24.2 C
New York
Tuesday, September 17, 2024
spot_img
Home Blog Page 11

Ujian UASA – Bersediakah Anda?

0

Rata-rata pelajar sekarang sepastinya sedang bertungkus lumus melakukan ulangkaji dek kerana Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) semakin menghampiri. Sepastinya ada yang sedang giat melakukan ulangkaji bersama rakan mahupun menyediakan nota yang berwarna-warni dalam pelbagai bentuk.

Sepastinya ramai pelajar sedang melakukan ulangkaji berkumpulan.

Makanya di sini cikgu ingin bertanya, bagaimanakah setakat ini persediaan anak-anak pelajar? Sudah benar-benar bersedia? Di saat seperti ini, belajarlah dengan bijak dengan menyusun strategi yang sepastinya dapat membantu anda.

Bagaimana harus anda bersedia? Atau bagaimana saya nak pastikan yang sebenarnya saya sudah bersedia? Mudah sahaja. Biar cikgu kongsikan bagaimana untuk pastikan yang anda sudah betul-betul bersedia.

1. Mahir Topik yang Dipelajari

Pastikan anda sudah mahir dengan topik-topik yang telah dipelajari. Soalan cikgu biasa terima, “macam mana saya nak pastikan saya sudah mahir dengan topik tersebut?” Mudah sahaja. Cuba jawab soalan berkaitan topik-topik tersebut. Berjaya jawab atau tidak? Kalau tidak bermaksud anda masih belum mahir dengan topik tersebut.

Bukan itu sahaja, jika subjek seperti Sains atau Sejarah, anda boleh cuba ceritakan semula fakta atau teori yang anda faham kepada rakan anda. Minta rakan anda semak semula, betul atau tidak isi-isi yang diberikan. Jika betul alhamdulillah. Jika masih ada yang tertinggal atau salah, haaa anda tahu apa yang perlu dilakukan.

2. Format Kertas Peperiksaan

Sudah tahu belum format kertas peperiksaan UASA? Sudah tahu bagaimana anda hendak dapatkan markah? Kata kunci dan sebagainya? Jika belum, inilah masanya untuk anda mengambil tahu berkenaan format Kertas Peperiksaan UASA. Orang yang paling layak untuk anda bertanya adalah guru matapelajaran tersebut. Pastikan anda tahu format kertas peperiksaan supaya anda lebih bersedia ketika peperiksaan berlangsung nanti.

Bayangkan jika anda tidak tahu format kertas peperiksaan, sepastinya anda tidak bersedia serta akan menyebabkan anda berasa kekok serta tidak tenteram dan juga tidak yakin. Perkara seperti ini boleh menyebabkan anda menjadi gugup dan terus tidak dapat berfikir. Jadi, pastikan anda mengetahui format kertas peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.

3. Pastikan Alatan Tulis Sudah Lengkap

Jangan tunggu satu hari sebelum peperiksaan ataupun pagi hari peperiksaan baru anda nak sediakan semuanya. Memang kelam kabut jadinya dan sepastinya pelbagai perkara boleh berlaku. Ingat, bersedia awal tidak akan memudaratkan kita. Jadi lebih baik kita pastikan segala kelengkapan telah disediakan awal. Pastikan segalanya ada serta mencukupi. Pastikan juga anda ambil tahu alatan tulis tambahan yang diperlukan. Contohnya, set geometri, kertas graf dan sebagainya.

Malam sebelum peperiksaan, pastikan anda sudah kemas dan letakkan alatan tulis ke dalam beg. Sediakan semuanya malam sebelum peperiksaan agar anda tidak kelam kabut pada pagi hari nanti.

4. Rehat Serta Tidur yang Secukupnya

Jangan terlampau penat dan tidur lewat sehari sebelum peperiksaan. Otak serta badan akan menjadi penat. Kita juga akan berasa mengantuk ketika peperiksaan menyebabkan fokus kita lari.

Pastikan anda tidur awal agar anda berasa segar esoknya. Seharusnya, satu hari sebelum peperiksaan, anda tidak perlu tidur lewat. Disebabkan itulah anda digalakkan untuk mengulangkaji lebih awal.

Semoga 4 tips ini dapat membantu anda untuk menduduki UASA dengan lebih bersedia. Di sini juga, cikgu ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya buat semua anak-anak pelajar yang bakal menduduki UASA. Tawakkal dan Yakin!

Cikgu Fatin

Tiga Kemahiran Penting yang Diperlukan Bagi Pekerjaan Masa Hadapan.

0

Pendidikan seharusnya menjadi pengalaman sepanjang hayat yang inklusif. Tanggungjawab dalam menerapkan kemahiran terhadap pelajar merupakan satu tanggungjawab yang tidak seharusnya di pandang enteng. Pada abad ini, guru dan mentor hanya bertindak sebagai fasilitator dan penggalak demi melahirkan pelajar yang lebih berkualiti dan cemerlang pada masa akan datang.

Persaingan sengit dalam mendapatkan bidang kerja yang diingini bukanlah perkara baharu di Malaysia. Umum mengetahui bahawa, persaingan dalam industri pekerjaan menyebabkan ramai majikan mencari calon pekerja yang mempunyai tiga kemahairan kritikal ini. Tiga kemahiran kritikal ini perlu diberikan penekanan serta penting dalam memastikan kualiti seseorang pekerja itu lebih terjamin. Tiga kemahiran yang sering di pandang ialah:

1. Kemahiran menyelesaikan masalah

Antara kemahiran yang di pandang tinggi oleh majikan adalah kebolehan seseorang dalam menyelesaikan masalah. Sudah pasti kemahiran ini di pandang tinggi kerana seseorang yang mempunyai kebolehan ini sudah sepastinya dapat menyelesaikan banyak perkara serta memberi sumbangan buah fikiran terhadap syarikat dengan tinggi. Selain itu, orang seperti ini juga lebih berdikari dan tahap kebergantungan terhadap seseorang atau pihak tertentu lebih rendah.

Mereka yang mempunyai kebolehan penyelesaian masalah yang tinggi lebih cenderung dalam mengkaji situasi dan bertanya soalan untuk mengenal pasti punca masalah. Seterusnya membolehkan mereka untuk menyediakan penyelesaian masalah dan melakukan pemantauan dari segi keberkesanan penyelesaian masalah tersebut. Golongan ini juga lebih kreatif dan sentiasa cuba berfikir di luar kotak.

2. Sikap Kerjasama

Majikan mana yang tidak suka pada pekerjanya yang sentiasa boleh memberikan kerjasama yang baik? Tidak kiralah anda sebagai ahli pasukan mahupun ketua pasukan, sikap kerjasama ini amatlah penting dalam memastikan sesuatu tugas dapat diselesaikan dengan baik dan tepat pada waktunya.

Apabila seseorang mempunyai sikap kerjasama yang tinggi, sepastinya mereka tidak mempunyai masalah dalam melakukan kerja mahupun tugas bersama orang lain yang mempunyai personaliti serta latar belakang yang berbeza. Secara tidak langsung membuatkan mereka lebih banyak pengalaman berbanding pekerja yang lain.

3. Kebolehsesuaian

Berapa lama masa yang anda perlukan dalam menyesuaikan diri di sesuatu tempat yang baharu? Atau persekitaran dan gerak kerja yang baharu? Jika cepat, memanglah sangat bagus. Kadangkala, ada perubahan yang tidak dapat kita jangkakan berlaku di tempat kerja. Seseorang itu haruslah sentiasa bersedia dalam menyesuaikan diri di suasana atau persekitaran baharu.

Majikan akan sentiasa mengharapkan bahawa pekerja-pekerja mereka mempunyai kebolehan menyesuaikan diri yang tinggi. Mudah bagi mereka untuk melakukan sebarang perubahan atau keputusan yang terpaksa dilakukan secara mengejut. Pekerja sebegini kebiasaannya memang di pandang baik oleh majikan.

Persekitaran pekerjaan kadangkala boleh menyebabkan tekanan. Oleh hal yang demikian, kita harus bijak dalam menyesuaikan diri. Dengar seperti mudah, namun jika kita sentiasa mempunyai sikap positif dan inovatif, perkara ini bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan.

Semoga tips kali ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat buat pembaca yang dihormati.

Pendidikan Terbaik untuk Anak Anda: SPM vs IGCSE

0

Isu hala tuju pendidikan anak-anak hari ni sering kali menjadi kebimbangan buat ibu bapa. Kami sering mendapat panggilan daripada ibu bapa mengenai pemilihan terbaik untuk anak – anak – IGCSE atau SPM? Suatu perkara yang tidak dapat disangkal, dalam dunia hari ini ialah ibu bapa sanggup berhabis wang ringgit demi memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anak. Sebagai contohnya, di MyTutor, lebih daripada 20 000 ibu bapa yang mengambil kelas tuisyen secara bersemuka mahupun secara dalam talian sepanjang tahun 2022. Boleh anda bayangkan betapa pesatnya industri pendidikan berkembang saban tahun? Jadi, tidak hairanlah jika ibu bapa meletakkan pemilihan aliran dan hala tuju pendidikan sebagai keutamaan dalam penentuan masa depan anak-anak.

Berikut merupakan perbandingan antara program IGCSE dan SPM:

SPMIGCSE
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Matematik
Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
Sains
Subjek TerasBahasa Inggeris
Matematik
Sains
6 hingga 12 subjekBilangan Subjek5 hingga 14 subjek
Calon wajib mengikuti silibus yang ditetapkan pada setiap tahun daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
Calon akan menduduki SPM setelah menamatkan 11 tahun persekolahan.
DurasiCalon menduduki peperiksaan akhir dan menamatkan pendidikan sekolah menengah seawal usia 16 tahun
A+, A, A-,
B+, B, B-
C+, C
D
E
G
GredA*, A
B
C
D
E
G
U
Bahasa Melayu
( Wajib dapatkan gred C untuk mendapatkan sijil)
Sejarah
Subjek Wajib LulusCalon IGCSE diberikan sijil bagi setiap subjek
(Contoh: 5 sijil bagi 5 subjek)

Pengiktirafan

Kedua-dua program yakni SPM mahupun IGCSE merupakan peringkat pendidikan yang sama. Kedua-dunya mendapat pengiktirafan yang setanding.

Kedua-dua program ini membolehkan calon untuk memasuki kolej atau program-program seperti prauniversiti, diploma dan sebagainya.

IGCSE VS SPM

Sekiranya anda merancang anak-anak untuk memasuki universiti tempatan atau matrikulasi pilihan yang terbaik adalah dengan mengambil SPM.

Sebaliknya, jika penentuan hala tuju anak-anak adalah untuk dihantar ke universiti swasta tempatan atau luar negara, pilihan terbaik adalah dengan menduduki program IGCSE.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan kelas tuisyen bagi program pendidikan, sila layari mytutor.my dan edufy.my hari ini!

Sebagai kesimpulannya, dalam pemilihan aliran mahupun hala tuju pendidikan, sebagai ibu bapa, anda perlu:

  1. Kenal pasti kekuatan dan kelemahan anak anda
    • Adakah anak anda mahir dengan subjek tertentu atau mahir dalam skor soalan struktur peperiksaan?
    • Atau adakah mereka bagus dalam menguasai kepelbagaian subjek dan tugasan?
  2. Kenal pasti minat anak anda. Adakah anak anda sudah menetapkan bidang yang ingin dipelajari?
    • Jika ya, anda perlu berhati-hati dalam pemilihan subjek yang bersesuaian dengan bidang yang dipilih.
  3. Kenal pasti pemilihan subjek anak anda.
    • Jika subjek seperti Sains yang merupakan subjek wajib lulus bagi memenuhi sijil akhir anak anda, dan bukannnya subjek yang diperlukan untuk sambung pembelajaran, oleh itu ianya tidak menjadi suatu kepentingan buat anak anda. Pada peringkat universiti tidak memerlukan aliran pembelajaran yang berbeza, tetapi lebih menekankan gred yang tinggi.

Semoga bermanfaat.

Halatuju Pendidikan : International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)

0

APAKAH IGCSE?

IGCSE atau lebih dikenali sebagai International General Certificate of Secondary Education. Program IGCSE Year 11 ini setara dengan program SPM di samping program Sijil British O-Level. Program ini diduduki oleh pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat A-Level, Tingkatan 6, IGCSE Year 12 dan IGCSE Year 13 atau mana-mana pengajian pra-univesiti atau yang setara dengannya.

DURASI PROGRAM IGCSE

Program ini berdurasi selama 5 tahun yakni bermula dengan pelajar Year 7 yang setara dengan pelajar tingkatan 1 KSSM dan berakhir dengan Peperiksaan Akhir Year 11 yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Pelajar boleh menduduki ujian akhir ini seawal 16 tahun.

IGCSE BUAT SIAPA?

Program ini terkenal dalam kalangan ‘homeschoolers‘ dan pelajar dewasa di negara kita. IGCSE diduduki oleh para pelajar dalam lingkungan 14 hingga 16 tahun atau pelajar 15 hingga 17 tahun bergantung kepada tahun kemasukan ke darjah 1. Hal ini memberi kelebihan kepada anak-anak ini untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi pada usia yang lebih muda.

APAKAH SUBJEK YANG DITAWARKAN DALAM PROGRAM IGCSE?

Di Malaysia, lebih 70 subjek ditawarkan dalam program IGCSE. Pelajar dikehendaki untuk mengambil sekurang-kurangnya 5 hingga 14 subjek. Antara subjek terasnya termasuklah bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Walau bagaimanapun, pelajar boleh memilih subjek daripada Aliran Sains Sosial (Bidang Perakaunan, Pengajian Perniagaan, Ekonomi, Sosiologi dan sebagainya), sehinggalah ke aliran Keseniaan dan Teknologi (Seni, Komputeran, Komunikasi dan Teknologi dan lain-lain lagi ).

BILAKAH PEPERIKSAAN IGCSE DIADAKAN?

Peperiksaan ini dijalankan 2 kali setahun yakni pada bulan Mei dan Oktober. Calon menduduki sijil ini di sekolah-sekolah swasta dan juga di pusat peperiksaan yang ditetapkan. Keputusan peperiksaan akan diumumkan pada bulan Ogos dan Januari.

PENSIJILAN IGCSE

Apabila merumuskan soal pensijilan, program ini dianggap menarik kerana tiada subjek wajib lulus ditetapkan. Hal ini kerana calon akan dianugerahkan dengan 1 sijil bagi setiap subjek. Sekiranya calon mengambil 5 subjek, 5 sijil akan diterima oleh calon tersebut.

APAKAH GRED YANG DIGUNAKAN DALAM PROGRAM IGCSE?

Berikut merupakan senarai gred bagi program IGCSE : A*, A, B, C, D, E, F ,G dan U.

Gred yang tertinggi ialah A* . Pelajar diberikan gred A* hingga G.

Berikut merupakan struktur gred yang digunakan serta struktur gred terbaharu.

Gred yang digunakanGred terbaharu
Gred A* – GGred 9 -1
A*9
A7-8
B5-6
C4-5
D2-3
E2
F1-2
G1
UU

Calon yang mendapat markah kurang daripada G akan dikelaskan sebagai U (Ungraded) yang bererti pelajar tidak dinilai dan mengakibatkannnya gagal untuk mendapatkan sisjil.

MENGAPA IGCSE PILIHAN YANG TEPAT BUAT ANAK ANDA?

IGCSE sesuai buat calon yang memiliki kemahiran dalam semua peringkat. Untuk pengetahuan anda, sistem peperiksaan ini membahagikan peringkat kesukaran soalan mengikut tahap supaya dapat memenuhi keperluan calon dalam bidang akademik. Hal ini memberikan pelajar yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua ini lebih banyak masa untuk belajar sebelum peperiksaan. Hal ini dikatakan demikian kerana hampir semua ujian akan diduki oleh calon bagi setiap peringkat. IGCSE merupakan pilihan yang baik sekiranya anak anda dapat menguasai perhubungan antara mempelajari ilmu dan pengaplikasian ilmu dalam peperiksaan yang bakal diduki.

Perkara yang lebih penting dalam pemilihan IGCSE adalah pemilihan universiti bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pembelajaran tinggi. Keputusan IGCSE boleh juga boleh digunakan bagi menggantikan keputusan Diploma – International Baccalaureate mahupun A-Level. Sijil ini memiliki pengiktirafan yang tinggi sebagai pengiktirafan pendidikan antarabangsa oleh universiti di Eropah yang mengambil kelulusan sijil IGCSE, Diploma – International Baccalaureate dan A-Level.

Semoga bermanfaat!

Tips Memupuk Minat Anak Membaca Di Usia Awal.

0

“Ya Allah, payah benar kalau nak ajak membaca ni! Langsung tidak fokus, kadang menangis, kadang marah dan tidak berikan kerjasama.”

Membaca sebenarnya aktiviti yang menarik jika kena pada aktivitinya

Begitulah keluhan kebanyakan ibu bapa mahupun tutor apabila mereka berjumpa saya. Namun ianya bukanlah sesuatu yang baharu. Acap kali isu ini berlaku dan ianya kerana perubahan dari segi masa dan juga teknik pengajaran.

Apa sebenarnya yang membuatkan anak-anak ini langsung tidak mahu membaca dengan kita? Adakah sebab kita terlalu garang, memaksa atau bosan? Pening kepala memikirkannya.

Maka hari ini, saya membuat keputusan untuk berkongsi tips agar anak-anak ini minat untuk membaca dan sentiasa rasa seronok dan teruja apabila mereka melihat buku. Apabila kena pada caranya, insyaAllah pasti lebih mudah.

1. Mula Awal

Ya, betul. Inilah yang selalu saya sarankan dalam seminar membaca saya. Mulakan awal. Bagaimana hendak bermula? Sebelum saya terangkan lebih lanjut, tahukah anda bahawa buku berwarna boleh diperkenalkan seawal 6 bulan? Ya, 6 bulan sudah boleh perkenalkan. Sebelum 6 bulan pula bagaimana? Saya tunjukkan buku yang sesuai bagi anak berusia bawah 6 bulan.

Buku kain berwarna hitam, putih dan sedikit merah amat sesuai bagi bayi berusia 6 bulan ke bawah.

Ibu bapa mahupun tutor harus cakna bahawa buku di atas bukanlah untuk mereka membaca mahupun mengenali sesuatu namun lebih kepada perkembangan visual mereka selain membantu bahagian fokus dan perkembangan kognitif. Menarik bukan?

Bagi anak yang berusia 6 bulan ke atas, anda boleh membeli buku kain yang berwarna. Ingat, jangan fokus pada mengajar sewaktu usia ini! Tujuan memberikan mereka buku ini, lebih kepada pengenalan serta eksplorasi anak tersebut.

Buku yang mempunyai pelbagai tekstur adalah lebih baik kerana ianya dapat membantu perkembangan sensori anak anda dari segi sentuhan. Buku yang berwarna-warni juga dapat memastikan anak lebih tertarik untuk meminati buku tersebut. Saya juga perasan anak saya lebih suka buku berbentuk “pop out” dan “lift the flap”.

Antara contoh buku “lift the flap”

2. Jangan Paksa

Pada usia awal ini juga, ingat, jangan paksa anak! Kalau paksa, memang susah jadinya, memang hilanglah minat mereka. Apa yang saya buat dengan anak saya, saya biarkan dia pilih buku yang hendak diterokai. Kalau sama tiga hari sekalipun, saya biarkan. Nak pupuk minat membaca, tak boleh paksa. Sama juga macam kita yang dewasa ini.

Jika anak masih belum bersedia, jangan marah atau naikkan suara. Cuba ajak mereka selepas beberapa ketika. Anak saya jenis suka membaca buku sebelum tidur. Seawal setahun setengah, anak saya sudah menjadi rutin ke rak buku untuk memilih buku yang hendak diterokai. Ada hari yang mana anak tidak mahu lakukan aktiviti membaca, saya biarkan sahaja.

3. Fahami Fokus Anak serta Masa yang Sesuai.

“Mak nak kamu baca selama 30 minit”

Habislah kalau begini. Mak, ayah perlu faham. Bila nak ajar anak membaca atau nak ajak anak membaca, yang penting bukanlah masa, namun kekerapan sesi tersebut berlaku dan berulang. Masa bukanlah penentu untuk anak tersebut cekap membaca namun kekerapan. Ingat ya, kekerapan memainkan peranan yang sangat penting.

Bagaimana saya nak tahu tahap fokus anak? Mudah sahaja, darabkan dua atau tiga kali daripada usia anak anda. Contoh anak berusia 2 tahun, tahap fokus anak hanyalah 4-6 minit. Jika anak anda berusia 6 tahun, maka fokus anak anda ialah 12-18 minit sahaja. Maka, jika kita paksa anak untuk membaca 30 minit, sudah pasti sesi tersebut tidak efektif dan anak terus merasa bosan kerana sudah melebihi masa fokus anak.

Kalau terus menerus begini, saya yakin, anak akan pasti rasa membaca ini adalah sesuatu aktiviti yang tidak menyeronokkan, membosankan serta menyusahkan. Jadi, ikutlah masa yang bersesuaian dan tingkatkan kekerapan sesi tersebut. Percayalah, anak pasti akan lebih seronok untuk membuka buku tanpa perlu di suruh!

4. Buku yang Sesuai.

Sepastinya buku memainkan peranan terhadap anak. Pilihlah buku yang sesuai mengikut umur anak. Pastikan buku tersebut tidak terlalu berat untuk anak baca atau terokai. Kebanyakan buku mempunyai saranan umur di belakang kulit buku tersebut. Ibu bapa atau tutor bolehlah menjadikan ini sebagai panduan dalam penyediaan buku yang tepat.

Kenali juga minat anak anda. Ianya dapat membantu untuk menerapkan minat membaca di usia yang awal. Belikan buku mengikut apa yang diminati oleh anak. Samalah macam kita, kita tidak akan baca buku yang tidak menarik minat bukan? Kita dewasa juga sepastinya lebih gemar membaca sesuatu yang diminati.

Pilih buku yang bersesuaian.

5. Bawa Anak ke Kedai Buku/Pameran Buku

Sayalah paling teruja apabila ada ekspo buku. Saya pasti anda pernah mendengar “Big Bad Wolf”. Bukunya kebanyakannya amatlah berpatutan serta menarik. Saya pasti akan datang dengan sebuah bagasi jika ke sini dan menghabiskan berejam-jam di sini untuk membelek buku yang ada.

Saya menjadi rambang mata dalam memilih buku anak saya yang berusia 2 tahun. Pastinya lama kerana saya akan teliti buku tersebut dari segi kesuaian konteks serta umurnya. Kadang saya memerhati sekeliling. Ibu bapa yang membawa anak, anak pasti teruja melihat buku yang pelbagai warna serta ceria.

Bertambah teruja apabila si ibu atau ayah berkata “pilih buku mana yang nak, pilih lah 3-4 buku yang awak suka.” Senyum lebar semuanya, memilih buku-buku yang bakal di beli. Apa yang seronoknya, ekspo sebegini, mereka menyediakan contoh buku yang boleh di selak dan di baca kandungannya. Lebih mudah untuk ibu bapa atau tutor menapis dan memilih buku yang bersesuaian.

ekspo “Big Bad Wolf”

Selain daripada ekspo di atas, saya juga suka ke Book Xcess. Book Xcess ni macam adik beradik Big Bad Wolf. Seronok sebab ada buku contoh dan ada kafe (Outlet Cyberjaya) apabila sudah kepenatan. Bukunya pula harga berpatutan. Setahu saya, Book Xcess ini hanya di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Book Xcess Cyberjaya di buka 24 jam

Maka itulah lima tips yang dapat saya kongsikan dengan anda semua. Semoga perkongsian ini banyak memberikan manfaat kepada semua. Semoga anak-anak kita menjadi bangsa yang celik membaca serta cemerlang dunia akhirat.

-Cikgu Fatin-

Wajarkah UPSR & PT3 Dikembalikan?

0

Hangat isu ini diperkatakan oleh ramai pihak dan sejauh manakah kebenarannya? Wajarkah dua peperiksaan ini dikembalikan semula? Pelbagai soalan yang berlegar-legar dikebanyakan masyarakat kita.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata sistem pendidikan negara sebelum ini dilihat terlalu berorientasikan kepada peperiksaan akademik adalah bersifat ‘high stake’ yang memberi tekanan kepada murid serta guru. – Foto BERNAMA

Mengulas dengan lebih lanjut berkenaan isu kewajaran UPSR dan PT3 dikembalikan, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata sistem pendidikan negara sebelum ini dilihat terlalu berorientasikan kepada peperiksaan akademik adalah bersifat ‘high stake‘ yang memberi tekanan kepada murid serta guru.

Menurutnya lagi, Pentaksiran Bersepadu Sekolah (PBS) dapat menilai murid bukan sahaja berasaskan pencapaian akademik malah merangkumi aspek pembangunan potensi diri atau proses ansur maju kanak-kanak yang tidak tertumpu kepada satu aspek sahaja. Buat maklumat, PBS merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan juga Pentaksiran Pusat (PP).

Ibu bapa di minta untuk memberi ruang kepada PBS dan memantau proses kemajuan anak-anak sehingga habis kitaran PBS. Sistem yang terlalu bergantung terhadap peperiksaan bukanlah sesuatu yang sihat kerana ianya seolah-olah penentu ‘hidup atau mati’. Mengulas lebih lanjut, keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) akan diteliti setelah lengkapnya kitaran PBS.

Menurutnya lagi, PBS sedia ada masih mempunyai ujian akhir akademik namun tidak terlalu ‘high stake’ seperti UPSR atau PT3, malah perkara lain turut dinilai termasuk kemahiran sosial dan bakat murid. PBS bukanlah semata-mata tertumpu pada ujian sahaja.

Sebelum ini, beliau mengumumkan keputusan untuk mengembalikan semula UPSR dan PT3, bergantung kepada hasil pembentangan laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2025 (PPPM 2025) yang akan tamat tiga tahun lagi.

Pada April 2021, pihak kerajaan telah memutuskan untuk UPSR dimansuhkan sepenuhnya mulai 2021 manakala Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dibatalkan bagi tahun sama.

Keciciran Hampir 100,000 Pelajar Setiap Tahun Membimbangkan.

0

Melihat kepada stastitik keciciran saban tahun, sepastinya angka yang ditunjukkan amatlah merisaukan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Untuk Malaysia, Zul Fikri Zamir, kajian di lapangan mendapati hampir 100,000 pelajar dianggap tercicir daripada sistem pendidikan dan ianya realiti yang amat membimbangkan.

Kadar Keciciran Di Malaysia

Menurutnya lagi seramai 25,000 orang pelajar yang telah mendaftar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) namun tidak hadir untuk mengambil peperiksaan tersebut.

“Kita ambil contoh, kita ada lebih kurang 25,000 (pelajar) berdaftar mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tapi tidak hadir.”

“Kebanyakan mereka ini, kita percaya memang tidak hadir ke sekolah… oleh sebab mereka tidak minat atau tidak berniat mengambil SPM… (tapi) nama mereka didaftarkan oleh guru atau sekolah masing-masing.”

“Kedua kita ada lebih kurang 45,000 anak-anak SPM yang tidak berjaya mendapatkan sijil SPM mereka. Antaranya kerana tidak lulus Bahasa Melayu dan Sejarah.

“Ada lebih kurang 400,000 yang menduduki SPM tapi peratusan yang tidak mendapat sijil ini amat menakutkan iaitu lebih kurang 12 peratus,”

Peratusan serta statistik yang dinyatakan amatlah membimbangkan ramai pihak. Penutupan sesi persekolahan selama 42 minggu akibat pandemik COVID-19 sebelum ini juga merupakan antara punca keciciran.

Apa yang menakutkan serta merisaukan ialah kesan jangka panjang terhadap mereka yang telah keciciran ini. Dari segi kualiti kehidupan, sepastinya ianya memberikan impak yang sangat mendalam. Rata-rata pekerjaan di Malaysia memerlukan syarat minima kelulusan SPM.

Jangkaan Keciciran Setiap Tahun

Dijangkakan lebih kurang 70,000 anak-anak kita yang tercicir SPM sama ada tidak hadir atau tidak berjaya mendapatkan sijil terus diramalkan. Zul Fikri Zamir, menyuarakan bahawa satu sistem pemulihan perlu dirangka dalam menyelamatkan golongan pelajar yang tercicir agar hak pendidikan itu diberikan kepada semua rakyat di negara ini.

Kesan daripada keciciran ini juga bukan sahaja dari segi ekonomi negara, tetapi turut memberi kesan kepada produktiviti negara dalam masa lima hingga 10 tahun akan datang.

Peranan Masyarakat Serta Orang Sekeliling

Ibu bapa terutamanya haruslah memainkan peranan yang penting dalam memberikan suntikan semangat untuk anak-anak terus cemerlang dan berjaya dalam kehidupan mereka. Pemantauan prestasi turut digalakkan dan sesuatu haruslah dilakukan apabila keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) tidak memuaskan. Pihak sekolah serta guru juga bolehlah mengambil inisiatif seperti mengadakan kelas tambahan dalam membantu anak-anak ini untuk tidak terus keciciran.

Pelajar juga mempunyai pelbagai pilihan dalam memastikan prestasi pelajaran mereka berada di tahap yang baik. Banyakkan ulangkaji sendirian serta berkumpulan yang dapat membantu sedikit sebanyak di masa senggang. Tidak dilupakan juga bahawa terdapat banyak kelas-kelas tuisyen di luar sana yang dapat juga membantu.

Kelas tuisyen di MyTutor, menawarkan pembelajaran yang lebih terperinci kerana kelas tersebut dapat membantu dari kelemahan yang lebih spesifik terutamanya dalam sesuatu topik yang berfokus.

Edufy.my merupakan platform pembelajaran yang menawarkan kelas akademik dan juga bukan akademik seperti catur dan banyak lagi. Menariknya kelas di Edufy.my adalah kelas mereka sangat interaktif dan juga mereka menyediakan rakaman kelas yang lalu bagi memudahkan pelajar untuk melakukan ulangkaji bila-bila masa sahaja dan di mana jua.

Moga pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh pelbagai pihak dapat membantu mengurangkan isu keciciran di Malaysia. Ke arah masa hadapan yang lebih cerah dan cemerlang!

Bermulanya UASA : Ujian Akhir Sesi Akademik

0

Pasti masih ramai yang ternanti-nanti malahan tertunggu-tunggu berkenaan UASA (Ujian Akhir Sesi Akademik). Buat pengetahuan, UASA merupakan salah satu komponen yang berada di dalam PBS di bawah PBD (Pentaksiran Bilik Darjah). UASA merupakan salah satu pentaksiran sumatif di bawah PBD.

Ujian ini bakal dijalankan pada Januari 2023 seperti yang telah diumumkan oleh kebanyakkan pihak kerana permulaan sesi akademik 2023/2024 akan bermula pada bulan Mac 2023.

Umum mengetahui bahawa tujuan ujian ini diadakan untuk mengukur kemahiran kognitif murid (apa yang telah dipelajari) di akhir sesi akademik. Soalan-soalan yang dihasilkan adalah mengikut standard yang telah ditetapkan. Soalan-soalan ujian ini juga dihasilkan oleh guru-guru yang di pilih dan di lantik oleh pihak KPM.

Hasrat pemerkasaan PBS ini adalah untuk melihat perkembangan dan pencapaian murid setiap tahun/tingkatan serta profil murid yang lebih menyeluruh. Selain daripada itu, ianya memberikan autonomi kepada pihak sekolah dalam pengurusan pentaksiran. Seterusnya, dengan pemerkasaan PBS ini, ianya dipercayai mampu untuk membantu memartabatkan profesion keguruan.

Bagi ujian UASA ini, hanya sebilangan murid sahaja yang terlibat. Bagi pelajar sekolah rendah, pelajar tahun 4,5 dan 6 akan terlibat dalam pengambilan UASA manakala bagi pelajar sekolah menengah, pelajar tingkatan 1,2 dan 3 yang akan mengambil ujian ini.

Sepastinya para pelajar berasa agak gementar untuk menduduki peperiksaan ini secara kali pertama. Para pelajar disarankan untuk melakukan ulangkaji lebih awal agar anda sentiasa bersedia dengan apa jua soalan serta format yang diberikan. Selamat maju jaya! Usaha tangga kejayaan!

Dapatkan kelas Pecutan UASA diΒ EdufyΒ hari ini. Bersedia lebih awal!

Main & Belajar

0

Sebagai guru pendidikan awal kanak-kanak, saya selalu menerima aduan dari ibu bapa, anak tak suka nak belajar, nak main je. Baca buku tak nak, menulis tak nak, mengira lagi lah tak nak.

Ada ke ibu bapa yang baca blog ni mengalami kerisauan yang sama?

Sini saya nak kongsi satu rahsia πŸ˜‰


Betul, anda tak salah baca. Untuk belajar, anak perlu bermain. Kerana, bermain merupakan pekerjaan anak πŸ™‚

Lihat piramid di bawah:

Pyramid of learning, atau piramid pembelajaran, merupakan satu konsep yang dibangunkan oleh terapis cara kerja dan guru pendidikan khas. Piramid ini menggunakan teori sensori bagi menunjukkan kemahiran asas yang menyokong pembelajaran akademik.

Piramid ini menggariskan kemahiran asas di peringkat bawah dan bagaimana kemahiran tersebut membantu kemahiran lain yang berada di peringkat atas.

Peringkat Piramid Pembelajaran

Bahagian bawah piramid adalah central nervous system, iaitu merupakan bahagian otak yang menerima input dari luar, dan menyokong peringkat kedua dan seterusnya hingga ke peringkat kelima.

Lagi berkualiti input yang diterima di central nervous system, akan membantu kepada peringkat sensory system (sistem deria), membantu kepada peringkat sensory motor development (perkembangan deria motor), membantu kepada peringkat perceptual motor development (keberadaan badan sewaktu melakukan pergerakan) dan akhir sekali membantu sewaktu peringkay cognition & intellect (kognitif & intelek) iaitu peringkat yang kesemua ibu bapa mahukan, pandai membaca, menulis dan mengira.

Ini bermakna, perkara pertama yang perlu diberi perhatian supaya anak-anak dapat belajar dengan mudah, adalah dengan memberi anak-anak input sensori (deria) yang cukup supaya otak (central nervous system) menerima input yang berkualiti. Macam mana anak nak dapat input tersebut? Dengan bermain!

Saya beri contoh ya. Anak nak belajar menulis nama.

Untuk menulis, anak perlu boleh memegang pensel. Untuk memegang pensel dengan betul dan membolehkan anak menulis, fine motor skills (kemahiran motor halus) bahagian genggaman, amat-amat diperlukan. Sekiranya anak tidak mempunyai genggaman yang kuat, susah untuk anak boleh memegang pensel, apatah lagi mengawal pensel untuk menulis.

Katakanlah anak boleh memegang pensel dengan elok, macam mana pula dia boleh mengawal pensel dan menulis di bahagian garisan seperti sepatutnya? Adakah dia tahu dan faham konsep menulis di atas garisan tersebut?

Hmmm, apa susah sangat teacher atie explain macam mana nak menulis ni kan? Menulis tu senang je. Tak susah pun.

Betul. Kita rasa senang sebab kita dah biasa buat. Kita sedang bercakap tentang anak kecil yang asyik nak main saja ni. Menulis adalah satu aktiviti yang sukar buat mereka. Proses belajar menulis ni, prosesnya sama macam kita belajar memandu.

Macam mana otak proses bentuk stereng, cara nak kawal pergerakan stereng, sama juga macam mana otak proses bentuk pensel dan cara nak kawal pergerakan pensel. Cuma, ia berada di fail yang berbeza. Dan fail menulis kita dah kukuh, memandangkan kita telah belajar menulis berpuluh tahun lamanya, tetapi anak kita baru belajar beberapa bulan.

Tapi macam mana main boleh membantu?

Kan saya ada sebut berkenaan skill genggaman? Sebelum menulis, ibu bapa boleh buat aktiviti melibatkan aktiviti genggaman dengan anak. Jadi, anak dah ada fail genggaman sedari awal dan fail tu akan ada berbagai jenis bahan genggaman. Dari menggengam mainan, genggam makanan, dan akhir sekali genggam alat tulis.

Peringkat kognitif & intelek, hanya 10% daripada keseluruhan piramid, jadi it makes more sense if we focus more on the other 90% kan? 90% dalam genggaman, 10% jadi mudah je nak skor. Betul tak? πŸ˜‰

p/s: nak saya share contoh aktiviti yang boleh membantu kemahiran motor halus anak?

Macam mana otak belajar?

0

Susah orang nak faham, kenapa kanak-kanak perlu banyak bermain. Kita selalu diberitahu bahawa, semasa kecil, kita perlu ajar anak-anak sebanyak yang boleh, kerana otak mereka menyerap ilmu seperti span menyerap air.

Perumpamaan itu betul. Cuma, kita juga selalu lupa, apabila span terlalu penuh dengan air, span tidak akan lagi menyerap air, malah akan mengeluarkan air itu semula.

Begitu juga dengan anak-anak kita tadi. Kita boleh ajar anak-anak kita dengan banyak perkara, banyak bahasa dan banyak skill. Tetapi, sekiranya ia tidak digunakan, lama-kelamaan ia akan hilang.

Jadi, mari saya cerita macam mana sebenarnya otak belajar.

Otak diperbuat daripada sel-sel otak yang kita panggil sebagai neuron. Neuron akan berhubung apabila berlaku interaksi dan otak menerima input daripadanya. Macam mana mereka berhubung? Sama seperti iklan susu yang selalu kita tengok tu πŸ˜‰

Otak belajar melalui pengalaman.

Setiap pengalaman yang baru, otak akan membina satu rangkaian yang baru. Setiap pengalaman yang sama, otak akan menguatkan rangkaian yang telah dibina sebelum itu. Dan mana-mana rangkaian yang tidak digunakan, lama-kelamaan akan hilang (lupa).

Saya beri contoh.

Masih ingat pengalaman anda belajar memandu? Perasaan mula-mula memegang stereng? Tukar gear kereta, sambil tekan pedal clutch dan minyak? Senang ke susah? Susah kan?

Sekarang? Konfem boleh drive sambil flip hijab πŸ˜›

Permulaan kita belajar memandu, otak sedang membina rangkaian di dalam otak mengenai apa yang kita sedang lakukan. Bermula dengan alatan yang berada di dalam kereta. Mana satu stereng, gear, pedal clutch, pedal minyak, pedal brek, cermin sisi dan lain-lain.

Kemudian, kita belajar pula macam mana nak gerakkan kereta dan membawa kereta mengikut ujian yang kita akan jalani bersama pihak JPJ nanti.

Setiap kali kita bawa kereta, rangkaian dalam otak mengenai pengalaman memandu ini, akan menjadi semakin kuat sampailah kita boleh flip hijab sambil drive sekarang πŸ˜€

Tapi, cuba kalau lepas dapat lesen, kita tak drive lamaaa sangat. Bila kita nak drive semula, mesti kekok kan? Atau kita dah biasa bawa kereta auto, bila kena bawa kereta manual, haa, mula gelabah macam mana nak control clutch.

Konsep belajar bawa kereta ni, sama je macam mana konsep anak-anak kita belajar.

Kita boleh ajar anak kesemua 7100 bahasa, mereka mungkin boleh faham dalam 5 bahasa yang popular di dunia, tapi semestinya mereka hanya akan fasih cuma bahasa yang sentiasa mereka gunakan dalam kehidupan seharian mereka. Selebihnya, mereka akan lupa.

Tapi apa pula kaitan main dengan belajar?

Haaa, nanti saya sambung dalam post lain. Tungguuu ya πŸ˜€