajar yang susah untuk bangun pada waktu tersebut. Jangan kecewa mahupun sedih. Pilihlah masa yang sesuai dengan anda supaya anda sendiri lebih selesa dan semangat ketika sesi ulangkaji. Saya dahulu lebih suka belajar pada waktu 8 malam sehingga 12 malam. Adakalanya saya akan belajar pada jam 11 pagi di hujung minggu.

4. Mengulang kaji secepat mungkin.

Kadangkala, anda alpa dan sering melakukan perkara yang tidak penting terlebih dahulu. Namun tahukah anda, jika anda segera mengulangkaji sesuatu yang dipelajari di sekolah dengan cepat, anda akan lebih mengingati apa yang dipelajari itu dengan lebih baik berbanding jika anda melengah-lengahkan waktu ulangkaji tersebut.

Sebaiknya, lakukanlah sedikit ulangkaji ringkas selepas belajar kerana hakikatnya ialah anda akan lupa 80% apa yang telah dipelajari selepas sesi belajar berlangsung. Sebaiknya, lakukan ulangkaji sekerap mungkin walaupun masa yang diperuntukkan untuk mengulangkaji adalah singkat.

5. Pilih snek sesuai.

Dengar seperti remeh bukan? Namun snek dan juga makanan banyak memberikan impak sebenarnya. Amalkan makanan yang sihat dan seimbang agar badan anda sentiasa berasa cergas dan segar setiap masa. Apabila kondisi badan di dalam keadaan yang baik, lebih mudah untuk anda lakukan ulangkaji bila-bila masa.

Elakkan makan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti makanan ringan dan makanan segera kerana ianya tidak baik untuk kesihatan. Anda juga tidak digalakkan untuk minum minuman bergas. Buah-buahan, kekacang dan juga air kosong adalah baik untuk mengekalkan kecerdasan otak manusia.

6. Guru sebagai sumber rujukan.

Sekiranya ada yang anda tidak faham ketika berada di dalam kelas atau ketika sesi belajar, janganlah segan untuk bertanyakan kepada guru anda. Mereka merupakan orang yang paling layak untuk menjawab segala persoalan anda berkenaan apa yang anda sudah pelajari.

Ramai yang melakukan kesilapan di mana mereka malu ataupun takut untuk bertanyakan soalan terhadap guru mereka sendiri. Akhirnya mereka tidak faham dan tertekan dengan subjek ataupun topik tersebut. Yakinlah bahawa tiada guru yang tidak mahu membantu anak murid mereka. Saya sebagai seorang guru, lebih gemar apabila anak murid saya bertanyakan soalan.

7. Jadikan nota menarik untuk dibaca.

Apabila menghasilakan nota belajar, hasilkanlah nota yang berkualiti, kemas dan menarik. Jangan buat nota secara cincai kerana akhirnya anda yang hilang minat untuk membaca nota tersebut semula. Bukan ke banyak kerja untuk menghasilkan nota itu semula? Maka, apabila menghasilkan nota, hasilkan nota yang berkualiti dan boleh digunapakai selama yang mungkin.

Antara idea penghasilan nota ialah buat nota dalam bentuk-bentuk yang dapat menarik minat anda untuk membaca seperti peta minda atau sebagainya. Gunakan warna yang menarik. Buat nota ringkas yang tidak terlalu rumit untuk dibaca semula. Kemudian tampalkan nota anda itu ditempat yang mudah untuk anda lihat dan baca semula.

Jangan lupa untuk wujudkan kata kunci, gambar rajah atau akronim ketika menghasilkan nota. Kedua-dua ini membantu untuk otak anda mengingati sesuatu yang dipelajari dengan lebih baik. Secara tidak langsung, anda akan dapat skor subjek tersebut. Jangan pandang remeh pada ketiga-tiga elemen ini ya.

8. Tingkatkan motivasi anda.

Kalau hendak berjaya, sepastinya anda perlu memastikan bahawa anda sentiasa mempunyai motivasi yang tinggi untuk terus belajar dan belajar. Sentiasa positif dan fikir perkara yang berfaedah sahaja agar anda sentiasa bersemangat dan tidak mudah berputus asa.

Elakkan berfikir perkara yang memesong, perkara-perkara negatif yang boleh merosakkan minda. Ianya hanya akan membuatkan anda berasa kecewa dan berputus asa. Jangan sesekali anda jadikan peperiksaan satu beban untuk anda belajar. Teruskan matlamat dan capai azam yang telah anda impikan.

9. Jagalah masa anda.

Seringkali kita lalai dengan masa. Berangan dan juga melakukan perkara-perkara yang tidak penting dan juga sia-sia. Ada sebilangan yang suka menangguh kerja yang mana di kemudian hari bakal menyusahkan diri kita semula. Jagalah masa anda kerana masa yang berlalu tidak boleh diulang semula. Gunakan masa anda sebaik mungkin.

Isi masa lapang anda dengan perkara yang berfaedah seperti beriadah, membaca buku, mengulangkaji atau melakukan hobi yang memberikan manafaat terhadap anda. Orang yang bijak mengendalikan dan menjaga masa mereka adalah orang yang berjaya dan berdisplin. Maka, berhati-hatilah dan sentiasalah mengawasi diri anda sendiri daripada mencuri masa terutamanya ketika belajar dan bekerja.

10. Ganjaran kepada diri sendiri.

Dengar macam remeh tetapi percayalah bahawa anda akan lebih menghargai usaha dan penat jerih anda bersengkang mata untuk mencapai matlamat apabila anda memberikan ganjaran kepada diri anda sendiri. Tetapkan matlamat dan ganjaran anda. Jika anda mencapai matlamat tersebut, ganjarkan diri anda dengan ganjaran yang anda sudah tetapkan.

Ganjaran yang bagaimana yang harus saya tetapkan. Pastikan ganjaran tersebut relavan dan tidak melebih-lebih. Sebagai contoh ganjaran makan makanan kegemaran, keluar bersama rakan atau bermain bowling bersama keluarga.

11. Persediaan awal.

Berapa ramai di sini yang selalu melakukan persiapan belajar secara saat akhir dan kemudiannya menyesal dengan tindakan tersebut? Saya pasti ramai. Jangan suka lakukan persiapan secara saat akhir kerana akhirnya anda sendiri juga yang stress dan juga kecewa terhadap tindakan diri sendiri. Bukan itu sahaja, kadangkala menyesal tak sudah.

Bersedialah lebih awal, baik untuk peperiksaan mahupun sebelum belajar. Lebih mudah untuk menyerap ilmu ketika belajar serta memberikan yang terbaik ketika di dalam peperiksaan nanti. Bukanlah perkara yang rumit untuk di laksanakan. Jadi apa salahnya anda biasakan diri untuk melakukan persiapan awal agar semuanya dalam kawalan.

12. Berdoa dan bersyukur.

Apabila segala usaha sudah anda lakukan, berdoalah agar segala urusan anda dipermudahkan dan segala impian serta matlamat anda dapat dicapai dengan mudah. Jangan lupa juga untuk berdoa sebelum belajar dan juga sebelum memulakan peperiksaan agar urusan kita dipermudahkan. Berdoa jugalah selepas selesai sesi pembelajaran sebagai tanda syukur kita terhadap ilmu yang telah diterima dan dipelajari.

Aktiviti Cuti Sekolah

0

“Anak saya main game sepanjang hari sewaktu cuti sekolah”

“Anak-anak asyik menonton televisyen sepanjang cuti sekolah”

“Bosannya, cuti sekolah terlalu panjang. Anak-anak banyak bermain”

Cuti sekolah kembali lagi! Ibu ayah mesti pening nak isi masa anak-anak, kan? Nak anak-anak berseronok tapi dalam masa yang sama nak masa mereka diisi dengan perkara-perkara yang efektif. Betul, tak?

Jom, kita lihat aktiviti-aktiviti menarik yang boleh diisi sepanjang cuti sekolah:

1 Bercuti

Ni perkara yang paling disukai bagi setiap anak dan ibu bapa. Bercuti ke tempat-tempat yang menenangkan seperti ke pantai atau pulau. Bukan anak-anak sahaja dapat merehatkan minda, ibu ayah juga dapat melepaskan lelah setelah penat bekerja.

Selain itu, ibu bapa boleh bawa anak-anak ke taman tema permainan yang terdapat di negara kita. Melawat ke tempat-tempat bersejarah seperti Kota A’Famosa, Kellie’s Castle, Kompleks Sejarah Pasir Salak juga antara aktiviti yang menarik.

Jangan lupa bawa anak-anak ke muzium-muzium untuk menambah ilmu pengetahuan Sejarah mereka di samping melawat zoo. Lawatan ke tempat sebegini berupaya meluaskan pandangan anak-anak. Berbincanglah bersama anak-anak mengenai lawatan tersebut.

2 Pulang ke kampung

Dalam kesibukan menjalani kehidupan seharian, jangan dilupakan ibu ayah yang jauh di mata. Ibu bapa seharusnya menjadi suri teladan buat anak-anak. Anak-anak yang menjadikan ibu bapa mereka sebagai idola mereka, pasti akan mengikuti jejak langkah orang tuanya.

Memang tak dapat dinafikan bahawa aktiviti ini antara aktiviti yang ditunggu oleh datuk dan nenek. Orang tua pastinya tertunggu-tunggu kepulangan anak-anak serta cucu cicitnya di kampung.

Raikanlah hari bersama mereka dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.

3 Memasak bersama

Kedengaran pelik, bukan?

Aktiviti memasak bersama anak-anak bukan sahaja dapat mengeratkan kemesraan bersama anak-anak, malah berupaya melatih sifat berdikari bersama anak.

Anda boleh merancang untuk membuat manisan pada waktu petang atau membuat sarapan bersama anak-anak sepanjang cuti sekolah. Sediakan menu ringan sahaja seperti sandwich, roti telur dan sosej.

Dapatlah anak-anak selami masa yang digunakan oleh para ibu di dapur. Pastinya mereka akan lebih menghargai air tangan ibu mereka.

4 Bereksperimen di rumah!

Bunyinya sukar tetapi mudah sahaja sebenarnya.

Aktiviti ini sesuai buat anak-anak berusia 15 tahun ke bawah. Terdapat banyak panduan eksperimen Sains bersama anak-anak anda secara dalam talian.

Di Edufy, banyak kelas Sains eksperimen buat kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah yang boleh dibeli dengan harga RM10 sahaja.

Isi masa anak-anak dengan eksperimen yang menyeronokkan. Anak-anak anda pastinya menyukai subjek Sains kerana dapat memahaminya melalui aktiviti eksperimen yang dijalankan. Belajar sambil bermain. Menarik, kan?

Eksperimen Sains di Edufy

5 Kuasai asas bahasa ketiga

Cuti-cuti sekolah ni menarik juga sekiranya anak-anak dapat menyertai bengkel-bengkel bahasa ketiga seperti bahasa Arab dan bahasa Mandarin.

Aktiviti penguasaan bahasa ini bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri anak-anak, malah berupaya meluaskan komunikasi anak-anak tanpa had dan sempadan.

6 Kelas Catur

Bermain sambil belajar menjadi elemen utama dalam permainan catur. Di samping berupaya meningkatkan kecerdasan dan daya ingatan, bermain catur dapat melatih atur cara strategi.

Menarik, bukan?

Dapat kelas Catur di Edufy hari ini. Anak-anak seawal usia 7 tahun berpeluang menyertai pertandingan catur ke peringkat kebangsaan.

7 Bersukan dan beriadah

Luangkan masa cuti sekolah pada waktu petang untuk bersukan bersama anak-anak. Berjoging dan bermain badminton di kawasan taman perumahan sudah memadai. Masa yang diluangkan bersama adalah penting.

Aktiviti lain yang boleh anda lakukan termasuklah memancing, berenang, berbasikal dan berkelah bersama-sama.

8 Bermain di kawasan kejiranan

Tidak menjadi satu kesalahan untuk anak-anak keluar dan bermain di kawasan kejiranan. Anak-anak juga memerlukan masa bermain bersama kawan-kawan. Cuma pastikan ada had dan disiplin. Sebagai contoh, letakkan masa selama 2 jam untuk bermain bersama kawan pada waktu petang.

9 Kelas tuisyen akademik

Ibu ayah juga boleh mempersiapkan anak-anak untuk naik ke tahap seterusnya dalam bidang akademik. Ambil kelas tuisyen bagi sesi ulang kaji untuk memperkukuh ilmu asas anak-anak. Hal ini pasti menambah keyakinan anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan nanti.

10 Kem jati diri

Aktiviti ini memberikan pengalaman yang mengujakan buat anak-anak. Dalam aktiviti sebegini, anak-anak dapat dibentuk untuk mengenal diri mereka, meningkatkan keyakinan diri dalam menyelesaikan masalah dan berdepan dengan orang ramai, membuka fikiran anak-anak untuk berfikir di luar kotak dan yang paling penting adalah membentuk sahsiah anak-anak untuk menghormati ibu bapa mereka

Ha! Banyak kan. Rancanglah aktiviti cuti sekolah yang terbaik buat anak-anak. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah penentu coraknya.

Semoga bermanfaat.

Bahasa Ketiga? Perlukah?

0

Benarkah bahasa ketiga menjadi suatu kepentingan buat masyarakat hari ini?

Masyarakat digalakkan menguasai bahasa ketiga bagi mengupayakan negara melahirkan modal insan yang mahir dan berpengetahuan tinggi pada peringkat global.

Bahasa ketiga dan keempat sudah disediakan begitu lama dalam sistem pendidikan negara, generasi muda seharusnya mengambil peluang ini untuk menguasai bahasa asing selain bahasa Inggeris.

Jom, kita bincangkan:

Sejauh mana pentingnya bahasa ketiga ini khususnya buat masyarakat di negara kita?

Bahasa ketiga memberi ruang untuk kita berkomunikasi dengan orang lain secara meluas

Dalam dikekelilingi oleh masyarakat berbilang kaum adalah wajar untuk kita mempelajari semua bahasa. Sebagai contoh, penguasaan bahasa Mandarin. Hal ini bukan sahaja berupaya memperbanyak kenalan, malahan komunikasi antara kaum juga dapat diperluas.

Bayangkan individu berbangsa Melayu dapat berkomunikasi dengan orang Cina tanpa had dan batasan bahasa. Menarik, bukan?

Bahkan, dengan menguasai bahasa asing, kita dapat berinteraksi dengan pelancong yang mengunjungi negara kita. Hal ini pasti memberikan kesan kepada mereka kerana mereka akan berasa lebih selesa untuk bertanya dan memahami penjelasan kita tentang budaya atau sejarah tempat yang mereka lawati sepanjang percutian mereka.

Bahasa ketiga meningkatkan ilmu pengetahuan

Ilmu pengetahuan yang meluas ditulis dalam pelbagai bahasa, khususnya bahasa Inggeris yang menjadi bahasa utama dunia. 

Contohnya, untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang agama Islam seseorang wajib menguasai bahasa Arab yang merupakan bahasa kitab suci Al-Quran. Dengan penguasaan bahasa tersebut, mereka bukan sahaja memahami konteks yang disampaikan malah boleh berkongsi ilmu pengetahuan yang diperoleh kepada masyarakat setempat masing-masing agar bersama-sama menikmati manfaat daripadanya.

Bahasa ketiga membuka peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi

Penghantaran pelajar Malaysia ke luar negara merupakan antara inisiatif pihak kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, para pelajar ini perlu menguasai bahasa asing agar tidak kekok untuk menetap di sana sepanjang tempoh pengajian.

Bahan-bahan ilmiah atau rujukan juga dikeluarkan dalam pelbagai bahasa. Oleh itu, pelajar-pelajar di dalam mahupun luar negara seharusnya menguasai bahasa asing untuk memahami intipati ilmu yang dikongsikan.

Bahasa ketiga membuka peluang pekerjaan yang lebih meluas

Hidup dalam kalangan masyarakat majmuk telah mempengaruhi syarikat-syarikat tempatan untuk mencari pekerja yang mempunyai kemahiran berbahasa asing. Hal ini memudahkan urusan syarikat sekiranya harus berunding dengan pelanggan yang berlainan bangsa.

Tambahan pula, individu yang menguasai bahasa asing ini mampu menjadi aset penting negara dalam menarik pelabur asing supaya melabur dalam negara kita.

Secara amnya, pelbagai faedah akan diperolehi individu yang mahir dengan bahasa ketiga. Oleh itu, kemahiran bahasa ketiga amat penting dalam kalangan masyarakat hari ini khususnya generasi muda.

Ayuh, kuasai bahasa ketiga!

Dapatkan kelas-kelas bahasa dewasa seperti bahasa Mandarin, bahasa Korea, bahasa Arab dan berbagai-bagai kelas di Edufy hari ini.

Semoga bermanfaat!